Alhamdulillah. InsyaAllah aku akan dapat benih untuk bulan 10 ni. Memang kalau nak diikutkan, lagi 2 bulan nak pakai. Tapi sebaik2nya, kita buat persediaan awal. Masa nak tanam pun kita kena budget bila nak harvest. Aku nak tanam bulan 10 ni pasal kalau ikutkan ramalan cuaca jangka panjang dari Jabatan Kaji Cuaca, bulan 12 nanti adalah musim kering. Bukan tak boleh menanam serai musim kering, tapi 7 hari pertama adalah penting bagi survivality benih tu. Kalau tanam musim kering, jiruslah je lah. Tapi menambah kerja kan? Bak kata Pak Tani, kalau perlu, buat, tak perlu, buat apa menambah kerja.
Untuk satu ekar tanaman serai, kita boleh dapat lebih kurang 3630 point/rumpun bagi 4'x3'. Kalau tanam 3 btg benih setiap point, maka jumlah benih yg diperlukan adalah10,890. Tapi ada gak orang yang boleh buat lebih dari tu. Tapi teknik penjagaan la pulak. Jadi macammana kalau puas mencari masih tak dapat 10,000 btg? Kita kena ada plan B. Aku punya Plan B kalau tak dapat benih tu, aku akan tanam mana yang dapat. Buat plot. Buat berapa yang ada sementara mencari lagi. Kalau dah buat plot, kita boleh agak dalam 4 bulan lagi, kita tuai hasil tu untuk buat benih pulak. Serai berumur 4 bulan dah boleh dibuat benih. Kalau tak mula, nanti takut langsung tak buat
kadang2 ada orang yg patah semangat dan tak nak buat tanaman serai atau apa2 jenis tanaman kerana susah nak dapat benih, susah nak dapat pasaran, susah nak dapat ini, dapat itu. Akhirnya, satu hapa pun tak buat. Dah kalah kerana negativity sendiri. Dan kenapa kita kalah? Pasal tak cukup ilmu. Pasal kita kurang mengetahui. Bila kita kurang pengetahuan, pertimbangan kita akan lemah. Kita akan mengambil risiko unneccasarily dan mengalah sebelum mencuba.
Sama jugak dalam Islam, kenapa kita malas buat ibadat? Kenapa kita gah dengan ibadat kita yang tak seberapa? Pasal tak cukup ilmu. Kadang2 pernah tak kita bertanya, Kenapa aku menjadi seorang muslim? Kenapa aku kena beribadat? Kenapa Islam itu benar? Kalau tak cukup ilmu, ada org tersesat dgn mengatakan semua agama itu benar, semua orang Islam akan masuk syurga (tak semestinya ya), ada jugak yang kata, tak payah sembahyang, cukup dgn niat je. Nauzubillah.
Alamak, dah masuk bab agama la pulak. Tapi agama itu memang mencakupi seluruh hidup kita. Selalunya, kita (termasuk aku yang faqir hina) melihat agama dari sudut dunia. Patutnya, kita melihat dunia dari sudut agama. Setiap gerak-geri kita hendaklah bersandarkan Quran dan sunnah. InsyaAllah, hidup kita aman dan tenang.
Contoh terbaik pada aku. Masa mula2 nak buat pertanian, aku rasa risau mcmmana nak mengelak dari makhluk perosak. Nak buat pagar elektrik la, nak buat rumah perlindungan hujan la, nak upah orang berlari keliling kebun sambil menjerit untuk menakutkan perosak la. Dan macam2 lagi. Tapi bila dilihat dari sudut agama, setiap makhluk tu ada rezeki masing2 dalam kebun kita. Kalau buat kebun, kena redha yg akan ada peratusan hasil kita milik makhluk ni. Usaha dan ikhtiar kita hanya sekadar apa yang disuruh. Pasal usaha dan ikhtiar kita tidak memberi bekas. Ni panjang lagi nak bahas bab usaha dan ikhtiar ni.
Ahhh, sambung lain kali lah..InsyaAllah.
Surah Al Qalam 68:17-35
Sesungguhnya Kami telah menguji mereka (musyrikin Mekah) sebagaimana Kami telah menguji pemilik-pemilik kebun, ketika mereka bersumpah bahwa mereka sungguh-sungguh akan memetik (hasil) nya di pagi hari,
dan mereka tidak mengucapkan: "Insyaa Allah",
lalu kebun itu diliputi malapetaka (yang datang) dari Tuhanmu ketika mereka sedang tidur,
maka jadilah kebun itu hitam seperti malam yang gelap gulita,
lalu mereka panggil memanggil di pagi hari:
"Pergilah di waktu pagi (ini) ke kebunmu jika kamu hendak memetik buahnya".
Maka pergilah mereka saling berbisik-bisikan.
"Pada hari ini janganlah ada seorang miskin pun masuk ke dalam kebunmu".
Dan berangkatlah mereka di pagi hari dengan niat menghalangi (orang-orang miskin) padahal mereka mampu (menolongnya).
Tatkala mereka melihat kebun itu, mereka berkata: "Sesungguhnya kita benar-benar orang-orang yang sesat (jalan),
bahkan kita dihalangi (dari memperoleh hasilnya)"
Berkatalah seorang yang paling baik pikirannya di antara mereka: "Bukankah aku telah mengatakan kepadamu, hendaklah kamu bertasbih (kepada Tuhanmu)?"
Mereka mengucapkan: "Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim".
Lalu sebahagian mereka menghadapi sebahagian yang lain seraya cela mencela.
Mereka berkata: "Aduhai celakalah kita; sesungguhnya kita ini adalah orang-orang yang melampaui batas".
Mudah-mudahan Tuhan kita memberikan ganti kepada kita dengan (kebun) yang lebih baik daripada itu; sesungguhnya kita mengharapkan ampunan dari Tuhan kita.
Seperti itulah azab (dunia). Dan sesungguhnya azab akhirat lebih besar jika mereka mengetahui.
Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) surga-surga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.
Maka apakah patut Kami menjadikan orang-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa (orang kafir)?
EC Meter Perbandingan Bacaan Pelbagai Jenama
5 years ago
No comments:
Post a Comment