Boss!! Ikan ikan tak banyak makan ini penyebabnya, dari makanan tak sedap dimakan, sye mohon pada boss, supaya hati2 bli pakan ikan demi keselamatan ikan, lebih2 tidak merugikan bos. Ini saje pemberitahuan dari saye ok!
Bila saya terima sms ni pagi tadi pkl 7.30 on the way to work, sakit perut saya ketawa dan bersyukur pada Allah kerana diberi pekerja bernama Solehuddin dari Madura. Dia mmg betul2 prihatin terhadap ikan2 yg dibela dan rajin berbuat sesuatu tanpa disuruh. Mungkin komunikasi smsnya agak mengelirukan. Tapi kejujuran dan keprihatinannya tidak dpt dinafikan.
Kisahnya begini. Baru2 ni saya telah membeli pellet dari sebuah sykt Bumiputra. Ini kerana pembekal pellet saya masih tidak dpt menghantar bekalan walaupun bayaran dahpun dibuat penuh (atas permintaannya yg tersangkut modal pusingan). Dan ini result dr pemerhatian Solehuddin dan serupa dgn pemerhatian saya di aquarium di rumah.
Pellet sykt ini adalah jenis slow sinking. Pellet yg saya guna sebelum ini adalah jenis terapung. Ada byk kelebihan2 slow sinking pellet menurut pengeluar makanan ini. Antaranya, keli adalah jenis bottom feeders dan lebih suka makan didasar. Dan, ikan2 yg lebih kecil akan lebih mudah makan didasar tanpa berebut2 dgn ikan2 pembuli yg akan meluru ke permukaan. Dan beberapa lagi arguement oleh pengeluar ini.
Tapi ini sms yg saya terima dari pekerja saya yg prihatin membandingkan 2 jenis makanan berbeza. Akibatnya, dia terpaksa menukar air kolam kerana terlalu byk lebihan makanan sehingga mencemar kualiti air. Mungkin juga pada pandangan saya, oleh kerana pertukaran jenis pellet ini yg menyebabkan ikan2 kurang makan. Umpama dulu makan fish ball, tapi sekarang diberi fish cake. Jadi ikan2 akan mengambil sedikit masa utk adjust. Jadi saya suruh Soleh stop bagi makan ikan utk satu hari. Biar ikan berpuasa dulu.
Saya juga telah menghubungi pengeluar dan dia pun beri penjelasan yg sama dan akan dtg utk membantu memberi penjelasan pada kami. Harap2 ikan2ku tidak stress.
Soleh ni lulusan pesantren. Cuma oleh kerana kurang pendengaran, maka peluang baginya bekerja di kantor Indonesia tertutup. Dan rezekinya lalu dikantung saya.
Pembersihan kolam dari sisa makanan didasar.
1 comment:
salam bang. nk tanya..ikan ketutu boleh bela dlm kolam kanvas?
Post a Comment