Saya ada cuba buat EM yang paling ringkas (pada pendapat saya) sendiri. Saya gunakan pisang tanduk (yg dah rosak) dari kebun eldor dan pokok timun saya yg dah layu kena serangan kulat. hehehe, tak lah membazir. Pisang tanduk dan pokok timun tu dipotong kecik2 (tak payah cantik2) dan direndam dalam larutan gula merah. Kemudian ditutup rapat dan dibiarkan selama sebulan. Saya start peram 12/10/08. Jadi sekarang dah cukup sebulan.
Kalau mengikut artikel impaxbokashi, Cik Melur kata,
BAHAN-BAHAN:
Buah-buah lembik/masak @ muda (sumber saya: dokong, manggis, betik)
1kg gula merah
sekepal zeolite
1 tong sampah hitam
air
LANGKAH-LANGKAH (cara saya):
1. buah -buahan dibersihkan dengan air sungai
2. cincang buah kepada saiz yang kecil
3. isikan buah dlam tong sampah hitam sehingga 3/4 penuh
4. masukkan gula merah dan zeolite. gaul rata-rata
5. isi air sungai hingga paras yang menenggelamkan buah. jangan isi penuh tong, proses fermentasi akan meningkatkan paras air, larutan akan melimpah
6. tutup penutup botol. biarkan seminggu.
Bila anda ingin mengambil jus IMOnya, tekan buah-buahan tadi dan gunakan penapis santan/tepung untuk menyaring pepejalnya. kalau disimpan dengan baik, larutan IMO boleh dipakai 1-3 tahun. Pertama kali buat mungkin gagal. Itu kebiasaan. Utamakan kebersihan semasa membuat larutan IMO. buat kompos tak apalah, sebab gaul dgn tanah dan tahi juga.
Larutan boleh dipakai dengan mencairkan pada nisbah 1:100, 1:500 dan 1:1000.
Dalam flyers yang saya rujuk masa nak buat larutan EM ni, katanya kena peram selama 3 bulan. Tapi pagi tadi saya cuba bau, baunya masam2 manis seperti yang disebut oleh Cik Melur. Mungkin dah boleh pakai kut.
6 comments:
wah, rupa-rupanya cik ghani buat EM..hehe
sukanya saya :)
cik ghani, cikgu saya ada bagi tips memperbaiki ramuan saya tu, katanya nisbah gula merah dgn bahan makanan/pisang sekurang2nya 1:1. barulah bakteria cukup tenaga. tak cukup gula merah nanti tak bertenaga pula..
kemudian boleh letak 2-3 sudu garam bukit untuk tambah mineral
saya ni musafir dalam pencarian..saya suka berkongsi macam cik ghani, tp jgn panggil otai salah tu..
Kalau banding ngan saya, Cik Melor dah kira otai lah tu.
Saya akan tambahkan garam bukit nanti.
kalau di negara kita, garam bukit wujud bukan dlm bentuk garam masin..tapi bentuk tanah yang banyak mineral. orang kampung saya panggil sira. tempat lembu kambing jilat
salam...
saya ada kemusykilan mengenai EM.
bagaimana kita tahu tentang keberkesanan penggunaan EM.saya baru nak mengenali lanjut mengenai EM
W'salam.
Saya bukanlah orang terbaik untuk menerangkan ttg EM ni. Saya syorkan layari blog Cik Melor di http://impaxbokashi.wordpress.com untuk lebih byk artikel ttg EM, cara membuatnya dan keberkesanannya
my broo...ane kurang jelas tentang artikel nya broo.tolongin saya broo gimana cara membuat bakteri pengurai,yang berfungsi untuk pengurai limbah di septiktank,thank you broo.salam dari indonesia.salam rukun buat kita semua,jawab ya
Post a Comment