Monday, February 16, 2009

Sepetang di Kuala Sepetang

Ni prequel kepada kisah Keli. Aku pergi melawat ke tapak penternakan ikan keli di Bukit Merah yang diusahakan oleh seorang ibu tunggal (Kak Yati). Dia mempelopori teknik Kak Yati yang mana keli hanya diberi makan sekali sahaja sehingga dituai. Menarik tu. Jimat dan mudah. Aku mulanya malas nak pergi. Ni mesti indah khabar dari rupa. Tapi yang beriya-iya nak melawat tu adalah kawan pada partner aku (Helmi) jadi aku pun oblige je. Kalau betul, maka memang jauh lebih murah. Mana2 orang yang pernah membela ikan keli ni pasti merungut dengan kos pemakanan yang semakin meningkat. Keli ni memang kuat makan. Apa saja dia belasah. Aku pernah dengar ttg kisah orang pergi melawat ke kolam ternakan keli milik pengusaha bukan Islam. Katanya, dia pernah nampak bangkai khinzir dalam kolam tu. Keli mmg boleh makan daging. Tu pasal la kalau keli tak cukup makan, dia akan makan sesama dia.

Kitaorang bertolak pukul 2 petang dan sampai ke Bukit Merah pukul 6 petang. Masa tu Kak Yati dan anak2nya sedang sibuk bagi taklimat percuma pada pendatang2 (oops, pelawat2 yang datang) untuk melihat sendiri teknik Kak Yati ni yang pernah dipaparkan di Majalah 3.

Secara ringkas, teknik ni adalah teknik membiakkan makanan keli secara semulajadi dengan mensimulasikan habitat asal keli didalam kolam ternakan. Penggunaan tanah, keladi bunting, kangkung dan pemakanan B1 Kak Yati melahirkan satu ekosistem lengkap. Keli dapat makan bila mereka mau, mereka kurang stress kerana berada dalam habitat asal, keladi bunting dan kangkung pula bertindak sebagai pembersih toksik.

Kelemahan yang mungkin ada pada sistem ni, secara hipotesisnya, saya rasa mungkin tumbesaran keli akan kurang sedikit berbanding yg makan pellet. Ini saya kiaskan pada ayam daging, ayam kampung ternak dan ayam hutan. Tapi itu jangkaan saya sahaja. Belum terbukti lagi. Masa kami lepaskan benih dalam kolam poly tempoh hari, salah satu step penting tertinggal. Iaitu, selepas makanan B1 ditabur dalam kolam, kena tunggu 3 hari baru masuk benih ikan. Tapi mungkin akibat tidak sabar dan kerana kami dahpun terbeli benih ikan malam tu, kami lepaskan jugak .



Balik dari lawatan ke Bukit Merah, kami singgah ke Kuala Sepetang untuk menikmati mee udang banjir yang juga ada dipaparkan dalam Majalah 3. Ironiknya, Kak Yati yang duduk sepelaung dari Kuala Sepetang pun tak pernah makan kat situ. :)) Tapi punyalah ramai orang, nak duduk pun kena kongsi. Kitaorang terorder makanan pada seorang lelaki yang kami samgkakan waiter, rupa2nya pelanggan yang dah sejam menunggu. Dia nasihatkan agar kami order dan tunggu terus depan kaunter makanan. Punyalah lama menunggu, Helmi sampai tolong bukan saja mengantar order, tapi siap tolong masukkan bahan ke dalam mangkuk mee dan cedok kuah sendiri. Nasib baik pinggan pun tak tolong basuh. Hehehehe. Dah tak kenal mana pelanggan dan mana pekerja kedai.

Sampai kat kedai pukul 8pm. Pukul 10.30pm Helmi tgh cedok kuah mee untuk order kami. Kalau tak, entah bila la nak dapat makan.
Ni dia mee udang banjir. Banjir kerana lebih banyak udang dari mee. 10 ekor kalau tak silap. Harga: RM10.
Posted by Picasa

1 comment:

Anonymous said...

hhehe... mee udang? aku yg asal kat taiping pun tak tau kat mana tempat tu! sekali sekala balik kg... takkan la nak makan luar! hehhe...

Post a Comment