Tuesday, April 14, 2009

'Harvest Keli'

Baru2 ni masa partner saya 'harvest' ikan dari kolam poly, dia ada ambik gambar untuk tatapan saya. Lupa lak nak suruh dia timbang beratnya. Kolam ni menggunakan teknik Kak Yati yang mana penyediaan kolam membabitkan makanan B1 yang dicampur pada air kolam, penggunaan keladi bunting, kangkung dan dibiarkan selama 3 hari sebelum ikan dimasukkan dan harvest selepas 3 bulan. Teknik ni menjadi kontroversi dan bahan perbualan hangat di forum2 terutamanya forum Bicara Jutawan yang mana saya juga adalah salah seorang member. Ramai orang mengutuk, mengeji, memanggil nama yang kurang baik untuk saya sebut disini dan bermacam2 lagi. Saya takdalah sampai tahap mengutuk teknik ni. Saya nak buat R&D je. Kalau jadi, bagus. Kalau tak jadi takpalah. Rugi sikit sebelum buat full swing. Sebenarnya, teknik ni berhasil membesarkan ikan untuk diharvest selepas 3 bulan. Jadi betullah seperti yang dicanang, sekali bagi makan, tahan 3 bulan/hingga jual. Dan betapa ramai members dan orang2 yang baru dan lama dalam menternak ikan ni yang beriya2 mengutuk teknik ni. Agaknya sekarang, mereka terpaksa buat research balik, kaji balik dan study balik. Mungkin juga ada yang terpaksa makan kata2 mereka dulu. Dan mungkin ada yang malu.....

Akan tetapi, ada sedikit kelemahannya.

Kalau anda ingat, dalam post Bermula Kisah Keli terdahulu, kolam ini dimasukkan dengan 500 ekor benih keli 3 inci. Selepas sebulan lebih, ni hasilnya.

Dan sekarang, setelah cukup 3 bulan kami dapat mengharvest 1 ekor keli. Jadi faktanya disini adalah. Masuk 500 ekor benih keli 3 inci, selepas 3 bulan, dapat 19 ekor saiz 7 inci dan seekor saiz yang cukup besar untuk dijual.

Jadi anda pikirlah sendiri. Adakah teknik ini berhasil? Dan kalau ada sesiapa yang kenal penternak yang menggunakan teknik ini 100% dan berhasil, haraplah dapat hubungi saya. Saya teringin sangat nak belajar.

Sebenarnya, kolam ni nak dibersihkan untuk dijadikan sebagai kolam spare. Tu pasallah kami keringkan air. Tak sangka gak nak jumpa seekor keli 'master bully' dlm kolam ni. Patutlah dia besar, dah 480 ekor anak ikan keli dia makan! Chittt....
Posted by Picasa

Tuesday, March 31, 2009

Design baru kotak rokok

Ramai antara kita mungkin dah mendengar keluhan para perokok ttg gambar2 ngeri yang menjadi hiasan kotak rokok sekarang ini. Inisiatif oleh kerajaan ini patut dipuji kerana setidak2 jumlah perokok baru mungkin akan berkurang. Berapa lama sebelum orang ramai lali dengan imej2 ngeri ini tidak dapat dipastikan. Tapi mungkin dah ramai isteri2 yg membebel pada suami untuk berhenti merokok.

Penyakit2 yang dikaitkan dengan aktiviti riadah merokok ini ada banyak. Tak tertulis kita disini. Antara gambar yg saya malas nak scan, so saya link je dr blog orang lain (Cikgu Sempoi) adalah seperti dibawah.


Jadii kesimpulannya, pada para perokok semua, insaflah dan tukarkan kotak rokok anda kepada cigarette casing ;)




Hehehehe alasan....

Monday, March 16, 2009

Teka Gambar 3



Satu lagi teka gambar. Ni senang je ni. Mula2 aku cadang nak zoom dekat lagi, tapi karang takda orang dpt jawab lak. Silakan teka dalam ruang komen


Edited by Ghani

Betul. Jawapan dari Anonymous adalah Timun Jepun.


Posted by Picasa

Friday, March 13, 2009

Ulat apa ni?



Kepada kawan2 yg ada pengalaman, mungkin boleh bantu saya. Apakah jenis ulat dlm gambar ni dan bagaimana cara nak basmi? Ulat ni sekarang menyerang pokok tomato ceri saya. Warnanya putih, berdebu badannya dan duduk berlonggok kat tangkai. Harap dapat komen di ruangan komen atau chat. Saya prefer ruangan komen kerana ianya boleh jadi rujukan pada orang lain di kemudian hari.

Sekian. Terima kasih.

Majulah pertanian untuk negara.

Ghani

Tuesday, March 10, 2009

Telemarketing response

For the past few weeks, i've been bombarded with calls from telemarketers 3-4 times a weeks from agriculture investment companies, hotels, dairy cows, telecommunication companies, u name it. Most likely i've already heard it. So this video from youtube (which i got from browsing http://tritwins.blogspot.com) really got me laughing on the floor. I spilled some of my coffee.

So if you ever got caught in similar situation, you may want to try this.




And this one is quite good too. It is to test your observation skill.

Tuesday, March 3, 2009

Teka Gambar 2



Satu lagi gambar. Seperti biasa, tinggalkan jawapan anda di ruangan komen. Tahniah pada tobie kerana dapat menjawab soalan sebelum ni.

Monday, March 2, 2009

Teka Gambar



Saja suka2. Cuba teka gambar bunga ni. Mungkin ramai yg tau. Postkan jawapan anda dlm ruangan komen, bukan ruangan chat. Chat messages tak boleh save.

Sebelum orang tanya, saya jawab dulu. "Sori la, tak da hadiah."