Showing posts with label Cili. Show all posts
Showing posts with label Cili. Show all posts

Thursday, November 20, 2008

Rumah Perlindungan Hujan


Balik kerja semalam hati sedih dan geram. Geram pasal gaduh ngan office collegue (tapi dah settle dah pagi ni) dan sedih tgk pokok cili tumbang pasal ribut kuat. Maka ter'harvest' la cili hijau. Pokok ni banyak buahnya, jadi agaknya dah terlalu berat nak menampung. Tak apalah, kita tanam ni pun bukan hak kita. Setakat ni cili2 saya kebanyakannya diberi pada jiran2 je. Rasa2nya dah lebih dari sekilo yang dipanen (panen tu maknanya harvest) setakat ni.

Minggu lepas, saya ada pergi rumah jiran untuk mengambil batang kayu dari 'hutan' berdekatan rumahnya. Cadangnya nak raut dan keringkan kemudian di'syelek' (supaya tahan lama) dan dipasang sebagai junjung pokok timun dan sebagai tempat untuk mengikat pokok cili. Tapi tak sempat pasal keadaan memaksa saya untuk siapkan jugak secepat mungkin supaya takda lagi pokok cili yang terdedah kepada risiko tumbang dek ribut. Kira ala-ala rumah lindungan hujan la. Cuma tak buat bumbung je.

Hari ni balik bolehlah nak sambung projek ni. Nak ikatkan kayu2 tu. Semalam tak sempat habiskan pasal dah masuk maghrib. Dapat tahan untuk 4-5 bulan lagi pun jadilah. Harap2 petang ni balik, kayu2 tu tak jatuh dan menimpa pokok cili saya. Tawakal je lah.

Projek fertigasi kat belakang rumah pulak tengah tunggu pokok cili yang disemai. Cukup je 30 hari, anak pokok cili boleh dipindahkan ke polibeg. Mula2 saya pening gak memikirkan macam mana nak buat 'support' untuk pokok cili tu nanti. Ada cadangan nak buat RPH pakai PVC pipe macam dalam gambar ni. Gambar ihsan http://pvcgreenhouse.blogspot.com/ Sesiapa yang nak buat seperti mana yang disarankan oleh pengarang blog ni, bolehlah layari address diatas. Agak detail gak dia punya instruction.
Tapi sekarang saya rasa, oleh kerana faktor kos, baik buat pakai kayu hutan ni je. Base dia taruk dalam tin susu anak. 4 tiang dan tutup bumbung pakai plastik (atau mungkin daun nipah..hmmmm... rustik)
Dan mungkin saya akan cuba teknik companion planting pulak lepas ni. Apa itu companion planting? Googlekan lah. Menarik gak konsep ni.

Tuesday, November 4, 2008

Ciliku dan timunku


Hari ni petik cili hasil pertama. Lama gak cili ni nak merah. Start balik dari cuti raya, sampai sekarang baru buah dia nak merah. Sebulan dok tunggu. tapi once dah start hijau kemerah2an, dah boleh petik. Jangan biarkan terlalu lama dipokok. Nanti buah busuk atas pokok lak.

Tapi yang sedihnya, pokok timun yang baru ambil hasil itu hari dah mati kena serangan kulat. Tak dapat nak selamatkan. Mungkin kerana saya memangkas pokok timun dgn gunting tanpa merendamnya dalam clorox dan juga kerana sebelum ni tak sembur racun kecuali selepas kena simptom penyakit. Itu dugaan. Tapi saya dah semai benih tomato ceri, timun jepun, bendi, jagung dan cili untuk next projek. Moga2 ianya menjadi. InsyaAllah. Dapat akuarium free yang akan digunakan nanti sebagai tangki baja. Kapasiti 260 liter. Lama sikit tahan berbanding tong sediaada sekarang yang cuma 40 liter.

Friday, October 31, 2008

Timunku 3



Hasil timun pertama. Alhamdulillah menjadi gak. Saya tanam timun ni 2 pokok satu pasu. Banyak gak hasilnya. Yang masih berputik pun ada gak. Kutipan hasil pertama dilakuakan secara rasmi pada 27hb September 2008. Dimakan sebagai salad bercicahkan sos thousand island. Hari tu juga cili 'terpetik' pasal tergugur masa membelek2. hehehehe. Seronok tengok hasil ni
. Selain timun yang disambungkan pada sistem fertigasi, saya juga ada 2 polybag timun yang lain yang di'anaktiri'kan. Satu kat depan rumah dan satu lagi kat belakang rumah. Baja pakai baja NPK pada kadar 'bila teringat'. Tapi masih dapat hasil gak walaupun rupanya pelik sikit.


Berdasarkan pengalaman menanam 10 pokok cili (asal 12 tapi bagi kat kawan pokok berbuah), saya telah menambah bilangan pokok untuk ditanam di belakang rumah lak. Cocopeat dah isi dlm polybag dan disiram dgn air kosong(flushing). Sedikit tips pasal tanaman cili. Tunas air (cabang di pangkal pokok) sebaik2nya dibuang. Ini bagi memberi lebih banyak hasil dan baja boleh sampai terus di buah2 yang diatas. Lagipun biasanya tunas ni buahnya tak banyak.

Oklah. Setakat ni je dulu. Nak gi solat Jumaat dah.




Tuesday, August 12, 2008

Kisah monyet dan cili



Pada suatu hari, ada seekor monyet sedang berjalan2 di dalam sebuah hutan. Tiba2, dia ternampak sebuah kebun yang penuh dengan tanaman yang subur. Monyet itu merasa lapar dan cuba memasuki kebun tersebut. Baru saja dia nak masuk, dia ternampak tuan tanah dan partnernya didalam kebun itu. Dia pun mencari akal bagaimana nak mengambil buah2an di dalam kebun tersebut.

"Ha, aku ada idea!"
Monyet itu berpura2 merangkak menuju ke arah tuan tanah dan partnernya itu.
"Tolong! Tolong! Tolonglah, dah empat hari aku tak makan, berilah aku sedikit makan. Kasihanilah aku."

"Kesian monyet tu ye, terseksa dia. Dah empat hari dia tak makan." kata tuan tanah. "Kita patut tolong monyet ni. Kau tolong ambikkan senapang aku tu!", kata tuan tanah pada partnernya.

Monyet pun terkejut beruk. Sekian.


Kisah diatas mungkin korang dah pernah dengar atau lihat dalam tv. Dulu ada cerita2 nasihat sang kancil. Tapi ending cerita aku ni diubah sikit. Sorry aaaa. Idea ni malam tadi punya pasal la. Anak aku yang sulung 8 tahun suruh cerita sebelum tidur. Bedtime story.

Tapi sebenarnya ada moral disebalik post ni. Baru2 ni aku ada nampak satu post di forum berkenaan seorang pengusaha yang menyumpah2 akan binatang perosak di kebun dia. Aku tak komen apa2 kerana ditakuti nanti dia salah paham lak. Yalah, bila menulis ni, komunikasi kita agak terhad oleh kekangan intonasi suara dan body language. Jadi mungkin apa yang kita tulis, orang lain baca dgn intonasi berbeza, jadi marah lak.

Kita didunia ni, tak da satu pun yang kita punya. Hatta, kebun yang kita usahakan itu pun bukan milik kita. Kita hanya menguruskannya sebagai amanah dari Allah, Tuhan sekelian alam. Yang memiliki segala yang nyata dan segala yang ghaib. Setiap binatang, setiap makhluk ada rezeki masing2. Kita hanya berikhtiar untuk mengelakkan serangga perosak dari merosakkan tanaman kita. Itu adalah sebahagian dari usaha dan ikhtiar. Tetapi kalau mereka dapat jugak memakannya, itu rezeki mereka.

Kalau kita nak marah2 pun, siapa yang kita marahkan sebenarnya? Kita berusaha, dan kalau tak diizinkanNya, tetap tak menjadi jugak. Kita takda kuasa. Allah sahaja yang berkuasa. Kita tahu tu. Tapi kalau dah marah berlebihan, sebenarnya, marah kita tu ditujukan pada siapa? Pada Allah. Nauzubillah. Ini sebagai satu peringatan bagi diri aku yang selalu lupa. Moga2 Allah ampunkan dosa aku dan dosa kita semua. Amin.

Ni gambar projek cili separa fertigasi aku di depan rumah. Aku cuma gunakan sistem drip untuk mengairi pokok aku je. Pembajaan secara manual. Baja pun campur2. Ada yang pakai baja vermikompos. Ada pakai NPK. Media pakai tanah Tesco dan tanah dari local nursery. Benih pun benih cili dari pasar malam. Polybag dibeli dari nursery. Polybag hitam tu kecik sgt bagi pokok cili. Nanti aku tukar pakai polybag 16 x 16 yang putih. Yang polybag putih dlm gambar tu aku tanam timun.

Aku sengaja buat projek ni dgn persediaan bahawa akan ada pokok yang sakit dan hasil tak banyak. Ini sebagai persediaan bagi aku untuk menghadapi skala yang lebih besar. Aku nak membiasakan diri dgn penyakit2 cili. Racun serangga aku cuma pakai serai, cili api, bawang putih dan sedikit sabun. InsyaAllah, siap renovation rumah jiran aku dibelakang, aku akan gunakan sistem fertigasi sepenuhnya dgn baja yang sepatutnya dgn media cocopeat.

Sebenarnya, sistem fertigasi ni mudah. Tapi kena buat dulu la. Kalau sekadar baca je, mmg payah. Aku dah banyak baca dan walaupun aku rasa boleh buat, aku tetap pergi beli set mini fertigasi. Bila benda tu dah depan mata dan dah disusun, mmg aku lebih yakin untuk setup sendiri punya dalam skala yang lebih besar. Perbezaan antara beli pakej dan buat sendiri memang ketara. Pakej fertigasi ni, diaorg kira sekali kos wastage barang. Tapi byk juga kelebihan beli pakej ni. Anda dpt khidmat nasihat dari penyedia pakej dan tak yah pening kepala sangat nak fikirkan. Biar orang setupkan sistem, anda cuma perlu teruskan dan follow guideline yang telah ditentukan.

Tapi projek aku kat Chenor, besar kemungkinan (hampir pasti, InsyaAllah) aku akan tanam serai 2 ekar dan mungkin tanam cili 50 pokok kat tepi rumah. Kalau boleh jaga 50 pokok, bolehlah jaga 5000 pokok. At least dah tahu kerenah cili dari segi penjagaan dan kutipan hasil. Ada orang yang aku jumpa, adik kepada pengusaha cili. 1400 pokok. 4 orang pensyarah berkongsi. Dari 1400 pokok, 1000 pokok mati dan berpuluh ribu ringgit rugi.

Monday, August 11, 2008

Cili Fertigasi



'Saya nak bancuh baja pagi ni jam sepuluh, kalau nak join jumpa kat kebun"

Aku terima sms diatas pada pagi sabtu pukul 9.30 pagi. Kelam kabut aku bersiap dan pukul 10 aku sms semula mengatakan aku on the way secepat mungkin akan sampai. Nasib baik la kebun tu kat Paya Jaras, 10 minit je dari rumah aku.

Sampai disana, Ruhizal (pemilik kebun) belum mula lagi. Ada 3-4 org lagi disana. Aku kenal Ruhizal ni dari internet je. Jumpa pun baru sekali dan cakap kat telefon tak sampai 10 kali. tapi mesranya mcm dah kenal lama. Kebanyakan org yg aku jumpa dlm bidang pertanian ni mmg camtu. Tak kedekut ilmu. Nampak je mcm garang abg kita ni. Tapi mesra.

Kami diajar cara2 nak bancuh baja fertigasi. Ada berbagai unsur2 dlm baja fertigasi yg mana setiap unsur adalah nutrien yang diperlukan oleh pokok untuk membesar. Ada 16-17 jenis unsur yg berbeza. Ianya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu unsur set A dan unsur Set B. Kedua2nya mempunyai formula tersendiri dan akan dicampurkan mengikut kepekatan yg diperlukan oleh pokok. "Cili ni (secara amnya, semua tanaman secara fertigasi) mcm 'baby'. Kita kena suapkan mengikut keperluan dia. Masa kecik kena bagi sikit, bila semakin membesar, maka lebih byk la dia makan".

Setiap unsur dlm baja memberi kesan pada pokok dan hasil. Ada dengar cerita seorang pengusaha dari Kuala Langat (tak silap aku) mendapat hasil cili yg manis buahnya. Setelah diselidik, dia lupa nak tukar formula baja dan salah satu unsur yg mempengaruhi kemanisan buah terlebih la pulak. Apa lagi, cili jadi manis la.



Aku ada salin formula tu tapi tak pulak aku mintak kebenaran utk publish formula tu di blog aku. So kalau sesiapa yang nak tahu, kenalah berkenalan dgn En Ruhizal. Blog dia di http://niaagrotech.blogspot.com

Sebagai satu rujukan, anda boleh baca artikel dibawah yg aku petik dari http://syagrogreen.blogspot.com . Semoga dpt memberi manfaat.

Oh ya, satu lagi kata2 hikmat dari En Ruhizal. "Kalau pokok cili diserang penyakit, jangan risau. Memang pokok cili akan diserang penyakit. Memang ada punya." Dalam erti kata lain, mcmmana kita cuba mencegah sekalipun, tetap akan diserang penyakit. Mana mungkin 100% sihat.

Nutrien (Baja)

Tumbuhan dalam sistem hidroponik adalah sama dengan tanaan yang ditanam atas tanah, masing-masing memerlukan 16 unsur untuk tumbuh dengan baik. ia itu C, H, O, N, P, K, Ca, Mg, S, Zn, Cu, Fe, Mn, B, Mo dan Cl. Dalam sistem hidroponik unsur ini dilarutkan kedalam air bagi diserap oleh sistem akar. Larutan ini dipanggil larutan nutrium atau larutan baja.

Terdapat pelbagai formula larutan nutrien dipasaran. Harga pasaran adalah berasaskan kepada harga bahan mentah yang digunakan. Bahan yang digunakan biasanya dalam bentuk garam mineral atau cecair. Bahan berkenaan mungkin dalam bentuk bahan organik atau bukan organik atau campuran keduanya.

Menggunakan larutan nutrien yang siap dijual di pasaran adalah lebih mudah, cuma ikut sahaja arahan pada lebel yang berkenaan. Walau bagaimanapun menyediakan sendiri larutan nutrien adalah lebih menyoronokkan !. Kekurangan sesuatu unsur akan memberi kesan terus kepada pertubuhan pokok kerana tanaan bergantung sepenuhnya kepada larutan nutrien yang dibekalkan.

PH Larutan Nutrien

PH merujuk samada larutan nutrien berasid atau beralkali. Ukuran yang digunakan ialah nilai 1 hingga 14. Nilai 7 bagi larutan nuteral, jika nilai ph kurang daripada 7 larutan berkenaan adalah berasid. Bagi nilai melebihi 7 larutan berkenaan berasid. Ph yang sesuai untuk pertumbuhan secara umum ialah antara 5.5 hingga 6.5.

Tumbuhan akan menyerap zat makanan dan melepaskan bahan kimia kedalam larutan . Proses ini akan menyebabkan larutan baja akan berubah menjadi lebih berakali. Gunakan pH meter untuk menentukannya. Apabila nilai pH melehi 7, larutan berkenaan adalah beralkali dan perlu diturunkan kepada antara 5.5 hingga 6.5 ia itu nilai yang sesuai untuk pertumbuhan. Untuk mencapai nilai ini campurkan asid sulfrik atau air bateri kedalam larutan nutrien berkenaan. Sekiranya larutan nutrien berasid ia itu nilai pH nya kurang daripada 5.5, ia perlu ditingkatkan sehingga 5.5. Peningkatan pH dapat dilakukan dengan menambah potassium hydroxide (KOH) atau sodium hydroxide (NaOH) atau soda bikarbonat yang digunakan untuk membuat kueh. Gunakan ph meter atau kertas litmus bagi menyukat ph larutan.

PH Untuk Tanaman Terpilih

PH 6.0-6.7

PH 5.5-6.7

PH 5.2-6.7

PH 4.5-6.7

Asparagus Kekacang Tomato Ubi Kentang
Cauliflower Broccoli Lobak Merah
Tembikai Cili



Salad

Kepekatan Larutan

Kepekatan larutan nutrien diukur dengan unit ppm (part per million) atau satu bahagian dalam sejuta. Sukatan ini merujuk kepada nisbah bahagian nutrien dilarutkan kedalam air. Jika 1 miligram baja A dilarutkan dalam 1 litter air bersih, kepekakatan larutan di baca sebagai 1 ppm. Air bersih yang belum dicampurkan baja kedalam nya mempunyai nilai ppm kosong.

Anggaran purata keperluan unsur nirojen untuk pertumbuhan ialah 300 ppm, posforos 80 ppm, kalium 250 ppm, salfur 400 ppm, Magnesium 75 ppm, kalsium 400 ppm, Iron 5 ppm, tembaga 0.5 ppm, Mangam 2 ppm, Molbednum 0.001 ppm dan boron 1 ppm. Nilai standard kerja kepekatan larutan baja hidroponik ialah 1280 ppm, dikira setelah semua unsur yang diperlukan oleh pertumbuhan dilarutkan dalam air.

Bagi menjamin pertumbuhan tanaman yang baik nilai ppm hendaklah sentiasa diukur nilai kepekatan standart kerja ialah 1280 ppm, Jika perlu larutan nutrien hendak lah ditambah bagi mencapai nilai standard kerja yang diperlukan.

Limit Pengunaan Unsur Nutrien Oleh Pokok Mengikut Sukatan PPM

Unsur Makro

Kepekatan (ppm)


Unsur Mikro

Kepekatan (ppm)

N 70-1000
Fe 0.5-10
P 30-100
Mn 0.1-5
K 100-400
H 0.16
Ca 80-400
Cu 0.02-0.5
Mg 24-100
Zn 0.02-1
S 35-1000
Mo 0.01-0.1

Kesan Kekurangan Unsur Nutrien Kepada Pokok

Unsur Nutrien

Kesan (symptoms)

Nitrojan Daun kecil, warna hijau muda,daun mati pada pokok dan daun sukar gugur.
Posforus Daun hijau tua. Daun bawah bewarna kuning pada bahagian hujung daun.
Potassium Daun bawah mati.terutama bahagian antara tulang daun.
Kalsium Pucuk dan daun muda mati. Daun muda berkedut.
Magnesium Bawah daun kuning akhirnya mati.
Salfur Pucuk dan daun muda warna hijau muda
Iron Pucuk dan daun muda warna kuning, akhirnya mati
Mangan Mata burung atau tompok warna coklat pada daun.
Boron Tunas dan pucuk mati

CARA MENYEDIAKAN LARUTAN NUTRIEN (BAJA)

Ada beberapa formula baja yang dapat digunakan untuk hidroponik, tapi dari beberapa formula tersebut yang terpenting adalah kandungan unsur-unsurnya sesuai dengan keperluan tanaman. Karena itu secara praktis, kita sebaiknya memahami berapa banyak unsur nutrien yang diperlukan oleh setiap tanaman. Dari sini kita menyusun formulasi campuran sendiri yang mencukupi keperluan tersebut. Hal ini lebih bermanfaat karena kita boleh jimatkan perbelanjaan membeli larutan baja., kita boleh menemukan keperluan unsur dengan bahan yang murah tapi fungsinya tetap mencapai apa yang kita harapkan.

Larutan nutrien hidroponik telah dibangunkan oleh D. R. Hoagland dari University of California. Larutan ini boleh dibuat sendiri (bagi tujuan hobi) dengan mencampur daripada baja dalam bentuk garam mineral yang terdapat dalam pasaran. Mudah disediakan dan dapat memberi hasil yang memuaskan bagi tujuan hobi..

Bagi tujuan komersial ketepatan penggunaan garam mineral amatlah penting dalam kejayaan projek. Formula yang telah dibangunkan oleh Terengganu Hydroponics Society adalah sebagaimana di bawah:-

UNSUR MAKRO


Garam Mineral Gram/1000 liter larutan baja

Nutri Fosfat (P) 18

Nutri Potasium (K) 30

Nutri Nitrat (N) 60

Nutri Magnesium (Mg) 31

Garam mineral mesti dilarutkan dalam air panas secara berasingan dan ditambahkan kedalam tangki larutan. Gunakan bahan grade kimia. Gred baja boleh juga digunakan kerana harganya lebih murah. Garam mineral gred kimia adalah mudah larut berbanding dengan gred baja.

Elemen mikro cuma diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Disebabkan sukar untuk disukat kerana keperluan yang kecil, larutan stok perlu perlu dibuat terlebih dahulu. Larutan stok ini kemudiannya untuk ditambah dalam air bagi dijadikan larutan nutrien (baja)


UNSUR MIKRO


Garam Mineral Gram/1000 liter larutan baja


Nutri Borium (B) 1.7


Nutri Manganes (Mn) 3.2


Nutri Zink (Zn) 0.45


Nutri Cuprum (Cu) 0.28


Nutri Ferrum (Fe) 30


Nutri Molibdenum (Mo)

0.13




Jika air paip digunakan , Nutri zink dan cuprum mungkin tidak diperlukan kerana bahan berkenaan telah hadir dalam air paip.

Elemen mikro cuma diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Disebabkan sukar untuk disukat kerana keperluan yang kecil, larutan stok perlu perlu dibuat terlebih dahulu. Larutan stok ini kemudiannya untuk ditambah dalam air bagi dijadikan larutan nutrien (baja)