Showing posts with label lawatan ladang. Show all posts
Showing posts with label lawatan ladang. Show all posts

Tuesday, February 24, 2009

Lawatan ke D'Baraqah Farm


Baru2 ni saya buat lawatan mengejut ke D'Baraqah Farm yang terletak di Kg Sanglang, Pontian, Johor. Saja je singgah on the way balik dari kerja di Johor Baru. Saya cadang dapatlah berjumpa dengan pengusahanya, En Zulhailmy, tapi takda rezeki. Dia ada kat Petaling Jaya la pulak. Saya dapatlah tengok kandang baru dia. Saya disambut oleh pekerjanya (lupa lak namanya). Nampak gayanya, perniagaan En Zul ni makin maju. Mudah2an semakin maju dan bertambah berkat sesuai dengan namanya, D'Baraqah.


Kalau ada sesiapa disini yang pernah baca blog dia, mungkin tahu pasal kelahiran anak kambing diatas. Lahir pada 1.1.09 pukul 1 pagi. Tapi setakat ni takda nama lagi.


Ni jambatan masuk depan kandang kambing. Yang sebelah kiri tu jambatan lama. Sekarang oleh kerana rezeki melimpah ruah dan makin ramai orang dtg ke kandang membeli kambing, maka jambatan konkrit baru ni terpaksa dibina untuk memudahkan mengangkut kambing terus ke kandang atau dari kandang terus ke dalam lori pembeli. Kiranya sekarang kenderaan terus reverse je masuk. Tak payah nak menggendong kambing menyeberangi jambatan kayu lagi. Hehehehe. Dulu setakat satu dua ekor bolehlah. Sekarang satu dua ratus ekor. Tak gitu En Zul?


Kandang D'Baraqah terletak Y:1.630073, X:103.302736 atau link google map dia di sini . Jalan tanah merah sebelum jambatan diatas akan pergi terus ke depan kandang D'Baraqah. Jalan ni takda dalam map. Map cuma sampai ke simpang depan je. Kat area pontian patutnya banyak nenas, tapi sepanjang perjalanan saya tak nampak la pulak. Terpaksa la beli kat R&R highway.

Jauh berjalan, luas pandangan.
Posted by Picasa

Friday, November 7, 2008

Lawatan Ke Ladang 2 - Episod Tanah Kita

Baru2 ni saya pergi melawat ladang En Azrin Hashim dari blog Tanah Kita a.k.a. Aztric dari Forum BJ, untuk berkenalan dan menimba ilmu. Banyak juga saya belajar dari En Azrin tentang pertanian. Tentang racun, tentang penyakit tanaman dan tentang prinsip dan determinasi. Satu persamaan antara En Azrin dan saya ialah kami sama2 dari background sektor pembinaan. En Azrin pernah bekerja dengan sebuah syarikat pembinaan yang ternama di Malaysia dan berhenti kerana tidak mahu berkompromi dengan prinsip diri. Ini menjadi satu suntikan semangat bagi saya untuk meneruskan cita2 menjadi petani.

Menjadi petani? Masa sekolah dulu masa kita ditanya apakah cita2 kita, rasanya takda sorang pun yg jawab nak jadi petani kan? Sekarang terbalik lak. Bila dah tua ni, baru sedar yang pertanian yang dulunya dipandang sebelah mata, mampu menjanakan hasil yang lumayan jika dibuat secara bersungguh2. Pertanian juga mampu mengimbangkan kerohanian dan jasmani kita tanpa perlu mengabaikan prinsip moral. Pertanian juga penuh dengan ibadah tanpa kita sedari.

Pada asalnya, saya ingin berjumpa dengan En Azrin kerana saya ada masaalah dengan pokok timun yang asyik diserang penyakit kulat. Tapi banyak juga benda lain yang saya belajar dan dapat relate pada apa yang saya baca sebelum ni. Sebelum ni saya cuma baca tanpa betul memahami apa yang dikatakan dalam buku. Tapi saya baca juga.
Tanah Kita mengusahakan tanaman pisang (akan digantikan kemudian dgn tanaman cili fertigasi), tanaman cili, timun dan pelbagai tanaman lain mengikut permintaan atau mengikut perancangan Tanah Kita. En Azrin juga menjual barang2 keperluan pertanian terutamanya peralatan fertigasi yang mana saya sempat gak sambar baja AB fertigasi untuk projek fertigasi saya seterusnya. Dia juga menjadi agen bagi racun Green Patrol. Semua barangan yang dia jual, dia dah test dulu keberkesanannya sebelum promote pada orang lain. Maklumat lanjut ada dia blog http://azrinhashim.blogspot.com .

Pertanian adalah perniagaan dan sebagai perniagaan, ianya tertakluk dengan hukum dan adat berniaga. Antara yang pernah saya katakan dulu bagaimana dalam pertanian, aspek filing, pengurusan kewangan, customer service dan project planning akan mempengaruhi untung rugi sesebuah perniagaan. Satu lagi yang saya lupa adalah branding. Ini disebut oleh En Azrin dimana ianya adalah salah satu faktor yang boleh meningkatkan perniagaan kita ke tahap perkembangan seterusnya.
Deretan pokok timun yang sedang dalam ujikaji menentukan tahap rintangan penyakit. Pokok ini tidak disembur dgn racun.

Oh ya. Masa nak dtg ke kebun Tanah Kita, saya menggunakan gadget GPS receiver bersama2 dgn pda saya yg disambungkan dgn bluetooth. Jadi tak la sesat. Ni contoh gambar gadget yang saya gunakan bersama2 pda DOpod 818pro saya yang dilengkapi dengan perisian MapKing. Jadi kalau sesiapa yang nak bagi alamat kebun/ladang pada saya, memadai dengan bagi latitud dan longitud. Ataupun gunakan laman web http://map.google.com dan cari tempat anda disitu dan emailkan pada sipenerima.