Baru2 ni masa partner saya 'harvest' ikan dari kolam poly, dia ada ambik gambar untuk tatapan saya. Lupa lak nak suruh dia timbang beratnya. Kolam ni menggunakan teknik Kak Yati yang mana penyediaan kolam membabitkan makanan B1 yang dicampur pada air kolam, penggunaan keladi bunting, kangkung dan dibiarkan selama 3 hari sebelum ikan dimasukkan dan harvest selepas 3 bulan. Teknik ni menjadi kontroversi dan bahan perbualan hangat di forum2 terutamanya forum Bicara Jutawan yang mana saya juga adalah salah seorang member. Ramai orang mengutuk, mengeji, memanggil nama yang kurang baik untuk saya sebut disini dan bermacam2 lagi. Saya takdalah sampai tahap mengutuk teknik ni. Saya nak buat R&D je. Kalau jadi, bagus. Kalau tak jadi takpalah. Rugi sikit sebelum buat full swing. Sebenarnya, teknik ni berhasil membesarkan ikan untuk diharvest selepas 3 bulan. Jadi betullah seperti yang dicanang, sekali bagi makan, tahan 3 bulan/hingga jual. Dan betapa ramai members dan orang2 yang baru dan lama dalam menternak ikan ni yang beriya2 mengutuk teknik ni. Agaknya sekarang, mereka terpaksa buat research balik, kaji balik dan study balik. Mungkin juga ada yang terpaksa makan kata2 mereka dulu. Dan mungkin ada yang malu.....
Akan tetapi, ada sedikit kelemahannya.
Kalau anda ingat, dalam post Bermula Kisah Keli terdahulu, kolam ini dimasukkan dengan 500 ekor benih keli 3 inci. Selepas sebulan lebih, ni hasilnya.
Dan sekarang, setelah cukup 3 bulan kami dapat mengharvest 1 ekor keli. Jadi faktanya disini adalah. Masuk 500 ekor benih keli 3 inci, selepas 3 bulan, dapat 19 ekor saiz 7 inci dan seekor saiz yang cukup besar untuk dijual.
Jadi anda pikirlah sendiri. Adakah teknik ini berhasil? Dan kalau ada sesiapa yang kenal penternak yang menggunakan teknik ini 100% dan berhasil, haraplah dapat hubungi saya. Saya teringin sangat nak belajar.
Sebenarnya, kolam ni nak dibersihkan untuk dijadikan sebagai kolam spare. Tu pasallah kami keringkan air. Tak sangka gak nak jumpa seekor keli 'master bully' dlm kolam ni. Patutlah dia besar, dah 480 ekor anak ikan keli dia makan! Chittt....
EC Meter Perbandingan Bacaan Pelbagai Jenama
5 years ago
19 comments:
Boleh untung ke masuk 500 ekor benih, 3 bulan kemudian dapat 20 ekor yg boleh jual.? Macam tak untung je? atau yg untung penjual benih keli dan kak yati. Saya minat juga nak tau kejayaan teknik kak yati ni..
Yang untung orang yg jual sistem la. Yang rugi ialah orang yang terjun tak tengok bawah.
Ingatkan betul-betul rupanya cobaan...pandai u buat joke
menggunakan kaedah kak yati nie, x boleh bergantung pada makanan oragnik sahaja, setiap 2 hari sekali beri makanan sebuku roti di cincang menjadi cebisan kecil dan diberi makan bagi 2000 ekor keli. Operasi menggered juga perlu untuk seminggu sekali bagi memastikan keli yang kecil dapat diasingkan dengan keli besar. Untuk maklumat kunjungi blog KB Maju Jaya.
Salam. Terima kasih KB MAJU atas kunjungan ke blog saya. Baru semalam 28 May lebih kurang pukul 3pm ada seorang penternak kecil2an yg menelefon saya berkenaan teknik B1 ni. Tapi saya rasa bukan KB MAJU pasal dia di Kedah. Mungkin cuma kebetulan.
Sekiranya KB MAJU sudah berjaya harvest keli dgn kuantiti yg banyak dan kadar kematian yg minima dgn teknik kak yati, harap dapat berkongsi dgn saya. Akan tetapi sekiranya perlu diberi makan, dan perlu grading, maka iklan pada laman web kak yati (dan juga dipaparkan pada laman web KB MAJU) adalah 'misguiding' dan boleh diheret ke mahkamah. Ini kerana terang2 disebut, TIADA GRADING, SEKALI MAKAN TAHAN 3 BULAN HINGGA HARVEST, PEMBESARAN SEKATA dll yg saudara sendiri amat maklum.
Dan juga, saya ada mencuba sekali lagi teknik ini di rumah dgn kuantiti yg lebih kecik. Saya bagi makanan tambahan nasi dan roti. akan tetapi tiada perubahan ketara.
Walaubagaimanapun, semoga berjaya dan saya harap dapat berkongsi ilmu.
Wallahualam
Salam,..
Pihak kami tidak pernah menghantar komen seperti diatas pada ruangan komen ini,...
Lg satu,maner der owng ternak keli buat gred tiap2 minggu,paling kurang pun 20 hari sekali,.
Kami sendiri pun just tangkap yang genetikgiant selepas sebulan anak benih dimasukkan,...
Kami rase owng yg tulis komen nie tak tahu pe2 pasal ternakan keli nie,..
tp x per ler dia nak sabotaj kami,..
Hmmm, ni kes serius ni. Tak boleh dibiarkan. Saya cadangkan KB buat pengumuman di laman web KB Maju Jaya.
Saya sebelum ni memang pernah lawat site KB MAJU JAYA masa tgh buat selidik pasal B1 ni. Tadi saya tgk update terbaru dlm post KB mengatakan "anggaran tempoh harvest adalah lambat sedikit berbanding pallet iaitu antara 5 hingga 6 bulan". Ini adalah bertentangan dgn claim kak yati yg mengatakan hanya 3 bulan je diperlukan dan malah yg terbaru, hanya 1 bulan je untuk harvest. Boleh komen?
Test hantar komen jer nie,klau yg btol2 dari pihak kami,akan ada icon blog kat tepi pengirim komen nie,..
Klau lambang kepala owg tu,faham ler 2,..
Tp klau En. x puas hati & nak saman pihak kami terpulang kat En ler,..
Itu hak En.
Laaa, ke situ pulak KB Maju ni. Saya faham dah pasal menghantar komen menggunakan nama KB Maju tu. Saya cuma nasihat agar buat pengumuman di laman web KB Maju untuk makluman orang ramai agar mereka tak terkena tipu. Mungkin si penipu ni ada tinggalkan komen di laman orang lain.
Bila pulak saya kata saya nak saman. Saya highlightkan agar KB Maju tidak meletakkan komen yg bertentangan dgn yg ada pada laman web Kak Yati kerana ianya mungkin nanti akan memberi susah pada KB Maju dikemudian hari. Akan tetapi, kalau KB Maju tak kisah, tak apalah. KB Maju pun tahu kisah Kak Yati ni hangat di Forum BJ. Manalah tahu kalau ada orang yg berdengki nanti di kemudian hari. Cuba check dgn kengkawan lawyer apa legal exposure KB Maju dlm hal ni.
Ingin saya tekankan bahawa saya tiada apa2 niat untuk menyusahkan orang lain. Saya cuma bagi nasihat.
Saya tak delete komen ni agar pengunjung lain tahu betapa bahayanya fitnah pada manusia. Betapa bahayanya orang2 yg cuba melaga-lagakan sesama kita. Tak pasal2 dah ada salah faham.
Pasal harvest nie susah nak cakap ler bang,sbb ader yg berjaya harvest 3 bulan lebih, ada juga yg harvest tak sampai 3 bulan pun,malahan ade yg sampai 4 bulan pun x bleh harvest lg,..
lame lg pun ada,..
tp semua pakai produk yg sama,..
Pada pandangan saya ler bang sistem memainkan peranan yg penting,disamping kualiti anak benih itu sendiri,..
ramai yg beli anak benih murah tp gred C & anak yg saiz kurang dr 3 inci lambat besar,susah jgak,..
Apa yang kami dapat hasil dr kajian dan soal selidik,
start guna anak gred A @ B yg 4inci,lepas tu bg makanan tambahan,..
Kami pun x gabungkn kaedah B1 nie dgn kaedah lain,Tngok le nanti macamaner,..
Pasal B1 yg terbaru nie kami sendiri tngah buat kajian,Nanti progress kami bg info kat abg macamaner ok,..
*Kami pun gabungkn kaedah B1 nie dgn kaedah lain,Tngok le nanti macamaner,..
Pasal B1 yg terbaru nie kami sendiri tngah buat kajian,Nanti progress kami bg info kat blog kami & kat skali abg ok,..
* pembetulan,silap taip,..
hehehehe,..
Saya pun ada terpikir nak cuba pakai benih 4 inci. Dulu saya pakai 3 inci (atau 2 ++ bergantung pada siapa kita tanya) dan hasilnya dalah seperti dlm post ni. Saya nak try lagi sekali selepas Kak Yati buat pengumuman yg teknik terbaru 1 bulan ni.
Tapi ada disadvantagenya kalau pakai benih 4 inci utk komersil. Bukan kerana harga benih, tapi bekalan 4 inci susah nak dpt. Kebanyakan pembekal benih akan jual benih mereka secepat mungkin untuk dptkan cashflow. Mereka mungkin tak berminat nak tunggu lama2 stok mereka membesar ke 4 inci.
Mungkin saya gunakan sikit benih 1 inci saya sekarang ni apabila dah besar sikit ke 4 inci..
hehe. silap taip ye. Patutlah pelik saya baca. sampai 2 kali saya tgk balik. saya perasan tadi tu. Kita lak sama2 online.
Huhuhuhuhu,..
Sory ler bang,..
s Kami nie owg kg jer,..
memang betol ckap abg tu,tp
Sy buat macam nie bang,beli yg 2inci @ 3inci,lepas tu bela dulu sampai 4 inci baru guna kaedah B1,..
lepas tu 3 hari sekali bg makan,masih save lg bajet kos pallet,..
Tp banyak owg x nak buat mcm nie,sbb nak senang jer,..
Sbb tu ler kaedah pallet sendiri pun ramai yang gagal,..
Ade pelanggan sy cakap,mase dia guna pallet,4 bulan pun x bleh harvest lg,Knape???
Sy bercakap nie atas pengalaman sy sendiri,x ikut sangat fakta yg owg tulis,..
Saper2 yang beli B1 dgn Kami,itu yg kami bgtau,..
Terpulang kat dier owng ler plak,..
saya pernah cuba teknik yati ni.. mmg ikan membesar sekata tp x semua.. ada gak yg tertinggal.. tp dlm satu masa bole kata dlm sebulan air akan jd acidic dan jika air tidak di tukar.. ikan2 akan mati.. lpas 3 bln.. ikan pun da besar.. saya amek la dlm 5 ekor nk test dulu.. masa saya siang ikan tu.. mcm mana bau air dia.. mcm tu jugak la bau ikan tu.. da semasa ikan tu digoreng.. bau longkang naik dgn kuat.. dan lpas ikan di goreng.. rasanye amatlah tidak menyelerakn dan bau longkang masih lg terlekat pada ikan tu... xtau dimana silapnye.. tp kwn saya yg pergi kursus kak yati tu pun terkejut gn ape yg terjadi.. teknik ini tidak bole digunapakai..
kalau pakai teknik ni boleh dpt 80% survival rate dan lepas 3 bulan boleh besar sekor 180g keatas, setakat bau tu masih boleh dihilangkan dgn flushing keli tu. Tapi tak pernah dgr lagi org yg boleh ternak sampai besar. Lagipun, kalau lepas 1 bulan nak kena tukar air, then mcmmana dgn bahan 'organik' dlm air tu?
saya dr kulim;;dah try teknik yati..x leh pakai langsung....mana ada harimau makan sayur...lagi pun...teknik tu boleh pakai utk 1 hari jer...ikan tu leh makan dari mula letak benih tu...pastu ikan nak makan ape....dlm kolam tu...konon nya lps seminggu taruk baja b1...mmg ader protoza...dan ntah ape2 lagi makhluk dlm air tu yg ikan boleh mkn...tu pun nak biak ambik masa 2,3 hari...ikan 500 ekor makan dlm masa beberapa minit jer...pastu agaknya nak makan ape..kebelur laa ikan tu...sebab dah try dlm masa 3 minggu ikan tu nampak cekung kat atas kepala dia...mmg lambat sikit x bg makan pkai terbantut terus laa..ikan tu...selain jadi kanibal...mkn sesama jenis...xder makanan...tu laaa jadi nyer..saya nasihat x yah buat laa teknik yati b1 si kelentong nie..untung konon...dia yg untung jual baja ...1kg rm15...org lain jual 1kg rm3 pun dah kira mahal....
Dengar cerita, B1 tu salah satu bahan mentahnya adalah vermikompos. Tak tau la betul ke tak.
Post a Comment