Tuesday, February 10, 2009

Bermula Kisah Keli

Bermulalah kisah pengembaraan dalam episod penternakan la pulak. Kali ni dengan 3 orang sahabat sekolah (STTJ), Helmi, Zamani (Baber) dan Farid, saya memulakan langkah dalam bidang penternakan keli. Tapak kami di Bangi, berdepan dgn rumah mertua Helmi, dipilih berdasarkan faktor lokasi (berdekatan dgn 2 orang partner), kemudahan perigi dan pasal sewa yang hampir percuma . Kolam simen akan mula dibina dalam hujung bulan Februari ni. Sementara menunggu kolam siap, kami memulakan eksperimen dengan 2 tangki 6'x4' yang sedia ada, bantuan dari Jabatan Pertanian dibawah kempen Bumi Hijau yang didapati secara percuma bersama makanan dan benih oleh Farid.

1 tangki akan menggunakan sistem seperti yang diajar oleh Jabatan Pertanian. Iaitu menggunakan makanan pellet dan menggunakan EM bagi mengawal mutu air. Manakala kolam 2 akan menggunakan sistem balik ke habitat asal. Iaitu menggunakan sistem yang dipelopori oleh Kak Yati yang mana penggunaan makanan B1, keladi bunting, pokok kangkung dan dasar tanah menjadi pemangkin untuk menghasilkan makanan keli secara semulajadi sepertimana habitat asal mereka. Walaupun teruja dengan sistem keli organik ni, kami tetap merasa sedikit skeptikal, ataupun mungkin hanya sekadar berhati2. Bayangkan, dengan hanya kos RM75 bagi makanan B1 untuk 2500 ekor, sistem ini tidak memerlukan prosedur 'grading' (keli diasingkan mengikut saiz agar tidak terjadi keli makan keli), tidak perlu tukar air (hanya tambah air bila kurang) dan tunggu 3 bulan untuk mendapatkan hasil. Secara teori dan logik, saya percaya ianya akan berhasil. Tapi kami tetap akan berhati2. Kami melepaskan 500 ekor benih ikan keli bersaiz 3 inci pada setiap kolam sebagai permulaan walaupun kapasiti kolam ni boleh sehingga 1000 ekor.
Tips bagi melepaskan ikan keli ke dalam kolam, Menurut Farid, biarkan plastik berisi anak ikan keli didalam kolam untuk seketika bagi melaraskan suhu air dalam plastik itu dengan suhu air didalam kolam. Ini dapat mengelakkan kejutan kepada anak ikan keli.
Farid sedang memberi makan ikan keli bersaiz 3 inci. Katanya, bagi sikit je malam ni, diaorang penat lagi. Tak boleh bagi banyak2.
Baber sedang menyuluh saya melepaskan anak ikan keli. Dengan lafaz Bismillah, 500 ekor ikan keli selamat dipindahkan ke 'dunia' mereka untuk 3 bulan akan datang.


Helmi sedang seronok meng'explain' sistem keli organik Kak Yati ni pada Farid yang tak dapat ikut serta untuk lawatan ke kolam Kak Yati.

Posted by Picasa

2 comments:

hlmyhlm said...

Cool...aku x sangka satu dunia dapat tengok muka kitorang hehehe... keli world!

KELI OH KELI said...

Nak tahu info-info yang menarik dan best tentang ikan keli, datanglah ke sini...
http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/
salam ukhwah dari Penang... :)

Post a Comment