Thursday, July 8, 2010

Zafwan Arief kembali ke rahmatullah

Salam.

Hari Jumaat 2hb Julai 2010, Muhammad Zafwan Arief selamat dikebumikan di Perkuburan Islam Kg Melayu Subang. Anak saya yang keempat ini dipanggil ke rahmatullah setelah dipinjamkan pada kami selama 6 bulan dalam kandungan.

Kami mendapat tahu ketika regular check up minggu sebelumnya yang bayi dalam kandungan isteri saya mengidap satu keadaan yang dipanggil hydrops fetalis. Hydrops fetalis ialah satu keadaan yang mana cecair terkumpul didalam badan bayi disekitar perut, jantung, paru2 dan sekeliling badan. Kandungan tidak dapat diselamatkan dan jangkamasa yang kami ada ketika itu hanyalah dalam beberapa hari sahaja. Kami telahpun dirujuk ke 2 pakar lagi dan yg terakhir kepada pakar di Hospital Kuala Lumpur.

Dipendekkan cerita, hari Khamis 1 Julai 2010 isteri saya dimasukkan ke wad dan bersalin keesokan harinya. Zafwan Arief telahpun meninggal dunia dalam kandungan. Majlis Akikah dan bacaan maulid akan diadakan pada hari Jumaat 9 Julai 2010.

InsyaAllah, life goes on. Al Fatihah.

Friday, May 14, 2010

Habib Ali Batu Pahat kembali ke Rahmatullah




Salam.


Saya baru balik dari ziarah jenazah Habib Ali Jaafar Al Idrus di Batu Pahat, Johor pukul 5 pagi tadi. Beratus-ratus orang dan saya yakin mencecah ribuan orang yang datang ziarah tak putus2. Yang amat menyedihkan saya ialah kerana saya tidak berkesempatan menziarahi beliau ketika hidupnya. Dan sms yang saya terima petang semalam amat menyedihkan dan mengejutkan. Pada umur hampir 100 tahun, Habib Ali memang telahpun uzur agak lama. Beberapa kali rancangan untuk ziarah beliau tergendala. Jenazah akan dikebumikan pagi ini 14hb Mei 2010 sebelum pukul 10 pagi InsyaAllah sebelum solat Jumaat. Sesiapa yang sempat, pergilah ziarah. Kita sedekahkan Fatihah pada arwah.


Saya sertakan disini post dari blog Al Fanshuri



إنا لله وإنا إليه راجعون
Baru sebentar tadi dapat sms yang membawa khabar sedih iaitu seorang auliyaUllah, al-'Arifbillah al-Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad bin 'Abdul Qadir al-Aydrus Batu Pahat telah kembali kerahmatuLlah pada jam lebih kurang 5.10 petang, 28 JumadilUla 1431H/ 13 Mei 2010. Allahu Allah ... setelah 40 hari pemergian al-Quthub al-Iman al-Allamah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf. Belum lagi terubat kesedihan atas pemergian al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf, kini menyusul pula al-Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad al-Aydrus (pada usia lebih kurang 97 tahun), Batu Pahat. Allahu Allah ...... Tahun ini merupakan kesedihan buat warga BaAlawi.Musibah! Musibah! Musibah buat umat apabila kekasih-kekasihNYA satu persatu kembali kepadaNYAPara ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim. [Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi]
الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس الأعلى مع النبيين والصديقين و الشهداء والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين بالخلف الصالح. آمينSemoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah al-Faatihah dan surah Yaasin kepada beliau.

Wednesday, May 12, 2010

Watermark pada gambar & tips roti arab

Ramai antara kita yang tidak meletakkan watermark pada gambar2 yang diuploadkan ke website masing2. Baru2 ni satu pengajaran bagi saya apabila gambar roti arab saya diplagiatkan di mudah.com.my.

Yang mushkilnya, saya juga ada iklan roti arab utk ternakan di http://www.mudah.my/Makanan+Ternakan+roti+reject+alternatif+pellet-6047279.htm?last=1 dgn harga RM0.70 sen sekilo (harga di website spicesroot adalah harga promosi). Dan sedara ni pulak jual benda yang sama, menggunakan gambar yg diambil di blog ini dan menjual dgn harga RM1.00 sekilo. Bila saya telefon (saya tersilap kerana menyebut nama saya), tak mengaku la pulak.

Siapa orang itu, tak perlu la saya dedahkan. Tapi agak dikenali juga dgn penternakan kelinya. Saya dpt berjumpa dgnnya ketika dia membeli roti saya. Dia mungkin tak perasan yg saya tahu ttg iklan tu. Bila saya confront, terkulat2 juga dia menjawab. Saya tak kisah kalau nak jual semula. Kadang2, beli byk2 tak habis, baik jual semula pada rakan2 daripada berkulat. Boleh gak cover duit minyak.

Memang harga pasaran roti reject lebih tinggi dari harga yang saya jual. Ada yg jual roti reject dgn harga Rm0.80 ke RM1.00 sekilo. Saya tak nak jual mahal2 kerana ingin membantu rakan penternak menjimatkan kos.

Tips kepada pelanggan saya:
1. Simpan roti arab dlm peti ais supaya lebih tahan lama.
2. Keringkan roti supaya lebih tahan lama dan tidak berkulat.
3. Jangan memberi roti yg telah terlalu berkulat kepada ternakan. Walaupun mereka makan jugak, tapi kesan sampingan agak merbahaya untuk kesihatan mereka. Sikit2 takpa.
4. Kalau nak beli, kongsi dgn kawan2, beli sekaligus, boleh jimat duit minyak. Untuk penghantaran, saya kenakan bayaran bagi tambang minyak. Kalau self pickup, saya boleh arrangekan di area Damansara, Bangi, Jln Semarak dan Subang Bestari pada waktu2 tertentu.
5. Kalau nak stok banyak, hubungi saya 2-3 hari sebelumnya supaya saya dapat sediakan stok yg lebih tahan lama. Biasanya 2-3 hari sebelum tarikh luput. Kadang2 4-5 hari sebelum tarikh luput pun ada.

Sekiranya ada apa2 pertanyaan, jgn malu2 dan jgn segan hubungi saya melalui telefon atau email. Sebarang pertanyaaan tak semestinya dlm bahasa arab.


Roti arab habis dibelasah ikan keli dlm masa kurang dari 15 saat.

Friday, May 7, 2010

Projek Ayam Kampung

Reban ayam yang baru dibina oleh Soleh telahpun diduduki oleh anak2 ayam pada 1 April 2010. Kalau ikut kapasiti, reban ni boleh memuatkan 500 ekor, tapi kami letak 100 ekor je dulu.

Ini adalah salah satu usaha diversifikasi Aquad Agro. Setakat ni, setelah satu bulan, nampak gayanya macam menjaga ayam adalah lebih mudah dari menjaga ikan. Tapi setakat pengalaman sebulan ni je la. Yg lepas ni tak tau lagi.


Ni gambar anak2 ayam berumur 1 minggu.Untuk 100 ekor, selama satu bulan, kami telah menggunakan lebih kurang 60 kilo pellet ayam.
Posted by Picasa

Friday, April 30, 2010

Trip melawat Ponpes di Surabaya

Sambungan dari kisah dahulu. Keesokan harinya kami bertolak ke Malang untuk melawat Pesantren Darul Hadits Habib Soleh bin Ahmad bin Salim Alydrus. Tetapi malangnya, Habib Soleh ada hal keperluan lain.

Kami sempat singgah ke tapak banjir lumpur panas Lapindo di Porong. Kisahnya amat tragik. Pada tahun 2006, syarikat Lapindo menggali gas asli di Porong. Tetapi yang keluar bukan gas asli, tapi lumpur panas. Sebanyak 5 buah kampung tenggelam dalam kejadian itu dan kawasan sekitarnya pula tidak sesuai diduduki kerana air perigi berasa minyak, mata air bercampur dgn gas asli malah di beberapa tempat, gas asli ini terbakar. Dan gambar ni menunjukkan kawasan kejadian dan masih lagi ada lumpur yg membuak2 keluar dari perut bumi sampailah sekarang. Kalau nak tau lebih lanjut, googlekan saja lapindo, porong, banjir lumpur.

Oleh kerana tak dapat berjumpa Habib Soleh, kami bertolak ke pesantren Habib Asadullah Alydrus. Kawan seperguruan kepada Ust Azahar dan seorang yang sgt tawaduk dan peramah. Beliau mewarisi pesantren bapanya, Darul Taalim wa Daawah. Kami berpeluang dibawa menziarah maqam seorang waliyullah.


Kami singgah lagi ke sebuah pesantren yg khusus untuk muslimah. Makan malam disana amat sedap. Saya belajar satu lagi sunnah nabi Muhammad s.a.w. yang kebanyakan kita sudah lupakan. Sebelum makan, ada satu mangkuk kecik berisi garam. Sebelum nasi disuap, garam dijilat. Banyak sunnah yang telahpun dibuktikan secara saintifik. Seperti makan buah sebelum makan nasi. Itu pun dah ada penemuan ssaitifik. Power nap, pun sunnah jugak.

Keesokan harinya pulak, kami ke Makam Sunan Ampel. Ceritanya nanti dulu.
Posted by Picasa

Thursday, April 8, 2010

Trip melawat Ponpes di Surabaya - Part 1

Salam.

Baru2 ni kami sekeluarga pergi menyibuk melawat pesantrens (s - plural) atau bahasa singkatnya Ponpes = Pondok pesantren di Surabaya. Asalnya kawan saya nak hantar anak perempuannya ke pondok pesantren dan yang sorang lagi nak melawat anaknya yang belajar di pondok pesantren dan bawak ustaz kami kerana dia kenal ramai orang di pondok pesantren dan kami lak saja nak menyibuk nak melawat pondok pesantren…fuuuhhh.

Akhirnya kami 4 keluarga (18 orang anak Adam) pergi ke Surabaya pada 24 hb Mac 2010. Kami menyewa 2 buah van beserta pemandu utk membawa kesemua kami ke destinasi2 yg ingin dilawati. Ponpes pertama yg dilawati adalah Darullughah Waddaawah di Bangil Pasuruan. Anak kawan saya baru setahun belajar di sini dah pandai cakap Arab. Bukan kerana roti Arab yg saya jual tapi kerana semua kitab yg diajar disini adalah dlm bahasa Arab. Bahasa ilmu. Kami dilayan dgn amat baik sekali oleh santri2 disana terutama sekali 2 pelajar Malaysia Sufian dan Hanis yang pernah keluar dlm rancangan Astro Oasis. Mereka berdua ni pelajar pintar malah Anis adalah pelajar 8A di Malaysia sebelum menyambung pelajaran ke pesantren ini. Akhlak mereka semua adalah sgt tinggi. Amat sejuk berdampingan dgn mereka sehinggakan rasa mcm nak buat menantu. Segala keperluan kami terjaga sehinggakan beg2 kami dan anak saya pun didukung mereka tanpa perlu disuruh. Kasut2 kami semua disusun rapi menghadap keluar, bercakap dgn penuh hormat, beradab dan tawadduk.

Selepas lawatan ke Darullughah, kami ke Pasuruan melawat Ponpes yg dikelolakan oleh Habib Taufik sambil diikut oleh kedua adik beradik tadi yg menjadi ‘khadam’ kami. Saya lupa nama pesantren tu. Ketika sampai ke masjid Pasuruan, azan maghrib berkumandang. Penuh masjid itu dgn org yg menunaikan solat Maghrib. Kami dibawa oleh Habib Taufik ke pesantrennya yg terletak tidak jauh dari situ dan kebetualan santri2nya sedang melantunkan Maulid Dibaie. Kami ikut sekejap berqasidah dan berborak kemudian dgn Habib Taufik ttg kurikulumnya. Mengikut Ust Azahar (Ust saya yg ikut serta), kurikulum di pondok Habib Taufik ni adalah yg terbaik. Kitab2 nya tinggi2 belaka dan sebahagian kitabnya dikarang oleh santrinya sendiri.

Santri di Ponpes Habib Taufik sedang membaca Maulid Dibaie











Masjid Pasuruan



Habis melawat, kami dijamu oleh Habib Taufik menikmati sate kambing cicah sambal kicap dan air limau nipis disebuah kedai di tepi jalan, Kedai Pak Hamid. Perrghh..Sungguh sedap.




Bersama Ust Azahar Hashim At-Tarimi menikmati sate kambing. Nape la Malaysia takda buat masakan ni?








Esoknya bertolak ke Malang pula untuk melawat beberapa buah lagi pesantren. Kisahnya akan saya sambung lain kali.

Tuesday, March 2, 2010

Kolam Kanvas


Baru2 ni Aquad Agro menambah lagi kolam kanvas utk menempatkan ikan2 kami. Kami telah menambah 2 kolam kanvas 20 x 6 x 3 kaki menggunakan frame kayu terpakai.


Pada keseluruhannya, Aquad Agro mempunyai 8 kolam simen, 17 kolam polytank, 12 kolam kanvas kecil dan 3 kolam kanvas besar tidak termasuk kolam untuk induk.







Kami memilih kolam kanvas kerana ianya lebih murah dan portable. Mengenai ketahanan, jika dijaga dgn baik, kolam kanvas mampu bertahan 2 - 4 tahun.




Jika anda ingin menempah kanvas ini, bolehlah berhubung dgn saya. Harga bagi saiz 20 x 6 x 3 kaki hanya RM600 tidak termasuk frame. Harga boleh dirunding. Delivery dalam masa 3-5 hari. Ini bukanlah bisnes utama Aquad Agro, tetapi untuk membantu rakan2 yang baru mencari2 kanvas untuk memulakan perniagaan.

Untuk frame, anda boleh menggunakan kayu, buluh, besi hollow, besi paip, besi khemah dan apa saja jenis makhluk yg dapat dijadikan frame. Prinsip yang kami pakai ialah asalkan ada dan workable. Tak guna buat fancy2 dan high tech sgt. Ikan tidak dapat membezakannya.

Kenapa saiz ni?
Ada mazhab2 penternak ikan keli yang mengatakan lebih panjang kolam ikan, maka ikan dapat berenang lebih selesa sebelum sampai ke dinding dan mereka lebih gumbira sebegitu. Benar atau tidak? Wallahualam. Saya tak buat researchnya tapi saya pikir ada logiknya.