Showing posts with label Keli organik. Show all posts
Showing posts with label Keli organik. Show all posts

Tuesday, April 14, 2009

'Harvest Keli'

Baru2 ni masa partner saya 'harvest' ikan dari kolam poly, dia ada ambik gambar untuk tatapan saya. Lupa lak nak suruh dia timbang beratnya. Kolam ni menggunakan teknik Kak Yati yang mana penyediaan kolam membabitkan makanan B1 yang dicampur pada air kolam, penggunaan keladi bunting, kangkung dan dibiarkan selama 3 hari sebelum ikan dimasukkan dan harvest selepas 3 bulan. Teknik ni menjadi kontroversi dan bahan perbualan hangat di forum2 terutamanya forum Bicara Jutawan yang mana saya juga adalah salah seorang member. Ramai orang mengutuk, mengeji, memanggil nama yang kurang baik untuk saya sebut disini dan bermacam2 lagi. Saya takdalah sampai tahap mengutuk teknik ni. Saya nak buat R&D je. Kalau jadi, bagus. Kalau tak jadi takpalah. Rugi sikit sebelum buat full swing. Sebenarnya, teknik ni berhasil membesarkan ikan untuk diharvest selepas 3 bulan. Jadi betullah seperti yang dicanang, sekali bagi makan, tahan 3 bulan/hingga jual. Dan betapa ramai members dan orang2 yang baru dan lama dalam menternak ikan ni yang beriya2 mengutuk teknik ni. Agaknya sekarang, mereka terpaksa buat research balik, kaji balik dan study balik. Mungkin juga ada yang terpaksa makan kata2 mereka dulu. Dan mungkin ada yang malu.....

Akan tetapi, ada sedikit kelemahannya.

Kalau anda ingat, dalam post Bermula Kisah Keli terdahulu, kolam ini dimasukkan dengan 500 ekor benih keli 3 inci. Selepas sebulan lebih, ni hasilnya.

Dan sekarang, setelah cukup 3 bulan kami dapat mengharvest 1 ekor keli. Jadi faktanya disini adalah. Masuk 500 ekor benih keli 3 inci, selepas 3 bulan, dapat 19 ekor saiz 7 inci dan seekor saiz yang cukup besar untuk dijual.

Jadi anda pikirlah sendiri. Adakah teknik ini berhasil? Dan kalau ada sesiapa yang kenal penternak yang menggunakan teknik ini 100% dan berhasil, haraplah dapat hubungi saya. Saya teringin sangat nak belajar.

Sebenarnya, kolam ni nak dibersihkan untuk dijadikan sebagai kolam spare. Tu pasallah kami keringkan air. Tak sangka gak nak jumpa seekor keli 'master bully' dlm kolam ni. Patutlah dia besar, dah 480 ekor anak ikan keli dia makan! Chittt....
Posted by Picasa

Monday, February 16, 2009

Sepetang di Kuala Sepetang

Ni prequel kepada kisah Keli. Aku pergi melawat ke tapak penternakan ikan keli di Bukit Merah yang diusahakan oleh seorang ibu tunggal (Kak Yati). Dia mempelopori teknik Kak Yati yang mana keli hanya diberi makan sekali sahaja sehingga dituai. Menarik tu. Jimat dan mudah. Aku mulanya malas nak pergi. Ni mesti indah khabar dari rupa. Tapi yang beriya-iya nak melawat tu adalah kawan pada partner aku (Helmi) jadi aku pun oblige je. Kalau betul, maka memang jauh lebih murah. Mana2 orang yang pernah membela ikan keli ni pasti merungut dengan kos pemakanan yang semakin meningkat. Keli ni memang kuat makan. Apa saja dia belasah. Aku pernah dengar ttg kisah orang pergi melawat ke kolam ternakan keli milik pengusaha bukan Islam. Katanya, dia pernah nampak bangkai khinzir dalam kolam tu. Keli mmg boleh makan daging. Tu pasal la kalau keli tak cukup makan, dia akan makan sesama dia.

Kitaorang bertolak pukul 2 petang dan sampai ke Bukit Merah pukul 6 petang. Masa tu Kak Yati dan anak2nya sedang sibuk bagi taklimat percuma pada pendatang2 (oops, pelawat2 yang datang) untuk melihat sendiri teknik Kak Yati ni yang pernah dipaparkan di Majalah 3.

Secara ringkas, teknik ni adalah teknik membiakkan makanan keli secara semulajadi dengan mensimulasikan habitat asal keli didalam kolam ternakan. Penggunaan tanah, keladi bunting, kangkung dan pemakanan B1 Kak Yati melahirkan satu ekosistem lengkap. Keli dapat makan bila mereka mau, mereka kurang stress kerana berada dalam habitat asal, keladi bunting dan kangkung pula bertindak sebagai pembersih toksik.

Kelemahan yang mungkin ada pada sistem ni, secara hipotesisnya, saya rasa mungkin tumbesaran keli akan kurang sedikit berbanding yg makan pellet. Ini saya kiaskan pada ayam daging, ayam kampung ternak dan ayam hutan. Tapi itu jangkaan saya sahaja. Belum terbukti lagi. Masa kami lepaskan benih dalam kolam poly tempoh hari, salah satu step penting tertinggal. Iaitu, selepas makanan B1 ditabur dalam kolam, kena tunggu 3 hari baru masuk benih ikan. Tapi mungkin akibat tidak sabar dan kerana kami dahpun terbeli benih ikan malam tu, kami lepaskan jugak .



Balik dari lawatan ke Bukit Merah, kami singgah ke Kuala Sepetang untuk menikmati mee udang banjir yang juga ada dipaparkan dalam Majalah 3. Ironiknya, Kak Yati yang duduk sepelaung dari Kuala Sepetang pun tak pernah makan kat situ. :)) Tapi punyalah ramai orang, nak duduk pun kena kongsi. Kitaorang terorder makanan pada seorang lelaki yang kami samgkakan waiter, rupa2nya pelanggan yang dah sejam menunggu. Dia nasihatkan agar kami order dan tunggu terus depan kaunter makanan. Punyalah lama menunggu, Helmi sampai tolong bukan saja mengantar order, tapi siap tolong masukkan bahan ke dalam mangkuk mee dan cedok kuah sendiri. Nasib baik pinggan pun tak tolong basuh. Hehehehe. Dah tak kenal mana pelanggan dan mana pekerja kedai.

Sampai kat kedai pukul 8pm. Pukul 10.30pm Helmi tgh cedok kuah mee untuk order kami. Kalau tak, entah bila la nak dapat makan.
Ni dia mee udang banjir. Banjir kerana lebih banyak udang dari mee. 10 ekor kalau tak silap. Harga: RM10.
Posted by Picasa

Tuesday, February 10, 2009

Bermula Kisah Keli

Bermulalah kisah pengembaraan dalam episod penternakan la pulak. Kali ni dengan 3 orang sahabat sekolah (STTJ), Helmi, Zamani (Baber) dan Farid, saya memulakan langkah dalam bidang penternakan keli. Tapak kami di Bangi, berdepan dgn rumah mertua Helmi, dipilih berdasarkan faktor lokasi (berdekatan dgn 2 orang partner), kemudahan perigi dan pasal sewa yang hampir percuma . Kolam simen akan mula dibina dalam hujung bulan Februari ni. Sementara menunggu kolam siap, kami memulakan eksperimen dengan 2 tangki 6'x4' yang sedia ada, bantuan dari Jabatan Pertanian dibawah kempen Bumi Hijau yang didapati secara percuma bersama makanan dan benih oleh Farid.

1 tangki akan menggunakan sistem seperti yang diajar oleh Jabatan Pertanian. Iaitu menggunakan makanan pellet dan menggunakan EM bagi mengawal mutu air. Manakala kolam 2 akan menggunakan sistem balik ke habitat asal. Iaitu menggunakan sistem yang dipelopori oleh Kak Yati yang mana penggunaan makanan B1, keladi bunting, pokok kangkung dan dasar tanah menjadi pemangkin untuk menghasilkan makanan keli secara semulajadi sepertimana habitat asal mereka. Walaupun teruja dengan sistem keli organik ni, kami tetap merasa sedikit skeptikal, ataupun mungkin hanya sekadar berhati2. Bayangkan, dengan hanya kos RM75 bagi makanan B1 untuk 2500 ekor, sistem ini tidak memerlukan prosedur 'grading' (keli diasingkan mengikut saiz agar tidak terjadi keli makan keli), tidak perlu tukar air (hanya tambah air bila kurang) dan tunggu 3 bulan untuk mendapatkan hasil. Secara teori dan logik, saya percaya ianya akan berhasil. Tapi kami tetap akan berhati2. Kami melepaskan 500 ekor benih ikan keli bersaiz 3 inci pada setiap kolam sebagai permulaan walaupun kapasiti kolam ni boleh sehingga 1000 ekor.
Tips bagi melepaskan ikan keli ke dalam kolam, Menurut Farid, biarkan plastik berisi anak ikan keli didalam kolam untuk seketika bagi melaraskan suhu air dalam plastik itu dengan suhu air didalam kolam. Ini dapat mengelakkan kejutan kepada anak ikan keli.
Farid sedang memberi makan ikan keli bersaiz 3 inci. Katanya, bagi sikit je malam ni, diaorang penat lagi. Tak boleh bagi banyak2.
Baber sedang menyuluh saya melepaskan anak ikan keli. Dengan lafaz Bismillah, 500 ekor ikan keli selamat dipindahkan ke 'dunia' mereka untuk 3 bulan akan datang.


Helmi sedang seronok meng'explain' sistem keli organik Kak Yati ni pada Farid yang tak dapat ikut serta untuk lawatan ke kolam Kak Yati.

Posted by Picasa