Ramai penternak merungut tentang kos makanan. Dan ramai yang mencari alternative kepada pellet. Tak kira samaada anda menternak ikan, kambing, lembu, ayam dsb, mencari sumber makanan alternative adalah penting bagi memastikan kos operasi berada ditahap yang selesa untuk menjana keuntungan.
Akan tetapi, janganlah sampai makanan yang diberikan kepada ternakan kita dari sumber yang kotor atau haram. Sebagai contoh, kes kolam ikan keli di Perak bersebelahan dgn kandang babi. Dikatakan bahawa ikan keli itu diberi makan bangkai dan sisa kumbahan babi. Loya tekak mendengarnya. Jgn sampai mcm tu. Kita nak cari makanan halalan toyyiban.
Bagi Aquad Agro, kami juga mencari alternative kepada pellet. Kos pellet yang tinggi tidak berbaloi dgn harga ikan yg dijual.
Disini kami menawarkan peluang bagi anda untuk mengurangkan kos makanan dgn memberi roti arab sebagai makanan selingan kepada ternakan anda. Roti2 ini kebanyakannya masih lagi belum tamat tempoh (belum expired) dan sesuai bagi ternakan ikan keli, kambing, ayam dan lembu. Kami belum mencubanya untuk makanan kuda, arnab, harimau, singa dan sebagainya tetapi kami rasa ianya juga sesuai.
Roti arab ini tidak berminyak, tiada ragi, tinggi protein (kandungan protein minima 10%) dan kadungan karbohidrat dan serat yg tinggi. Ini bukan roti arab malaysia ye! Roti arab yg biasa kita lihat telah dicampur dgn bahan penaik dan bahan pengawet. Roti arab yg saya bekalkan ini rupanya lebih kepada capati. Ianya juga dipanggil roti lubnan atau roti pita. Lebih kenyal dan bagi ikan keli saya, ianya tidak mudah hancur dlm air dan ikan lebih suka dan kurang sisa berbanding dgn kulit roti buku. Itu pengalaman saya. Anda mungkin ada pengalaman berbeza.
Roti ini kami jual dengan harga 60 sen sekilo (boleh dirunding) dan dibandingkan dengan pellet yang berharga 2.50 sekilo, ianya amat berbaloi. Dan sebagaimana manusia yg 'boring' makan nasi hari2, begitu juga ternakan anda yang mungkin 'boring' makan pellet atau rumput hari2.
Dan ada juga diceriterakan bahawa barangmana ternakan yang makan roti arab selama 3 bulan secara istiqamah, maka ternakan mereka itu boleh cakap arab. Bagaimanapun cerita itu tidak dapat disahihkan. Terpulanglah pada anda untuk mencubanya.
Sila hubungi saya untuk mendapatkan bekalan. Dan sekiranya anda tinggal berdekatan dan jika ada rezeki untuk berjumpa, saya boleh bagi sample untuk anda atau ternakan anda makan.
(gambar akan menyusul kemudian)
EC Meter Perbandingan Bacaan Pelbagai Jenama
5 years ago