Thursday, July 8, 2010
Zafwan Arief kembali ke rahmatullah
Hari Jumaat 2hb Julai 2010, Muhammad Zafwan Arief selamat dikebumikan di Perkuburan Islam Kg Melayu Subang. Anak saya yang keempat ini dipanggil ke rahmatullah setelah dipinjamkan pada kami selama 6 bulan dalam kandungan.
Kami mendapat tahu ketika regular check up minggu sebelumnya yang bayi dalam kandungan isteri saya mengidap satu keadaan yang dipanggil hydrops fetalis. Hydrops fetalis ialah satu keadaan yang mana cecair terkumpul didalam badan bayi disekitar perut, jantung, paru2 dan sekeliling badan. Kandungan tidak dapat diselamatkan dan jangkamasa yang kami ada ketika itu hanyalah dalam beberapa hari sahaja. Kami telahpun dirujuk ke 2 pakar lagi dan yg terakhir kepada pakar di Hospital Kuala Lumpur.
Dipendekkan cerita, hari Khamis 1 Julai 2010 isteri saya dimasukkan ke wad dan bersalin keesokan harinya. Zafwan Arief telahpun meninggal dunia dalam kandungan. Majlis Akikah dan bacaan maulid akan diadakan pada hari Jumaat 9 Julai 2010.
InsyaAllah, life goes on. Al Fatihah.
Friday, May 14, 2010
Habib Ali Batu Pahat kembali ke Rahmatullah

Saya baru balik dari ziarah jenazah Habib Ali Jaafar Al Idrus di Batu Pahat, Johor pukul 5 pagi tadi. Beratus-ratus orang dan saya yakin mencecah ribuan orang yang datang ziarah tak putus2. Yang amat menyedihkan saya ialah kerana saya tidak berkesempatan menziarahi beliau ketika hidupnya. Dan sms yang saya terima petang semalam amat menyedihkan dan mengejutkan. Pada umur hampir 100 tahun, Habib Ali memang telahpun uzur agak lama. Beberapa kali rancangan untuk ziarah beliau tergendala. Jenazah akan dikebumikan pagi ini 14hb Mei 2010 sebelum pukul 10 pagi InsyaAllah sebelum solat Jumaat. Sesiapa yang sempat, pergilah ziarah. Kita sedekahkan Fatihah pada arwah.
Saya sertakan disini post dari blog Al Fanshuri
إنا لله وإنا إليه راجعون
Baru sebentar tadi dapat sms yang membawa khabar sedih iaitu seorang auliyaUllah, al-'Arifbillah al-Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad bin 'Abdul Qadir al-Aydrus Batu Pahat telah kembali kerahmatuLlah pada jam lebih kurang 5.10 petang, 28 JumadilUla 1431H/ 13 Mei 2010. Allahu Allah ... setelah 40 hari pemergian al-Quthub al-Iman al-Allamah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf. Belum lagi terubat kesedihan atas pemergian al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf, kini menyusul pula al-Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad al-Aydrus (pada usia lebih kurang 97 tahun), Batu Pahat. Allahu Allah ...... Tahun ini merupakan kesedihan buat warga BaAlawi.Musibah! Musibah! Musibah buat umat apabila kekasih-kekasihNYA satu persatu kembali kepadaNYAPara ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim. [Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi]
الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس الأعلى مع النبيين والصديقين و الشهداء والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين بالخلف الصالح. آمينSemoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah al-Faatihah dan surah Yaasin kepada beliau.
Wednesday, May 12, 2010
Watermark pada gambar & tips roti arab
Yang mushkilnya, saya juga ada iklan roti arab utk ternakan di http://www.mudah.my/Makanan+Ternakan+roti+reject+alternatif+pellet-6047279.htm?last=1 dgn harga RM0.70 sen sekilo (harga di website spicesroot adalah harga promosi). Dan sedara ni pulak jual benda yang sama, menggunakan gambar yg diambil di blog ini dan menjual dgn harga RM1.00 sekilo. Bila saya telefon (saya tersilap kerana menyebut nama saya), tak mengaku la pulak.
Siapa orang itu, tak perlu la saya dedahkan. Tapi agak dikenali juga dgn penternakan kelinya. Saya dpt berjumpa dgnnya ketika dia membeli roti saya. Dia mungkin tak perasan yg saya tahu ttg iklan tu. Bila saya confront, terkulat2 juga dia menjawab. Saya tak kisah kalau nak jual semula. Kadang2, beli byk2 tak habis, baik jual semula pada rakan2 daripada berkulat. Boleh gak cover duit minyak.
Memang harga pasaran roti reject lebih tinggi dari harga yang saya jual. Ada yg jual roti reject dgn harga Rm0.80 ke RM1.00 sekilo. Saya tak nak jual mahal2 kerana ingin membantu rakan penternak menjimatkan kos.
Tips kepada pelanggan saya:
1. Simpan roti arab dlm peti ais supaya lebih tahan lama.
2. Keringkan roti supaya lebih tahan lama dan tidak berkulat.
3. Jangan memberi roti yg telah terlalu berkulat kepada ternakan. Walaupun mereka makan jugak, tapi kesan sampingan agak merbahaya untuk kesihatan mereka. Sikit2 takpa.
4. Kalau nak beli, kongsi dgn kawan2, beli sekaligus, boleh jimat duit minyak. Untuk penghantaran, saya kenakan bayaran bagi tambang minyak. Kalau self pickup, saya boleh arrangekan di area Damansara, Bangi, Jln Semarak dan Subang Bestari pada waktu2 tertentu.
5. Kalau nak stok banyak, hubungi saya 2-3 hari sebelumnya supaya saya dapat sediakan stok yg lebih tahan lama. Biasanya 2-3 hari sebelum tarikh luput. Kadang2 4-5 hari sebelum tarikh luput pun ada.
Sekiranya ada apa2 pertanyaan, jgn malu2 dan jgn segan hubungi saya melalui telefon atau email. Sebarang pertanyaaan tak semestinya dlm bahasa arab.
Roti arab habis dibelasah ikan keli dlm masa kurang dari 15 saat.
Monday, January 18, 2010
Balik Kampung
Wednesday, June 10, 2009
Bahaya Fitnah
Baru2 ni ada komen dalam salah satu post saya yg meletakkan nama satu website lain (juga penternak keli). Salah saya kerana tak melihat betul2 yg tiada logo blogger pada komen tersebut walaupun link yg diberi adalah valid link ke blog seseorang. Akibatnya, berlaku salah faham. Nasib baik tidak melarat.
Kepada penulis komen tersebut, saya berdoa agar dia mendapat hidayah dan meminta maaf pada pemilik blog tersebut. Apabila seseorang muslim itu berdosa pada Tuhannya, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Akan tetapi apabila dia berdosa sesama manusia, maka pada orang itulah yang wajib dia memohon ampun. Allah tidak akan mengampunkan dosanya selagi orang yg dizaliminya mengampunkan dia. Wajib bagi kita memohon maaf jika ada melakukan kesalahan sesama manusia.
Pada masa yang sama, kita digalakkan memaafkan orang lain kerana kita sendiri tidak lari dari membuat kesilapan. Mungkin saja dalam percakapan seharian kita, ada tutur kata kita yg membuatkan orang lain berkecil hati atau terguris dengan tidak sengaja. Mudah2an dengan memberi kemaafan kepada orang lain, Allah akan membuka pintu hati orang lain untuk memaafkan kita juga.
Semoga Allah memberi hidayah pada kita semua.
Tuesday, March 10, 2009
Telemarketing response
So if you ever got caught in similar situation, you may want to try this.
And this one is quite good too. It is to test your observation skill.
Monday, February 16, 2009
Sepetang di Kuala Sepetang
Kitaorang bertolak pukul 2 petang dan sampai ke Bukit Merah pukul 6 petang. Masa tu Kak Yati dan anak2nya sedang sibuk bagi taklimat percuma pada pendatang2 (oops, pelawat2 yang datang) untuk melihat sendiri teknik Kak Yati ni yang pernah dipaparkan di Majalah 3.
Secara ringkas, teknik ni adalah teknik membiakkan makanan keli secara semulajadi dengan mensimulasikan habitat asal keli didalam kolam ternakan. Penggunaan tanah, keladi bunting, kangkung dan pemakanan B1 Kak Yati melahirkan satu ekosistem lengkap. Keli dapat makan bila mereka mau, mereka kurang stress kerana berada dalam habitat asal, keladi bunting dan kangkung pula bertindak sebagai pembersih toksik.
Kelemahan yang mungkin ada pada sistem ni, secara hipotesisnya, saya rasa mungkin tumbesaran keli akan kurang sedikit berbanding yg makan pellet. Ini saya kiaskan pada ayam daging, ayam kampung ternak dan ayam hutan. Tapi itu jangkaan saya sahaja. Belum terbukti lagi. Masa kami lepaskan benih dalam kolam poly tempoh hari, salah satu step penting tertinggal. Iaitu, selepas makanan B1 ditabur dalam kolam, kena tunggu 3 hari baru masuk benih ikan. Tapi mungkin akibat tidak sabar dan kerana kami dahpun terbeli benih ikan malam tu, kami lepaskan jugak .

Sampai kat kedai pukul 8pm. Pukul 10.30pm Helmi tgh cedok kuah mee untuk order kami. Kalau tak, entah bila la nak dapat makan.
Ni dia mee udang banjir. Banjir kerana lebih banyak udang dari mee. 10 ekor kalau tak silap. Harga: RM10.
Wednesday, January 21, 2009
Balik dari menanam serai

Lepas balik dr kg Chenor menanam serai, keesokannya saya kena pergi Johor untuk satu tugasan. Saya ambil kesempatan untuk bawak keluarga sekali untuk bercuti. Tapi mlm tu, isteri ternampak ada benda asing dlm telinga Zakwan (anak lelaki saya no 2). Tilik punya tilik, rupa2nya biji limau. Dah terlalu dlm, so keesokannya pergi jumpa paeditrician di KJMC. Dia pun refer pulak pada pakar ENT dan tengahari tu masuk OT la. Bagi Zakwan knock out baru boleh keluarkan biji limau tu. Lupa lak nak ambik gambar biji limau tu. RM1500 kos untuk keluarkan biji limau dlm telinga. hehehe.

Ni gambar Zakwan selepas keluar OT. Dah besar nanti, biar dia tgk gambar ni dan tersenyum. Betapa ibu dan abah dia sayang kat dia dan jaga dia masa dia sakit. Nanti kalau kami pulak sakit, janganlah korang adik-beradik merungut menjaga kami.
Petang tu jugak terus bertolak ke Johor. Samapai Johor dah malam. Saya tempah bilik suite. Bilik ni ada satu partition dgn katil double deck dan Playsation 2 untuk diaorang main. Yang pastinya, esok saya sibuk kerja, biarlah diaorang sibuk main game.
Tuesday, January 20, 2009
Kewajipan Umat Islam
Saya rasa ianya sesuatu yg penting dan saya merasakan perlu untuk saya pastekan artikel ni. Artikel dari laman blog http://al-fanshuri.blogspot.com
Risalah: Kewajipan Umat Islam oleh al-Habib Husein bin ‘Abdul Qadir as-Saggaf
“Bismillah…Shalawat dan Salam buat Saidina Rasulullah, serta buat ahli keluarga dan para sahabat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم… Amma ba’du…
Telah sampai kepadaku beberapa risalah daripada saudara dan saudari tentang ahli Ghaza dan mereka juga bertanyakan tentang kewajipan kita (umat Islam) terhadap peristiwa tersebut?
Maka, saya katakan: Tidak syak lagi bahawa apa yang dapat kita saksikan daripada apa yang berlaku di Ghaza sangat menyayat hati kita, sangat menggerunkan dan menyebabkan air mata berlinangan daripada apa yang dilakukan oleh golongan pelampau lagi pembunuh para nabi iaitulah dari kalangan Zionis.
Tidak menghairankan lagi bahawasanya sememangnya mereka dilaknat atas lisan para nabi mereka sendiri. Oleh yang demikian, tidak perlulah saya memanjangkan kata tentang mereka kerana yang saya sangat ambil berat bukan mengenai mereka, tetapi yang sangat saya pentingkan dalam risalah ini adalah tentang hal umat Islam dan pendirian mereka.
Suatu Penilaian: Sesungguhnya tiada sesiapa yang dapat melemahkan Allah Ta’ala daripada menghilangkan kezaliman golongan Zionis sebagaimana Allah Ta’ala pernah menjatuhkan nenek-moyang mereka suatu ketika dahulu serta merta. Tanyalah kepada umat-umat terdahulu tentang bagaimana kemusnahan bangsa Zionis tersebut suatu ketika dahulu? Akan tetapi, apakah alternatif yang wujud setelah kemusnahan Bani Zionis? Adakah umat Islam hari ini sememangnya bersedia untuk diberi kekuasaan di muka bumi ini? Adakah kita sedang bersatu hati dan tenaga sesama muslim?
Apa yang lebih saya takutkan adalah, jika musuh berlalu pergi daripada negara Islam, umat Islam pula sendiri yang menghuni di negara orang Islam tersebut sendiri yang saling berbunuhan sesama sendiri (saling berbunuhan sesama muslim) yang mana menyebabkan mereka yang membunuh dan yang dibunuh masuk neraka (berdasarkan hadith shahih). Sedangkan, jika seorang muslim dibunuh oleh Yahudi, maka dia akan mati syahid lalu mendapat syurga.
Bagi Allah, dalam setiap perbuatanNya, ada urusan dan kebijaksanaanNya. Allah Ta’ala tidak memberi kemenangan kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم melainkan setelah sepuluh tahun, iaitu pada peperangan Badar, sedangkan sebelum itu, ramai para sahabat رضي الله عنهم dibunuh (dalam tempoh sebelum kemenangan tersebut) secara ditindas, dizalimi, dihukum dan dibiarkan mati dalam keadaan lapar.
Mengapa Allah melewatkan kemenangan kepada NabiNya sehingga pada perang Badar? Dikatakan, Allah Ta’ala ingin menguji keimanan para sahabat رضي الله عنهم dalam ketabahan mereka menghadapi sebarang cabaran kerana Allah, untuk menilai adakah mereka mampu bersabar ataupun mereka tidak berpuas hati dengan Allah?
Kemudian, kemenangan tersebut tidak datang melainkan setelah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم berjaya mencabut perasaan hasad, bermegah-megah dengan nasab, harta dan cintakan dunia daripada hati umat Islam pada ketika itu. Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasululllah صلى الله عليه وآله وسلم adalah mengikat tali persaudaraan sesama Muhajirin dan Ansar. Jika telah bersatunya hat-hati dan apa yang menjadi cita-cita dan kecintaan mereka adalah apa yang lebih agung daripada keduniaan (iaitulah redha Allah), maka, datanglah kemenangan serta-merta tanpa ada yang dapat menghalang kemenangan tersebut.
Adapun hari ini!! Adakah hati-hati umat Islam sudahpun bersatu? Boleh jadi, dalam ramai-ramai orang yang berdiri dalam saf-saf ketika mendirikan solat di masjid itu sendiri, tidak ada satu saf pun yang mana semuanya bersatu hati sesama mereka, kecuali sedikit. Sampai peringkat manakah tahap rasa keagungan Allah Ta’ala dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dalam diri umat Islam hari ini?
Sejauh mana rasa kecintaan umat Islam kepada Allah Ta’ala dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم? Adakah kita ingin membantu Allah dan RasulNya (dengan membela agamaNya) kerana sememangnya merindukan dan mencintai Allah dan RasulNya, ataupun berperang kerana inginkan kedudukan, kekuasaan di muka bumi, harta dan sebagainya?
Hendaklah kita kembali memuhasabah diri kita sendiri dan jujur terhadap diri kita sendiri lalu kita meneliti niat-niat kita dan tujuan-tujuan kita?
Umat Islam hari ini yang tidak mampu untukmembantu masyarakat di Ghaza dengan tenaga dan kekuasaan, maka saya seru kepada mereka sebagaimana berikut:Kembalilah kepada Allah Ta’ala dan banyakkanlah berdoa serta mengadu kepada Allah Ta’ala. Banyakkanlah bertaubat kepada Allah Ta’ala, banyakkanlah bersedekah dan banyakkan berhimpun dalam majlis-majlis zikir, majlis ilmu dan majlis dakwah, berbanding sekadar berhimpun dalam perhimpunan demonstrasi dan sekadar melaungkan slogan-slogan semata-mata.
Suatu hal yang lain adalah, hendaklah kita berusaha menambahkan kecintaan kita kepada Saidina Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dalam hati kita, mempelajari sunnah-sunnah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan akhlak Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, menyebarkan akhlak dan sunnah Baginda dalam sudut praktikal samada dalam rumah kita, pada sesama anak-anak dan keluarga kita dan sebarkan ia ke serata dunia.
Hendaklah kita menghidupkan sunnah-sunnah, Akhlak dan sifat-sifat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dalam kehidupan kita seluruhnya dan menyebarkan kasih sayang dan persaudaraan kerana Allah kepada seluruh muslimin. Hendaklah kita meninggalkan ideologi-ideologi dan budaya orang-orang kafir dan fasiq yang merupakan musuh-musuh agama Islam ini, samada meninggalkannya daripada diri sendiri mahupun daripada masyarakat Islam umumnya.
Seterusnya, setelah kita menunaikan kewajipan dan menjauhi larangan, hendaklah kita memperbaiki niat dan tujuan kita dalam mempertahankan agama (bukan kerana ingin mendapat kedudukan dan pujian tetapi kerana Allah).
Hendaklah kita menyebarkan kasih sayang dan persaudaraan sesama kita, sekalian umat Islam dan mengukuhkan kesetiaan kita kepada Allah Ta’ala dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم
Kalau sempurna apa yang disarankan tersebut, insya Allah, kemenangan Allah pasti hampir.Kalau tidak, keadaan kita (umat Islam) akan terus sebagaimana hal kita sekarang, sehinggalah kita sendiri yang mengubah keadaan kita.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum melainkan setelah mereka sendiri mengubah apa yang ada dengan diri mereka sendiri…” (Surah al-Ra’d: 11)
Ditulis oleh al-Faqir ila Allah
(al-Habib) Husein as-Saggaf
28 Disember 2008
Dinukil dan diterjemah oleh Khadim Ilm al-Faqir al-Haqir ila Rabbihi al-Jalil al-Kabir Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin al-Razi, ‘AmalahuLlahu bi Lutfihi al-Khafiyy.
Friday, September 12, 2008
Sejadah Terbalik
Sebentar tadi kaum muslimin baru sahaja menunaikan sembahyang Jumaat. Aku sembahyang di masjid Taman Tun Dr Ismail. Ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Cuba lihat gambar disebelah. Sekali pandang mungkin tak perasan, tapi kalau dilihat sejadah sebelah bawah kanan sekali, sejadah tu terbalik. Secara instinct, aku cuba nak perbetulkan, kerana pada aku, seolah2 nampak kaabah terbalik. Tak sedap mata aku memandang. Tapi apakan daya, sejadah tu rupa2nya dah dijahit sekali dgn sejadah disebelahnya.Technically, tak salah bagi seseorang itu sembahyang diatas sejadah yang terbalik. Kerana sejadah hanyalah sebagai lapik untuk sembahyang. Sembahyang atas mana pun asalkan bersih dan suci dari najis adalah sah. Akan tetapi, tetap tak sedap pada mata aku memandangnya. Rasa macam kurang adab kalau dibiarkan. Betapa lemahnya aku kerana aku tak meluangkan masa untuk berjumpa ajk masjid bagi memberitahu akan kesilapan yang tak disengajakan ini.
Dan dalam konteks yang agak sama juga, kalau kita lihat seseorang membakar/menconteng/mencampak senaskah Al Quran, patutkan kita marah? Tentu sahaja sebagai umat Islam, kita akan marah dengan perbuatan itu. Tetapi, technically, Quran itu bukan terletak pada cetakan huruf diatas mashaf2 sepertimana yang kita lihat. Biarpun semua mashaf Al Quran dibakar diatas muka bumi ini, Al Quran tetap tidak terjejas kerana ianya hidup dalam setiap hati manusia muslim yang menghafalnya. Jadi jika perbuatan orang yang dikatakan itu, dia hanyalah membakar/menconteng/mencampak helaian kertas yang di'bind'kan sekali yang sepatutnya dipanggil mashaf samaada Uthmani atau Imlai'. Sila rujuk sejarah Al Quran untuk pemahaman lanjut.
Jadi sebagai orang Islam, biar apapun yang kita buat, walaupun technically ianya benar (tertakluk pada siapa yang menentukan ianya sebagai benar), kita hendaklah cuba untuk mengelak dari melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah.
P/S Dan mungkin juga orang itu membakar Quran lama yang dah lapuk, menconteng nota pada Quran sebagai rujukannya dan mencampakkan Quran keatas almari untuk menyimpannya.
Wednesday, September 3, 2008
Salam Ramadhan

Kepada semua pembaca2 muslimin & muslimat, disini saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Maaf zahir dan batin sekiranya ada terkasar bahasa, terguris hati dan tersalah faham. Semoga Allah menerima amalan kita semua. Amin.

Wednesday, August 20, 2008
KUIZ
Peserta2 adalah digalakkan menggunakan apa2 saja rujukan termasuklah menggunakan search engine untuk mendapatkan jawapan. Kuiz ini bukanlah untuk menguji siapa lebih hebat, tetapi sekadar untuk mengingati diri aku sendiri dan rakan2 agar lebih berminat dan lebih peka dengan hal2 sejarah Islam atau rukun2 dalam Islam. Aku pernah menganjurkan kuiz serupa dalam bentuk bertulis masa perhimpunan alumni sekolah lama aku dulu.
Terus terang aku nyatakan disini, bukanlah kerana aku yang bertanyakan soalan, maka aku lebih tahu dari korang. Soalan2 ini aku ambil dari merata sumber. Jadi bila ada kuiz nanti, katanama aku akan digantikan dengan "KUIZ".
Berapa lama kuiz ini akan berjalan? Entahlah. Selagi ada org yg menjawab atau selagi ada masa aku yg terluang untuk memberikan soalan.
Hadiahnya? Hadiah akan diberikan bagi setiap jawapan yang betul. Hadiah juga akan diberikan atas usaha untuk menjawab walaupun jawapan yang salah. Hadiah2 akan dikumpulkan sehingga satu waktu dimana anda paling memerlukannya yaitu di alam berikutnya, alam akhirat. InsyaAllah.
Thursday, August 14, 2008
Toyota Hilux
Aku saja nak tulih sikit. Ramai orang tanya pasal kenapa aku minat Toyota Hilux. Kalau diikutkan dari segi spec, toyota hilux ni jauh ketinggalan. Tapi video diatas adalah salah satu sebab kenapa ianya menjadi pilihan.
P/S Toyota Corp janji nak bagi aku an obscene amount of money for promoting their car. hehehehe ;)

Tak dapat beli Hilux, aku beli ni je la...---->
Agak2, kalau taruk rotor kat belakang, boleh guna utk kebun kot?
Tuesday, August 12, 2008
Kisah monyet dan cili

Pada suatu hari, ada seekor monyet sedang berjalan2 di dalam sebuah hutan. Tiba2, dia ternampak sebuah kebun yang penuh dengan tanaman yang subur. Monyet itu merasa lapar dan cuba memasuki kebun tersebut. Baru saja dia nak masuk, dia ternampak tuan tanah dan partnernya didalam kebun itu. Dia pun mencari akal bagaimana nak mengambil buah2an di dalam kebun tersebut.
"Ha, aku ada idea!"
Monyet itu berpura2 merangkak menuju ke arah tuan tanah dan partnernya itu.
"Tolong! Tolong! Tolonglah, dah empat hari aku tak makan, berilah aku sedikit makan. Kasihanilah aku."
"Kesian monyet tu ye, terseksa dia. Dah empat hari dia tak makan." kata tuan tanah. "Kita patut tolong monyet ni. Kau tolong ambikkan senapang aku tu!", kata tuan tanah pada partnernya.
Monyet pun terkejut beruk. Sekian.
Kisah diatas mungkin korang dah pernah dengar atau lihat dalam tv. Dulu ada cerita2 nasihat sang kancil. Tapi ending cerita aku ni diubah sikit. Sorry aaaa. Idea ni malam tadi punya pasal la. Anak aku yang sulung 8 tahun suruh cerita sebelum tidur. Bedtime story.
Tapi sebenarnya ada moral disebalik post ni. Baru2 ni aku ada nampak satu post di forum berkenaan seorang pengusaha yang menyumpah2 akan binatang perosak di kebun dia. Aku tak komen apa2 kerana ditakuti nanti dia salah paham lak. Yalah, bila menulis ni, komunikasi kita agak terhad oleh kekangan intonasi suara dan body language. Jadi mungkin apa yang kita tulis, orang lain baca dgn intonasi berbeza, jadi marah lak.
Kita didunia ni, tak da satu pun yang kita punya. Hatta, kebun yang kita usahakan itu pun bukan milik kita. Kita hanya menguruskannya sebagai amanah dari Allah, Tuhan sekelian alam. Yang memiliki segala yang nyata dan segala yang ghaib. Setiap binatang, setiap makhluk ada rezeki masing2. Kita hanya berikhtiar untuk mengelakkan serangga perosak dari merosakkan tanaman kita. Itu adalah sebahagian dari usaha dan ikhtiar. Tetapi kalau mereka dapat jugak memakannya, itu rezeki mereka.
Kalau kita nak marah2 pun, siapa yang kita marahkan sebenarnya? Kita berusaha, dan kalau tak diizinkanNya, tetap tak menjadi jugak. Kita takda kuasa. Allah sahaja yang berkuasa. Kita tahu tu. Tapi kalau dah marah berlebihan, sebenarnya, marah kita tu ditujukan pada siapa? Pada Allah. Nauzubillah. Ini sebagai satu peringatan bagi diri aku yang selalu lupa. Moga2 Allah ampunkan dosa aku dan dosa kita semua. Amin.
Ni gambar projek cili separa fertigasi aku di depan rumah. Aku cuma gunakan sistem drip untuk mengairi pokok aku je. Pembajaan secara manual. Baja pun campur2. Ada yang pakai baja vermikompos. Ada pakai NPK. Media pakai tanah Tesco dan tanah dari local nursery. Benih pun benih cili dari pasar malam. Polybag dibeli dari nursery. Polybag hitam tu kecik sgt bagi pokok cili. Nanti aku tukar pakai polybag 16 x 16 yang putih. Yang polybag putih dlm gambar tu aku tanam timun.Aku sengaja buat projek ni dgn persediaan bahawa akan ada pokok yang sakit dan hasil tak banyak. Ini sebagai persediaan bagi aku untuk menghadapi skala yang lebih besar. Aku nak membiasakan diri dgn penyakit2 cili. Racun serangga aku cuma pakai serai, cili api, bawang putih dan sedikit sabun. InsyaAllah, siap renovation rumah jiran aku dibelakang, aku akan gunakan sistem fertigasi sepenuhnya dgn baja yang sepatutnya dgn media cocopeat.
Sebenarnya, sistem fertigasi ni mudah. Tapi kena buat dulu la. Kalau sekadar baca je, mmg payah. Aku dah banyak baca dan walaupun aku rasa boleh buat, aku tetap pergi beli set mini fertigasi. Bila benda tu dah depan mata dan dah disusun, mmg aku lebih yakin untuk setup sendiri punya dalam skala yang lebih besar. Perbezaan antara beli pakej dan buat sendiri memang ketara. Pakej fertigasi ni, diaorg kira sekali kos wastage barang. Tapi byk juga kelebihan beli pakej ni. Anda dpt khidmat nasihat dari penyedia pakej dan tak yah pening kepala sangat nak fikirkan. Biar orang setupkan sistem, anda cuma perlu teruskan dan follow guideline yang telah ditentukan.
Tapi projek aku kat Chenor, besar kemungkinan (hampir pasti, InsyaAllah) aku akan tanam serai 2 ekar dan mungkin tanam cili 50 pokok kat tepi rumah. Kalau boleh jaga 50 pokok, bolehlah jaga 5000 pokok. At least dah tahu kerenah cili dari segi penjagaan dan kutipan hasil. Ada orang yang aku jumpa, adik kepada pengusaha cili. 1400 pokok. 4 orang pensyarah berkongsi. Dari 1400 pokok, 1000 pokok mati dan berpuluh ribu ringgit rugi.
Thursday, August 7, 2008
Pertanian, Perniagaan & Customer Service

Apa kena mengena gambar ni dgn pertanian. Tentu korang pernah dengar pasal "Pertanian adalah Perniagaan" yg menjadi sebutan dewasa ini....
Sebenarnya, gambar ni aku ambik masa lunch tadi. Orang rumah aku (backgroud gambar menunjukkan perutnya yang dah mendekati 9 bulan) teringin nak makan asam pedas. Aku bawak ke Bangsar Village, nak pegi makan kat Laksa Shack, tapi dah tutup lak cawangan kat sana tu. So setelah bertanya pada Information Counter, dia org recommend satu restoran Cafe 1920 ke apatah namanya? Tapi restoran tu, nak kata Italian tidak, Asian pun tidak. Campur2. Wife aku order Nasi Goreng Portugis dan aku Nasi Goreng Hawaiian. Gambar ni menunjukkan Nasi Goreng Hawaiian. Asal ada nenas je mesti Hawaiiaan kan.
Apa yang menarik ttg restoran ni ialah layanannya. Customer service. Aku singgah je nak tgk menu, dia siap bagitau apa specialty kat situ. So yg kitaorg order tu adalah diaorg punya specialty la. Asam pedas takda. Masa makan, knife aku jatuh. Aku pun tak sedar, cuma dia hantar knife baru ngan tisu. Ketika makan, ada pulak datang lagi waiter, tanya "How's the food, sir?" Aku kata ok. Tapi kalau nak ikutkan, takda la sesedap atau se'special' mana. Tapi bolehlah. Masa bayar pulak, dia siap bagitau suruh aku pergi information counter, tunjuk resit, dapat free parking for 1 hr.
Ok, apa kena mengena semua ni?
Walaupun makanan dia tak sesedap mana, yakni, tempat lain pun ada gak yg lebih sedap, aku puji customer service dia. Dan aku akan ingat restoran ni nanti.
Dalam pertanian, apabila kita jadikan ianya sebagai satu perniagaan, maka undang2 perniagaan akan tetap digunapakai. Admin, filing, invoice, delivery order, follow up dan mcm2 lagi. Orang kita dulu2 tak da nak pakai semua ni. Tau tanam, baja mungkin dan tuai pastu jual. Takda nak tgk cash flow ke, account balancing ke dan mcm2 lagi
Macammana lak customer service dlm bidang perniagaan pertanian n? itu sendiri mau ingat berdasarkan sendiri punya bidang. Apa value added service yg kita boleh bagi pada customer kita? Penghantaran? Bagi extra hasil (kalau beli 10 kilo extrakan sikit untuk dia)? Beli serai 1 tan, kasi mangga chokanan sekilo untuk anak bini dia ;). Atau ikuti kursus di kebun, free all u can carry kedondong and mangga. Apa2 jelah. Atau, selepas dia beli hasil kita, keesokan harinya, telefon dan tanya khabar. Tanya, ada masalah tak di perjalanan balik dari kebun, macammana dgn belian tempoh hari, ada yg busuk tak? puashati ke tak? dan macam2 lagi.
Kelebihannya? Orang akan ingat pada kita dan akan berbicara yg baik2 je ttg kita pada org lain. Secara tak lansung, kredibiliti kita meningkat. Kalau orang lain ada offer dia harga lebih murah pun, dia akan beli kat kita atau at least bagitau kita yg org lain bagi harga sekian sekian.
Apa lagi yg boleh kita fikirkan? Banyak lagi. Nanti bila dtg idea tu, aku sambung...
Qasidah
Qasidah adalah satu bentuk lantunan puisi. Qasidah Imam Abdullah Alawi Al Haddad adalah pujian2 kepada Rasulullah s.a.w. dan juga bersifat zikir dan doa. Marilah kita sama2 menghayati dan mengamalnya kerana ianya adalah lebih baik dari menghafal lagu2 Inul Darasistiusta (ntah macam mana tah nak mengejanya). Pasangkan dalam kereta, bagi anak2 biasa dgnnya. Bagi diaorang hafal dan mudah2an menjangkit lak pada orang lain. Kan lebih baik gitu. Hidupkan sunnah Rasulullah.
Mutiara Qasidah ni ada 8 lagu. Semuanya adalah percuma untuk didownload. Kalau nak mintak CD dia pun boleh. Bagi je alamat pada mereka, mereka akan hantarkan. Kalau nak sebarkan pun boleh, tapi jangan la jual pulak. Burn je atas CD dan bagi kat kawan2. Tu modal untuk saham akan datang.
http://www.alhawi.net/MutiraQasidah.htm




.jpg)