Kepada kawan2 yg ada pengalaman, mungkin boleh bantu saya. Apakah jenis ulat dlm gambar ni dan bagaimana cara nak basmi? Ulat ni sekarang menyerang pokok tomato ceri saya. Warnanya putih, berdebu badannya dan duduk berlonggok kat tangkai. Harap dapat komen di ruangan komen atau chat. Saya prefer ruangan komen kerana ianya boleh jadi rujukan pada orang lain di kemudian hari.
Sekian. Terima kasih.
Majulah pertanian untuk negara.
Ghani
6 comments:
Itu kalau saya tak silap ialah koya (dysmicoccus brevipes). Racun malathion boleh pakai kot.
Terima kasih. Saya harap dpt tahu dengan siapa saya berterima kasih ni.
Saya akan cuba guna malathion. Kalau tak silap, mungkin kena tunggu beberapa hari sebelum boleh harvest semula kan?
Betul ker apa yang saya teka tuh ??? Saya agak jer, ingat-ingat lupa, dulu masa sekolah (SRP) saya dari aliran pertanian, lepas form 3 tak usik dah buku pertanian tuh yang lupa.
Betul tu. Berdasarkan pada gambar yg saya search menggunakan kata carian dysmicoccus brevipes tu, mmg itulah menatangnya. Saya nak cuba dulu pakai sabun. nak tgk samaada boleh berkesan tak.
biasa koya ni serang nenas sheikh,dia punya agen penyebar sang semut,kena sembur malathion dgn sembur racun heptachior(utk semut).Koya ni biasa duduk di bhgn akar.
semut mmg ada kat pokok tu. Nanti ana akan semburkan malathion
Post a Comment