Showing posts with label Serai. Show all posts
Showing posts with label Serai. Show all posts

Wednesday, January 7, 2009

Kebun serai Chenor


Bermulalah kisah saya sebagai penanam serai secara rasmi. Benih serai yang saya beli dari En Hamzah (bujang selamber) dimuatkan dalam Hilux sepadat mungkin. Banyak gak 363 ikat (En Hamzah bagi extra, semoga Allah memurahkan rezeki dia). Penuh ruang kargo Hilux tu.


Ni gambar benih serai setelah 4 hari ambil dari En Hamzah dan masih tidak ditanam. Perhatikan tunas2 mula tumbuh. Alhamdulillah, hujan turun hampir setiap hari. Benih serai yang masih belum ditanam hendaklah sentiasa lembab/basah supaya tak mati kering. Walaupun daun2nya nampak dah kering, asalkan pokok tu masih hijau batang dia, InsyaAllah masih boleh hidup bila ditanam. Sekarang ni musim hujan, musim yang paling baik untuk menanam serai. Sesiapa yang masih delay tu, cepat2lah tanam.
Kerja menanam dibuat secara gotong royong. Sepatutnya tanah ni nak kena rotor, tapi oleh kerana pihak yang janji nak rotor tu ada masaalah, saya terpaksa ambil keputusan untuk tanam jugak. Mujurlah tanah agak berpasir, jadi batas mudah nak buat.


\
Beberapa row rumpun serai ni dibaja dengan baja vermikompos cacing sebagai percubaan. Baja ditaja oleh En Azman (ana punya biras yg pakai monkey suit hijau tu). Dalam masa setengah hari, cuma 6 batas siap ditanam. 1 batas lebih kurang 50 rumpun. Ni tak boleh jadi ni. Pinggang pun dah nak patah rasanya. Akhirnya mintak tolong kat orang kampung yg dah expert sikit.


Ni En Azhar yang membantu kami dalam pengurusan kebun serai ni nanti. Dia ni kira pangkat sedara gak. Dgn dia, kerja jadi jauh lebih mudah. Tugal je ngan kayu, buat lubang, taruk serai, tekan sikit pada pangkal...setel. Tak yah batas2. Nanti bila dah siap, naikkan je sikit tanah keliling rumpun tu. 2 jam, siap 12 row. Pehh, jauh bezanya tu.

Ok la setakat ni je laporan. Nanti bila senang, saya sambung lain kali.
Posted by Picasa

Tuesday, September 23, 2008

Kerja-kerja pembersihan tapak

Kerja2 pembersihan tapak dahpun bermula. Kos untuk membersihkan 2 ekar tanah ni cuma RM2200 bagi penggunaan backhoe. Kalau dibandingkan dengan apa yang saya dengar kengkawan lain bayar, ni dah kira murah dah. Ada yang bayar RM3500 untuk 1 ekar setengah!




Biasanya sewa backhoe adalah RM480 sehari. Untuk tapak di Chenor ni yang seluas 2 ekar, hanya 2 hari setengah je yang diperlukan. Lagipun tak ada pokok besar pun. Saiz besar lebih kurang 2 x peha orang dewasa. Saiz kecik lebih kurang peha ayam. Senang je backhoe ni tolak. Pokok besar kat sebelah ni sengaja ditinggalkan sebagai tempat berteduh nanti. Lagipun dah sempadan rezab jalan dah.



Lepas ni kena tunggu kering sikit, pastu bolehlah bakar kayu2 ni. Stage berikutnya adalah membajak dan merotor. Mungkin jugak tak perlu membajak, cuma merotor kasar je. Kena tgk keadaan nanti. Tapi yang pastinya pembajaan asas nak kena buat pasal tanah agak berpasir. Tanah berpasir kurang nutrien.

Sekarang ni yang menjadi dilema adalah masaalah masa penanaman. Lepas raya ni dah masuk musim kering. Serai memerlukan air yang mencukupi dalam 7 hari yang pertama. Sekitar ni pulak takda punca air. Nak kena cari lori air la pulak. Tapi takpa, itu dugaan kecik je. Yang penting, buat dulu. Timbang risiko dan teruskan perjuangan.






Friday, August 22, 2008

Alat Pemotong Serai

Semlm aku pegi MAHA 2008 di Serdang. Ni second visit. Rasanya, inilah expo paling besar di Malaysia. Ingatkan hujan tak ramai orang. Aku silap. Hujan2 pun ramai orang.

Macam2 yang boleh kita lihat di MAHA tu. Tapi untuk memaksimakan visit kita, kita hendaklah bersedia dan tahu ttg apa yg nak kita cari.

Salah satu benda yang aku jumpa kat MAHA ni ialah alat pemotong serai yang sedang dibangunkan oleh MARDI. Dapat la jugak berborak dgn pegawainya.

Kalau mengikut penerangan yg diberikan, serai yg telah dituai hendaklah dileraikan satu persatu dan disusun pada mesin tersebut. Btg2 serai itu kemudiannya akan digerakkan dgn menggunakan conveyor belt dan dipotong mengikut panjang yg boleh dilaras.
Pada pendapat aku yg masih jahil dlm bab serai dan pertanian ni, penggunaan mesin ni lebih melecehkan dan tidak berbaloi dari segi pelaburan berbanding produktiviti yang dapat ditingkatkan (kalau ada). Ini kerana btg serai hendaklah dileraikan satu persatu dan disusun sebelum ianya dipotong oleh pisau pemotong yang mungkin akan terpotong terlebih/terkurang kalau kita salah susun.

Aku ada offer pada pegawai tu sekiranya dia nak buat trial pada kebun aku nanti masa harvest. Kita race pakai manual dan pakai mesin. Tgk siapa lebih cepat dan efektif. Result tu nanti boleh digunakan untuk penambahbaikan rekabentuk mesin tu nanti.

Walaubagaimanapun, kudos pada pegawai tu dan MARDI kerana membuat kajiselidik ttg automasi bagi tanaman serai. Harap2 mereka tak give up dan InsyaAllah, seboleh2nya kita patut bantu mereka dalam memberi input untuk rekabentuk yg paling sesuai bagi tanaman serai.


Setakat ini, inilah alat pemotong serai aku

Thursday, August 7, 2008

Benih dan perancangan

Alhamdulillah. InsyaAllah aku akan dapat benih untuk bulan 10 ni. Memang kalau nak diikutkan, lagi 2 bulan nak pakai. Tapi sebaik2nya, kita buat persediaan awal. Masa nak tanam pun kita kena budget bila nak harvest. Aku nak tanam bulan 10 ni pasal kalau ikutkan ramalan cuaca jangka panjang dari Jabatan Kaji Cuaca, bulan 12 nanti adalah musim kering. Bukan tak boleh menanam serai musim kering, tapi 7 hari pertama adalah penting bagi survivality benih tu. Kalau tanam musim kering, jiruslah je lah. Tapi menambah kerja kan? Bak kata Pak Tani, kalau perlu, buat, tak perlu, buat apa menambah kerja.

Untuk satu ekar tanaman serai, kita boleh dapat lebih kurang 3630 point/rumpun bagi 4'x3'. Kalau tanam 3 btg benih setiap point, maka jumlah benih yg diperlukan adalah10,890. Tapi ada gak orang yang boleh buat lebih dari tu. Tapi teknik penjagaan la pulak. Jadi macammana kalau puas mencari masih tak dapat 10,000 btg? Kita kena ada plan B. Aku punya Plan B kalau tak dapat benih tu, aku akan tanam mana yang dapat. Buat plot. Buat berapa yang ada sementara mencari lagi. Kalau dah buat plot, kita boleh agak dalam 4 bulan lagi, kita tuai hasil tu untuk buat benih pulak. Serai berumur 4 bulan dah boleh dibuat benih. Kalau tak mula, nanti takut langsung tak buat

kadang2 ada orang yg patah semangat dan tak nak buat tanaman serai atau apa2 jenis tanaman kerana susah nak dapat benih, susah nak dapat pasaran, susah nak dapat ini, dapat itu. Akhirnya, satu hapa pun tak buat. Dah kalah kerana negativity sendiri. Dan kenapa kita kalah? Pasal tak cukup ilmu. Pasal kita kurang mengetahui. Bila kita kurang pengetahuan, pertimbangan kita akan lemah. Kita akan mengambil risiko unneccasarily dan mengalah sebelum mencuba.

Sama jugak dalam Islam, kenapa kita malas buat ibadat? Kenapa kita gah dengan ibadat kita yang tak seberapa? Pasal tak cukup ilmu. Kadang2 pernah tak kita bertanya, Kenapa aku menjadi seorang muslim? Kenapa aku kena beribadat? Kenapa Islam itu benar? Kalau tak cukup ilmu, ada org tersesat dgn mengatakan semua agama itu benar, semua orang Islam akan masuk syurga (tak semestinya ya), ada jugak yang kata, tak payah sembahyang, cukup dgn niat je. Nauzubillah.

Alamak, dah masuk bab agama la pulak. Tapi agama itu memang mencakupi seluruh hidup kita. Selalunya, kita (termasuk aku yang faqir hina) melihat agama dari sudut dunia. Patutnya, kita melihat dunia dari sudut agama. Setiap gerak-geri kita hendaklah bersandarkan Quran dan sunnah. InsyaAllah, hidup kita aman dan tenang.

Contoh terbaik pada aku. Masa mula2 nak buat pertanian, aku rasa risau mcmmana nak mengelak dari makhluk perosak. Nak buat pagar elektrik la, nak buat rumah perlindungan hujan la, nak upah orang berlari keliling kebun sambil menjerit untuk menakutkan perosak la. Dan macam2 lagi. Tapi bila dilihat dari sudut agama, setiap makhluk tu ada rezeki masing2 dalam kebun kita. Kalau buat kebun, kena redha yg akan ada peratusan hasil kita milik makhluk ni. Usaha dan ikhtiar kita hanya sekadar apa yang disuruh. Pasal usaha dan ikhtiar kita tidak memberi bekas. Ni panjang lagi nak bahas bab usaha dan ikhtiar ni.

Ahhh, sambung lain kali lah..InsyaAllah.

Surah Al Qalam 68:17-35
Sesungguhnya Kami telah menguji mereka (musyrikin Mekah) sebagaimana Kami telah menguji pemilik-pemilik kebun, ketika mereka bersumpah bahwa mereka sungguh-sungguh akan memetik (hasil) nya di pagi hari,
dan mereka tidak mengucapkan: "Insyaa Allah",
lalu kebun itu diliputi malapetaka (yang datang) dari Tuhanmu ketika mereka sedang tidur,
maka jadilah kebun itu hitam seperti malam yang gelap gulita,
lalu mereka panggil memanggil di pagi hari:
"Pergilah di waktu pagi (ini) ke kebunmu jika kamu hendak memetik buahnya".
Maka pergilah mereka saling berbisik-bisikan.
"Pada hari ini janganlah ada seorang miskin pun masuk ke dalam kebunmu".
Dan berangkatlah mereka di pagi hari dengan niat menghalangi (orang-orang miskin) padahal mereka mampu (menolongnya).
Tatkala mereka melihat kebun itu, mereka berkata: "Sesungguhnya kita benar-benar orang-orang yang sesat (jalan),
bahkan kita dihalangi (dari memperoleh hasilnya)"
Berkatalah seorang yang paling baik pikirannya di antara mereka: "Bukankah aku telah mengatakan kepadamu, hendaklah kamu bertasbih (kepada Tuhanmu)?"
Mereka mengucapkan: "Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim".
Lalu sebahagian mereka menghadapi sebahagian yang lain seraya cela mencela.
Mereka berkata: "Aduhai celakalah kita; sesungguhnya kita ini adalah orang-orang yang melampaui batas".
Mudah-mudahan Tuhan kita memberikan ganti kepada kita dengan (kebun) yang lebih baik daripada itu; sesungguhnya kita mengharapkan ampunan dari Tuhan kita.
Seperti itulah azab (dunia). Dan sesungguhnya azab akhirat lebih besar jika mereka mengetahui.
Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) surga-surga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.
Maka apakah patut Kami menjadikan orang-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa (orang kafir)?