Monday, August 11, 2008

Cili Fertigasi



'Saya nak bancuh baja pagi ni jam sepuluh, kalau nak join jumpa kat kebun"

Aku terima sms diatas pada pagi sabtu pukul 9.30 pagi. Kelam kabut aku bersiap dan pukul 10 aku sms semula mengatakan aku on the way secepat mungkin akan sampai. Nasib baik la kebun tu kat Paya Jaras, 10 minit je dari rumah aku.

Sampai disana, Ruhizal (pemilik kebun) belum mula lagi. Ada 3-4 org lagi disana. Aku kenal Ruhizal ni dari internet je. Jumpa pun baru sekali dan cakap kat telefon tak sampai 10 kali. tapi mesranya mcm dah kenal lama. Kebanyakan org yg aku jumpa dlm bidang pertanian ni mmg camtu. Tak kedekut ilmu. Nampak je mcm garang abg kita ni. Tapi mesra.

Kami diajar cara2 nak bancuh baja fertigasi. Ada berbagai unsur2 dlm baja fertigasi yg mana setiap unsur adalah nutrien yang diperlukan oleh pokok untuk membesar. Ada 16-17 jenis unsur yg berbeza. Ianya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu unsur set A dan unsur Set B. Kedua2nya mempunyai formula tersendiri dan akan dicampurkan mengikut kepekatan yg diperlukan oleh pokok. "Cili ni (secara amnya, semua tanaman secara fertigasi) mcm 'baby'. Kita kena suapkan mengikut keperluan dia. Masa kecik kena bagi sikit, bila semakin membesar, maka lebih byk la dia makan".

Setiap unsur dlm baja memberi kesan pada pokok dan hasil. Ada dengar cerita seorang pengusaha dari Kuala Langat (tak silap aku) mendapat hasil cili yg manis buahnya. Setelah diselidik, dia lupa nak tukar formula baja dan salah satu unsur yg mempengaruhi kemanisan buah terlebih la pulak. Apa lagi, cili jadi manis la.



Aku ada salin formula tu tapi tak pulak aku mintak kebenaran utk publish formula tu di blog aku. So kalau sesiapa yang nak tahu, kenalah berkenalan dgn En Ruhizal. Blog dia di http://niaagrotech.blogspot.com

Sebagai satu rujukan, anda boleh baca artikel dibawah yg aku petik dari http://syagrogreen.blogspot.com . Semoga dpt memberi manfaat.

Oh ya, satu lagi kata2 hikmat dari En Ruhizal. "Kalau pokok cili diserang penyakit, jangan risau. Memang pokok cili akan diserang penyakit. Memang ada punya." Dalam erti kata lain, mcmmana kita cuba mencegah sekalipun, tetap akan diserang penyakit. Mana mungkin 100% sihat.

Nutrien (Baja)

Tumbuhan dalam sistem hidroponik adalah sama dengan tanaan yang ditanam atas tanah, masing-masing memerlukan 16 unsur untuk tumbuh dengan baik. ia itu C, H, O, N, P, K, Ca, Mg, S, Zn, Cu, Fe, Mn, B, Mo dan Cl. Dalam sistem hidroponik unsur ini dilarutkan kedalam air bagi diserap oleh sistem akar. Larutan ini dipanggil larutan nutrium atau larutan baja.

Terdapat pelbagai formula larutan nutrien dipasaran. Harga pasaran adalah berasaskan kepada harga bahan mentah yang digunakan. Bahan yang digunakan biasanya dalam bentuk garam mineral atau cecair. Bahan berkenaan mungkin dalam bentuk bahan organik atau bukan organik atau campuran keduanya.

Menggunakan larutan nutrien yang siap dijual di pasaran adalah lebih mudah, cuma ikut sahaja arahan pada lebel yang berkenaan. Walau bagaimanapun menyediakan sendiri larutan nutrien adalah lebih menyoronokkan !. Kekurangan sesuatu unsur akan memberi kesan terus kepada pertubuhan pokok kerana tanaan bergantung sepenuhnya kepada larutan nutrien yang dibekalkan.

PH Larutan Nutrien

PH merujuk samada larutan nutrien berasid atau beralkali. Ukuran yang digunakan ialah nilai 1 hingga 14. Nilai 7 bagi larutan nuteral, jika nilai ph kurang daripada 7 larutan berkenaan adalah berasid. Bagi nilai melebihi 7 larutan berkenaan berasid. Ph yang sesuai untuk pertumbuhan secara umum ialah antara 5.5 hingga 6.5.

Tumbuhan akan menyerap zat makanan dan melepaskan bahan kimia kedalam larutan . Proses ini akan menyebabkan larutan baja akan berubah menjadi lebih berakali. Gunakan pH meter untuk menentukannya. Apabila nilai pH melehi 7, larutan berkenaan adalah beralkali dan perlu diturunkan kepada antara 5.5 hingga 6.5 ia itu nilai yang sesuai untuk pertumbuhan. Untuk mencapai nilai ini campurkan asid sulfrik atau air bateri kedalam larutan nutrien berkenaan. Sekiranya larutan nutrien berasid ia itu nilai pH nya kurang daripada 5.5, ia perlu ditingkatkan sehingga 5.5. Peningkatan pH dapat dilakukan dengan menambah potassium hydroxide (KOH) atau sodium hydroxide (NaOH) atau soda bikarbonat yang digunakan untuk membuat kueh. Gunakan ph meter atau kertas litmus bagi menyukat ph larutan.

PH Untuk Tanaman Terpilih

PH 6.0-6.7

PH 5.5-6.7

PH 5.2-6.7

PH 4.5-6.7

Asparagus Kekacang Tomato Ubi Kentang
Cauliflower Broccoli Lobak Merah
Tembikai Cili



Salad

Kepekatan Larutan

Kepekatan larutan nutrien diukur dengan unit ppm (part per million) atau satu bahagian dalam sejuta. Sukatan ini merujuk kepada nisbah bahagian nutrien dilarutkan kedalam air. Jika 1 miligram baja A dilarutkan dalam 1 litter air bersih, kepekakatan larutan di baca sebagai 1 ppm. Air bersih yang belum dicampurkan baja kedalam nya mempunyai nilai ppm kosong.

Anggaran purata keperluan unsur nirojen untuk pertumbuhan ialah 300 ppm, posforos 80 ppm, kalium 250 ppm, salfur 400 ppm, Magnesium 75 ppm, kalsium 400 ppm, Iron 5 ppm, tembaga 0.5 ppm, Mangam 2 ppm, Molbednum 0.001 ppm dan boron 1 ppm. Nilai standard kerja kepekatan larutan baja hidroponik ialah 1280 ppm, dikira setelah semua unsur yang diperlukan oleh pertumbuhan dilarutkan dalam air.

Bagi menjamin pertumbuhan tanaman yang baik nilai ppm hendaklah sentiasa diukur nilai kepekatan standart kerja ialah 1280 ppm, Jika perlu larutan nutrien hendak lah ditambah bagi mencapai nilai standard kerja yang diperlukan.

Limit Pengunaan Unsur Nutrien Oleh Pokok Mengikut Sukatan PPM

Unsur Makro

Kepekatan (ppm)


Unsur Mikro

Kepekatan (ppm)

N 70-1000
Fe 0.5-10
P 30-100
Mn 0.1-5
K 100-400
H 0.16
Ca 80-400
Cu 0.02-0.5
Mg 24-100
Zn 0.02-1
S 35-1000
Mo 0.01-0.1

Kesan Kekurangan Unsur Nutrien Kepada Pokok

Unsur Nutrien

Kesan (symptoms)

Nitrojan Daun kecil, warna hijau muda,daun mati pada pokok dan daun sukar gugur.
Posforus Daun hijau tua. Daun bawah bewarna kuning pada bahagian hujung daun.
Potassium Daun bawah mati.terutama bahagian antara tulang daun.
Kalsium Pucuk dan daun muda mati. Daun muda berkedut.
Magnesium Bawah daun kuning akhirnya mati.
Salfur Pucuk dan daun muda warna hijau muda
Iron Pucuk dan daun muda warna kuning, akhirnya mati
Mangan Mata burung atau tompok warna coklat pada daun.
Boron Tunas dan pucuk mati

CARA MENYEDIAKAN LARUTAN NUTRIEN (BAJA)

Ada beberapa formula baja yang dapat digunakan untuk hidroponik, tapi dari beberapa formula tersebut yang terpenting adalah kandungan unsur-unsurnya sesuai dengan keperluan tanaman. Karena itu secara praktis, kita sebaiknya memahami berapa banyak unsur nutrien yang diperlukan oleh setiap tanaman. Dari sini kita menyusun formulasi campuran sendiri yang mencukupi keperluan tersebut. Hal ini lebih bermanfaat karena kita boleh jimatkan perbelanjaan membeli larutan baja., kita boleh menemukan keperluan unsur dengan bahan yang murah tapi fungsinya tetap mencapai apa yang kita harapkan.

Larutan nutrien hidroponik telah dibangunkan oleh D. R. Hoagland dari University of California. Larutan ini boleh dibuat sendiri (bagi tujuan hobi) dengan mencampur daripada baja dalam bentuk garam mineral yang terdapat dalam pasaran. Mudah disediakan dan dapat memberi hasil yang memuaskan bagi tujuan hobi..

Bagi tujuan komersial ketepatan penggunaan garam mineral amatlah penting dalam kejayaan projek. Formula yang telah dibangunkan oleh Terengganu Hydroponics Society adalah sebagaimana di bawah:-

UNSUR MAKRO


Garam Mineral Gram/1000 liter larutan baja

Nutri Fosfat (P) 18

Nutri Potasium (K) 30

Nutri Nitrat (N) 60

Nutri Magnesium (Mg) 31

Garam mineral mesti dilarutkan dalam air panas secara berasingan dan ditambahkan kedalam tangki larutan. Gunakan bahan grade kimia. Gred baja boleh juga digunakan kerana harganya lebih murah. Garam mineral gred kimia adalah mudah larut berbanding dengan gred baja.

Elemen mikro cuma diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Disebabkan sukar untuk disukat kerana keperluan yang kecil, larutan stok perlu perlu dibuat terlebih dahulu. Larutan stok ini kemudiannya untuk ditambah dalam air bagi dijadikan larutan nutrien (baja)


UNSUR MIKRO


Garam Mineral Gram/1000 liter larutan baja


Nutri Borium (B) 1.7


Nutri Manganes (Mn) 3.2


Nutri Zink (Zn) 0.45


Nutri Cuprum (Cu) 0.28


Nutri Ferrum (Fe) 30


Nutri Molibdenum (Mo)

0.13




Jika air paip digunakan , Nutri zink dan cuprum mungkin tidak diperlukan kerana bahan berkenaan telah hadir dalam air paip.

Elemen mikro cuma diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Disebabkan sukar untuk disukat kerana keperluan yang kecil, larutan stok perlu perlu dibuat terlebih dahulu. Larutan stok ini kemudiannya untuk ditambah dalam air bagi dijadikan larutan nutrien (baja)

No comments:

Post a Comment