Friday, May 14, 2010

Habib Ali Batu Pahat kembali ke Rahmatullah




Salam.


Saya baru balik dari ziarah jenazah Habib Ali Jaafar Al Idrus di Batu Pahat, Johor pukul 5 pagi tadi. Beratus-ratus orang dan saya yakin mencecah ribuan orang yang datang ziarah tak putus2. Yang amat menyedihkan saya ialah kerana saya tidak berkesempatan menziarahi beliau ketika hidupnya. Dan sms yang saya terima petang semalam amat menyedihkan dan mengejutkan. Pada umur hampir 100 tahun, Habib Ali memang telahpun uzur agak lama. Beberapa kali rancangan untuk ziarah beliau tergendala. Jenazah akan dikebumikan pagi ini 14hb Mei 2010 sebelum pukul 10 pagi InsyaAllah sebelum solat Jumaat. Sesiapa yang sempat, pergilah ziarah. Kita sedekahkan Fatihah pada arwah.


Saya sertakan disini post dari blog Al Fanshuri



إنا لله وإنا إليه راجعون
Baru sebentar tadi dapat sms yang membawa khabar sedih iaitu seorang auliyaUllah, al-'Arifbillah al-Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad bin 'Abdul Qadir al-Aydrus Batu Pahat telah kembali kerahmatuLlah pada jam lebih kurang 5.10 petang, 28 JumadilUla 1431H/ 13 Mei 2010. Allahu Allah ... setelah 40 hari pemergian al-Quthub al-Iman al-Allamah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf. Belum lagi terubat kesedihan atas pemergian al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf, kini menyusul pula al-Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad al-Aydrus (pada usia lebih kurang 97 tahun), Batu Pahat. Allahu Allah ...... Tahun ini merupakan kesedihan buat warga BaAlawi.Musibah! Musibah! Musibah buat umat apabila kekasih-kekasihNYA satu persatu kembali kepadaNYAPara ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim. [Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi]
الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس الأعلى مع النبيين والصديقين و الشهداء والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين بالخلف الصالح. آمينSemoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah al-Faatihah dan surah Yaasin kepada beliau.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt...ana hanya ingin menyampaikan sesuatu pesanan kpd antum..terlebih dahulu ana memohon ampun dan maaf bimbang antum tersinggung..sepanjang ana kenal Habib, Habib tidak mengizinkan photonya diambil..Ana sgt berharap antum dapat delete photo Habib Ali dan hanya ucapan2 sahaja di sini..terima kasih atas kerjasama antum...wassalam..

Abd Ghani said...

Waalaikumsalam w.w.

Terima kasih atas teguran antum. InsyaAllah, ana tak tersinggung. Ana yakin teguran dibuat atas niat yang baik saling mengingati sesama kita.

Photo habib Ali ada banyak terdapat di internet. Ada banyak perkara yang Habib Ali buat pada satu orang dan tidak buat pada orang yang lain seperti doa dan menjamu makan (rujuk website majelisrasullah.org). Mungkin juga Habib melarang sesetengah orang mengambil gambarnya pada ketika itu dan sesetengah yang lain diberi izin. Ana yakin ada sebab yang hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.

Ana juga ada photo Habib Ali Jaafar Al Idrus posing bersama Habib Syed Muhammad Alwi Al Maliki Al Makki tapi tidak ana postkan disini.

Sekiranya ada pembaca blog ini waris kepada Habib Ali, sila beritahu ana. InsyaAllah, akan ana deletekan. Akan tetapi, ana tak ada larangan direct dari Habib Ali sendiri, maka ana anggap bahawa gambar ini diambil dgn kebenaran Habib Ali. Dan ana rasa, walaupun kita curi2 ambil gambar ketika menziarah beliau, beliau tahu. Wallahualam.

Terima kasih sekali lagi atas teguran. Jazakallah khair.

Post a Comment