Wednesday, September 24, 2008

Peluang Besar. Jangan terlepas!


Assalamualikum semua.

Sempena Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan ini. Bulan yang mana setiap amalan anak Adam a.s. dilipatgandakan, saya ingin memberi satu peluang bagi pengunjung2 blog spicesroot untuk membuat amal jariah.

Ustaz Ahmad bin Mohamed , yang mengajar di Surau Al-Hakim Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Selangor, dan masjid/surau berhampiran, sedang berusaha mengutip dana untuk membina Pusat Pengajian Pondok Madrasah Al-Imaniah di Kg Jerantut Feri , 27150 Jerantut, Pahang. Madrasah ini akan melaksanakan sistem pengajian pondok tulen dengan menggunakan kitab2 lama yang dikarang oleh ulamak-ulamak yang muktabar. Madrasah ini sedang didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Pekan, mengikut prosedur2 pendaftaran madrasah.

Untuk makluman juga, pihak AJK Penaja Pembinaan Madrasah Al-Imaniah masih menunggu surat kebenaran mengutip derma secara rasmi daripada Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dan pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana setakat ini hanya kerja-kerja meratakan tapak dan kerja-kerja footing telah selesai dijalankan kerana kekurangan dana kewangan untuk kerja-kerja seterusnya. Malahan untuk memenuhi syarat permohonan dengan Jabatan Agama Islam Pahang dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, setidak-tidaknya kerja meratakan tapak dan asas bangunan hendaklah disiapkan. Maka disinilah diharapkan bantuan Muslimin/Muslimat bagi membiayai kerja-kerja asas bangunan yang masih kekurangan dana serta lain-lain sehingga siapnya madrasah tersebut.

Insyaallah, pihak AJK Penaja Pembinaan Madrasah juga akan mengeluarkan resit, apabila kelulusan/kebenaran mengutip derma daripada pihak berkuasa diperolehi jika perlu.

Anggaran kasar kos adalah seperti berikut:

  • Tanah – tanah wakaf seluas 1.975 ekar.
  • 1 x Bangunan madrasah 2 tingkat l/kurang 60’ x 45’ = RM250,000.00.
  • 2 x Rumah guru = RM60,000.00.
  • 6 x Pondok @ RM3,000.00. Jumlah diperlukan RM18,000.00. Selebihnya dibiayai oleh penuntut/penyumbang.

Jumlah keseluruhan diperlukan adalah lebihkurang RM320,000.00 ke RM350,000.00. Walaubagaimanapun ini bergantung kpd kenaikan harga barang2 pembinaan dll.

Kerja-kerja meratakan tapak bermula sekitar April 2008 dan telahpun selesai. Kerja-kerja “footing” juga telah selesai dijalankan. Kerja2 bagi “ground beam” dijangka bermula penghujung September atau awal Oktober 2008. Kerja2 pembinaan adalah agak perlahan dengan tenaga kerja yang terhad kerana kekurangan dana kewangan untuk kerja-kerja seterusnya. Bertepatan dengan hasrat yang sungguh murni oleh mereka yang mewakafkan tanah ini (4 beradik di atas tanah arwah bonda mereka), adalah sangat diharapkan akan bantuan Muslimin/Muslimat bagi membantu membiayai kerja-kerja bangunan yang masih kekurangan dana serta lain-lain sehingga siapnya mardasah tersebut. Menyedari hakikat dan situasi semasa dana ini, dengan proses2 yang perlahan tetapi kerja2 perlu diteruskan, diharap Muslimin/Muslimat yang mempunyai kelapangan dari segi kewangan, tenaga maupun bahan binaan, dapat menghulurkan bantuan yang seikhlas2nya bagi membiayai kerja2 pembinaan yang masih kekurangan dana serta lain-lain sehingga siapnya madrasah tersebut ataupun setidak-tidaknya memanjangkan info ini kepada lain-lain Muslimin-Muslimat.

Sumbangan kewangan boleh disalurkan ke akaun seperti berikut:

No. Akaun : 12-038-01-008645-5

Nama : MADRASAH AL-IMANIAH

Bank : Bank Islam, Cawangan Shah Alam

Sekiranya Muslimin/Muslimat ingin melawat tapak Madrasah atau ingin keterangan lanjut bolehlah menghubungi Ustaz Ahmad bin Mohamed di 019-242 7953 atau Hj. Ghazali bin Hj. Ahmad (017-333 0807).


Jadi disini, sedang anda melayari blog ini, apa kata taipkan di ruang atas sekali alamat maybank2u ke, rhbbank ke, hsbc ke atau mana bank perbankan online anda dan salurkan dana ke Madrasah Al-Imaniah ini walaupun hanya seringgit, InsyaAllah diberkatiNya.

MADRASAH AL-IMANIAH

Madrasah Al-Imaniah

Pusat Pengajian Pondok Jerantut Feri

Lot 2628, Jalan Kg. Pedah, Jerantut Feri

27150 Jerantut, Pahang Darul Makmur



Dan disertakan juga sepotong hadis yang amat famous masa kutip derma2 ni..especially bulan Ramadhan,

“Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariahnya, ilmu yang bermanfaat, dan anak2 yang soleh yang sentiasa mendoakannya”.




No comments:

Post a Comment