Wednesday, February 3, 2010

Roti Arab sebagai makanan sampingan

Sebagai penternak dan lebih2 lagi sebagai ahli perniagaan yang bijak, kita hendaklah sentiasa mencari jalan untuk meminimakan kos dan memaksimakan keluaran bagi mendapatkan keuntungan yang maksima selagi tidak melanggar syarak dan prinsip2 moral.

Aquad Agro ingin menawarkan makanan sampingan bagi ternakan anda. Kami menawarkan bekalan Roti Arab sebagai satu makanan sampingan bagi ternakan kambing, ayam, lembu, ikan dan binatang2 yang seumpamanya.
Kebanyakan penternak memberikan kulit roti atau roti yang telah tamat tempoh kepada binatang ternakan mereka. Sesetengah kursus ternakan juga ada menyebut tentang roti sebagai makanan alternatif selain pellet yang mana rata2 penternak mengeluh dengan harga yang agak tinggi. Bezanya, Roti Arab yang ditawarkan Aquad Agro kebanyakannya belum tamat tempoh. Dan Roti Arab yang kami tawarkan tidak mempunyai bahan pengawet, tidak berminyak dan lebih kenyal. Ianya tidak mudah lembik dalam air berbanding roti buku atau kulit roti. Sebagai perbandingan, rupanya ala-ala capati.

Salah seorang pengusaha ternakan kambing yang kami temui mengatakan bahawa sesetengah kambing yang cerewet makan menyukai Roti Arab yang kami bekalkan. Mungkin dah boring makan rumput atau mungkin oleh kerana kambingnya kambing import, kambingnya lebih gemar roti berbanding rumput.



Sekiranya anda ingin mencuba Roti Arab ini untuk ternakan anda, sila hubungi saya Ghani 0123775863 untuk mendapatkan sample. Harga yang kami tawarkan hanya RM0.60 sen sekilo. Kandungan proteinnya adalah minima 10%. Untuk ternakan anda, anda tidak perlu panaskan dahulu. Ianya sedia dimakan. Tapi kalau anda yang nak makan, anda boleh juga cicah dengan sambal ikan bilis atau kari kambing. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya ternakan anda komplen kurang makan kerana tuannya dah 'belasah' makanan dia dulu.




1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum roti arab ni ada lagi ke ?

Post a Comment