Friday, October 31, 2008

Timunku 3



Hasil timun pertama. Alhamdulillah menjadi gak. Saya tanam timun ni 2 pokok satu pasu. Banyak gak hasilnya. Yang masih berputik pun ada gak. Kutipan hasil pertama dilakuakan secara rasmi pada 27hb September 2008. Dimakan sebagai salad bercicahkan sos thousand island. Hari tu juga cili 'terpetik' pasal tergugur masa membelek2. hehehehe. Seronok tengok hasil ni
. Selain timun yang disambungkan pada sistem fertigasi, saya juga ada 2 polybag timun yang lain yang di'anaktiri'kan. Satu kat depan rumah dan satu lagi kat belakang rumah. Baja pakai baja NPK pada kadar 'bila teringat'. Tapi masih dapat hasil gak walaupun rupanya pelik sikit.


Berdasarkan pengalaman menanam 10 pokok cili (asal 12 tapi bagi kat kawan pokok berbuah), saya telah menambah bilangan pokok untuk ditanam di belakang rumah lak. Cocopeat dah isi dlm polybag dan disiram dgn air kosong(flushing). Sedikit tips pasal tanaman cili. Tunas air (cabang di pangkal pokok) sebaik2nya dibuang. Ini bagi memberi lebih banyak hasil dan baja boleh sampai terus di buah2 yang diatas. Lagipun biasanya tunas ni buahnya tak banyak.

Oklah. Setakat ni je dulu. Nak gi solat Jumaat dah.




2 comments:

melor said...

aduh ,eriahnya tengok taman sayur ni..

Abd Ghani said...

Makasih. Tapi takda rezeki, lepas ambik je hasil timun, satu pokok tu mati. Pengajaran sebelum memulaka skala yang lebih besar. InsyaAllah

Post a Comment