Wednesday, June 10, 2009

Bahaya Fitnah

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Baru2 ni ada komen dalam salah satu post saya yg meletakkan nama satu website lain (juga penternak keli). Salah saya kerana tak melihat betul2 yg tiada logo blogger pada komen tersebut walaupun link yg diberi adalah valid link ke blog seseorang. Akibatnya, berlaku salah faham. Nasib baik tidak melarat.

Kepada penulis komen tersebut, saya berdoa agar dia mendapat hidayah dan meminta maaf pada pemilik blog tersebut. Apabila seseorang muslim itu berdosa pada Tuhannya, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Akan tetapi apabila dia berdosa sesama manusia, maka pada orang itulah yang wajib dia memohon ampun. Allah tidak akan mengampunkan dosanya selagi orang yg dizaliminya mengampunkan dia. Wajib bagi kita memohon maaf jika ada melakukan kesalahan sesama manusia.

Pada masa yang sama, kita digalakkan memaafkan orang lain kerana kita sendiri tidak lari dari membuat kesilapan. Mungkin saja dalam percakapan seharian kita, ada tutur kata kita yg membuatkan orang lain berkecil hati atau terguris dengan tidak sengaja. Mudah2an dengan memberi kemaafan kepada orang lain, Allah akan membuka pintu hati orang lain untuk memaafkan kita juga.

Semoga Allah memberi hidayah pada kita semua.