Balik kerja semalam hati sedih dan geram. Geram pasal gaduh ngan office collegue (tapi dah settle dah pagi ni) dan sedih tgk pokok cili tumbang pasal ribut kuat. Maka ter'harvest' la cili hijau. Pokok ni banyak buahnya, jadi agaknya dah terlalu berat nak menampung. Tak apalah, kita tanam ni pun bukan hak kita. Setakat ni cili2 saya kebanyakannya diberi pada jiran2 je. Rasa2nya dah lebih dari sekilo yang dipanen (panen tu maknanya harvest) setakat ni.
Minggu lepas, saya ada pergi rumah jiran untuk mengambil batang kayu dari 'hutan' berdekatan rumahnya. Cadangnya nak raut dan keringkan kemudian di'syelek' (supaya tahan lama) dan dipasang sebagai junjung pokok timun dan sebagai tempat untuk mengikat pokok cili. Tapi tak sempat pasal keadaan memaksa saya untuk siapkan jugak secepat mungkin supaya takda lagi pokok cili yang terdedah kepada risiko tumbang dek ribut. Kira ala-ala rumah lindungan hujan la. Cuma tak buat bumbung je.
Hari ni balik bolehlah nak sambung projek ni. Nak ikatkan kayu2 tu. Semalam tak sempat habiskan pasal dah masuk maghrib. Dapat tahan untuk 4-5 bulan lagi pun jadilah. Harap2 petang ni balik, kayu2 tu tak jatuh dan menimpa pokok cili saya. Tawakal je lah.
Projek fertigasi kat belakang rumah pulak tengah tunggu pokok cili yang disemai. Cukup je 30 hari, anak pokok cili boleh dipindahkan ke polibeg. Mula2 saya pening gak memikirkan macam mana nak buat 'support' untuk pokok cili tu nanti. Ada cadangan nak buat RPH pakai PVC pipe macam dalam gambar ni. Gambar ihsan http://pvcgreenhouse.blogspot.com/ Sesiapa yang nak buat seperti mana yang disarankan oleh pengarang blog ni, bolehlah layari address diatas. Agak detail gak dia punya instruction.
Tapi sekarang saya rasa, oleh kerana faktor kos, baik buat pakai kayu hutan ni je. Base dia taruk dalam tin susu anak. 4 tiang dan tutup bumbung pakai plastik (atau mungkin daun nipah..hmmmm... rustik)
Dan mungkin saya akan cuba teknik companion planting pulak lepas ni. Apa itu companion planting? Googlekan lah. Menarik gak konsep ni.
4 comments:
syoknye tengok projek DIY cik ghani. berapa hengget ye tu, kalau pasang siap mau beratus tu
hehehe, kosnya cuma kederat je. Ambik kayu hutan kat tepi rumah jiran.
lor..kayu nampak cerah n smooth, ingatkan yg part atas tu pvc, tiang je kayu.ni meraut dengan penuh perasaan ni
mustik tu apa ya?
Mustik? errr mana ada saya tulis mustik..rustik kot? Rustik tu kalau ejaan dlm bahasa Eropah barat laut tu tulisan dia "rustic".
Rustic tu kira ala2 konsep kayu2 hutan.
Post a Comment