Friday, August 22, 2008
Alat Pemotong Serai
Macam2 yang boleh kita lihat di MAHA tu. Tapi untuk memaksimakan visit kita, kita hendaklah bersedia dan tahu ttg apa yg nak kita cari.
Salah satu benda yang aku jumpa kat MAHA ni ialah alat pemotong serai yang sedang dibangunkan oleh MARDI. Dapat la jugak berborak dgn pegawainya.
Kalau mengikut penerangan yg diberikan, serai yg telah dituai hendaklah dileraikan satu persatu dan disusun pada mesin tersebut. Btg2 serai itu kemudiannya akan digerakkan dgn menggunakan conveyor belt dan dipotong mengikut panjang yg boleh dilaras.
Pada pendapat aku yg masih jahil dlm bab serai dan pertanian ni, penggunaan mesin ni lebih melecehkan dan tidak berbaloi dari segi pelaburan berbanding produktiviti yang dapat ditingkatkan (kalau ada). Ini kerana btg serai hendaklah dileraikan satu persatu dan disusun sebelum ianya dipotong oleh pisau pemotong yang mungkin akan terpotong terlebih/terkurang kalau kita salah susun.
Aku ada offer pada pegawai tu sekiranya dia nak buat trial pada kebun aku nanti masa harvest. Kita race pakai manual dan pakai mesin. Tgk siapa lebih cepat dan efektif. Result tu nanti boleh digunakan untuk penambahbaikan rekabentuk mesin tu nanti.
Walaubagaimanapun, kudos pada pegawai tu dan MARDI kerana membuat kajiselidik ttg automasi bagi tanaman serai. Harap2 mereka tak give up dan InsyaAllah, seboleh2nya kita patut bantu mereka dalam memberi input untuk rekabentuk yg paling sesuai bagi tanaman serai.
Wednesday, August 20, 2008
KUIZ
Peserta2 adalah digalakkan menggunakan apa2 saja rujukan termasuklah menggunakan search engine untuk mendapatkan jawapan. Kuiz ini bukanlah untuk menguji siapa lebih hebat, tetapi sekadar untuk mengingati diri aku sendiri dan rakan2 agar lebih berminat dan lebih peka dengan hal2 sejarah Islam atau rukun2 dalam Islam. Aku pernah menganjurkan kuiz serupa dalam bentuk bertulis masa perhimpunan alumni sekolah lama aku dulu.
Terus terang aku nyatakan disini, bukanlah kerana aku yang bertanyakan soalan, maka aku lebih tahu dari korang. Soalan2 ini aku ambil dari merata sumber. Jadi bila ada kuiz nanti, katanama aku akan digantikan dengan "KUIZ".
Berapa lama kuiz ini akan berjalan? Entahlah. Selagi ada org yg menjawab atau selagi ada masa aku yg terluang untuk memberikan soalan.
Hadiahnya? Hadiah akan diberikan bagi setiap jawapan yang betul. Hadiah juga akan diberikan atas usaha untuk menjawab walaupun jawapan yang salah. Hadiah2 akan dikumpulkan sehingga satu waktu dimana anda paling memerlukannya yaitu di alam berikutnya, alam akhirat. InsyaAllah.
Friday, August 15, 2008
Timunku
Sebagai catatan. Timun yang ditanam dalam pasu. Pengairan manual pagi dan petang. Umur lebih 2 minggu lebih. Ada yang besar dan ada yang nampak mcm terbantut. Dalam baldi putih tu tempat semaian. Sengaja tinggalkan benih yg dah bercambah kat dalam tu. Ada yg mati dan yg lain terbantut. Taruk 2 pokok satu pasu. Nak try boleh ke tidak. Ikutkan logik, boleh rasanya, cuma kena siram dan baja lebih sikit. Nak kena buat junjung dah ni. Nak gantung nanti antara 2 tiang tepi garaj macam tirai. Kalau tanam tomato tu hari lagi cantik efek warnanya. Cheh, nak transform ke tomato la pulak. :)
Thursday, August 14, 2008
Toyota Hilux
Aku saja nak tulih sikit. Ramai orang tanya pasal kenapa aku minat Toyota Hilux. Kalau diikutkan dari segi spec, toyota hilux ni jauh ketinggalan. Tapi video diatas adalah salah satu sebab kenapa ianya menjadi pilihan.
P/S Toyota Corp janji nak bagi aku an obscene amount of money for promoting their car. hehehehe ;)
Tak dapat beli Hilux, aku beli ni je la...---->
Agak2, kalau taruk rotor kat belakang, boleh guna utk kebun kot?
Tuesday, August 12, 2008
Kisah monyet dan cili
Pada suatu hari, ada seekor monyet sedang berjalan2 di dalam sebuah hutan. Tiba2, dia ternampak sebuah kebun yang penuh dengan tanaman yang subur. Monyet itu merasa lapar dan cuba memasuki kebun tersebut. Baru saja dia nak masuk, dia ternampak tuan tanah dan partnernya didalam kebun itu. Dia pun mencari akal bagaimana nak mengambil buah2an di dalam kebun tersebut.
"Ha, aku ada idea!"
Monyet itu berpura2 merangkak menuju ke arah tuan tanah dan partnernya itu.
"Tolong! Tolong! Tolonglah, dah empat hari aku tak makan, berilah aku sedikit makan. Kasihanilah aku."
"Kesian monyet tu ye, terseksa dia. Dah empat hari dia tak makan." kata tuan tanah. "Kita patut tolong monyet ni. Kau tolong ambikkan senapang aku tu!", kata tuan tanah pada partnernya.
Monyet pun terkejut beruk. Sekian.
Kisah diatas mungkin korang dah pernah dengar atau lihat dalam tv. Dulu ada cerita2 nasihat sang kancil. Tapi ending cerita aku ni diubah sikit. Sorry aaaa. Idea ni malam tadi punya pasal la. Anak aku yang sulung 8 tahun suruh cerita sebelum tidur. Bedtime story.
Tapi sebenarnya ada moral disebalik post ni. Baru2 ni aku ada nampak satu post di forum berkenaan seorang pengusaha yang menyumpah2 akan binatang perosak di kebun dia. Aku tak komen apa2 kerana ditakuti nanti dia salah paham lak. Yalah, bila menulis ni, komunikasi kita agak terhad oleh kekangan intonasi suara dan body language. Jadi mungkin apa yang kita tulis, orang lain baca dgn intonasi berbeza, jadi marah lak.
Kita didunia ni, tak da satu pun yang kita punya. Hatta, kebun yang kita usahakan itu pun bukan milik kita. Kita hanya menguruskannya sebagai amanah dari Allah, Tuhan sekelian alam. Yang memiliki segala yang nyata dan segala yang ghaib. Setiap binatang, setiap makhluk ada rezeki masing2. Kita hanya berikhtiar untuk mengelakkan serangga perosak dari merosakkan tanaman kita. Itu adalah sebahagian dari usaha dan ikhtiar. Tetapi kalau mereka dapat jugak memakannya, itu rezeki mereka.
Kalau kita nak marah2 pun, siapa yang kita marahkan sebenarnya? Kita berusaha, dan kalau tak diizinkanNya, tetap tak menjadi jugak. Kita takda kuasa. Allah sahaja yang berkuasa. Kita tahu tu. Tapi kalau dah marah berlebihan, sebenarnya, marah kita tu ditujukan pada siapa? Pada Allah. Nauzubillah. Ini sebagai satu peringatan bagi diri aku yang selalu lupa. Moga2 Allah ampunkan dosa aku dan dosa kita semua. Amin.
Ni gambar projek cili separa fertigasi aku di depan rumah. Aku cuma gunakan sistem drip untuk mengairi pokok aku je. Pembajaan secara manual. Baja pun campur2. Ada yang pakai baja vermikompos. Ada pakai NPK. Media pakai tanah Tesco dan tanah dari local nursery. Benih pun benih cili dari pasar malam. Polybag dibeli dari nursery. Polybag hitam tu kecik sgt bagi pokok cili. Nanti aku tukar pakai polybag 16 x 16 yang putih. Yang polybag putih dlm gambar tu aku tanam timun.
Aku sengaja buat projek ni dgn persediaan bahawa akan ada pokok yang sakit dan hasil tak banyak. Ini sebagai persediaan bagi aku untuk menghadapi skala yang lebih besar. Aku nak membiasakan diri dgn penyakit2 cili. Racun serangga aku cuma pakai serai, cili api, bawang putih dan sedikit sabun. InsyaAllah, siap renovation rumah jiran aku dibelakang, aku akan gunakan sistem fertigasi sepenuhnya dgn baja yang sepatutnya dgn media cocopeat.
Sebenarnya, sistem fertigasi ni mudah. Tapi kena buat dulu la. Kalau sekadar baca je, mmg payah. Aku dah banyak baca dan walaupun aku rasa boleh buat, aku tetap pergi beli set mini fertigasi. Bila benda tu dah depan mata dan dah disusun, mmg aku lebih yakin untuk setup sendiri punya dalam skala yang lebih besar. Perbezaan antara beli pakej dan buat sendiri memang ketara. Pakej fertigasi ni, diaorg kira sekali kos wastage barang. Tapi byk juga kelebihan beli pakej ni. Anda dpt khidmat nasihat dari penyedia pakej dan tak yah pening kepala sangat nak fikirkan. Biar orang setupkan sistem, anda cuma perlu teruskan dan follow guideline yang telah ditentukan.
Tapi projek aku kat Chenor, besar kemungkinan (hampir pasti, InsyaAllah) aku akan tanam serai 2 ekar dan mungkin tanam cili 50 pokok kat tepi rumah. Kalau boleh jaga 50 pokok, bolehlah jaga 5000 pokok. At least dah tahu kerenah cili dari segi penjagaan dan kutipan hasil. Ada orang yang aku jumpa, adik kepada pengusaha cili. 1400 pokok. 4 orang pensyarah berkongsi. Dari 1400 pokok, 1000 pokok mati dan berpuluh ribu ringgit rugi.
Monday, August 11, 2008
Cili Fertigasi
'Saya nak bancuh baja pagi ni jam sepuluh, kalau nak join jumpa kat kebun"
Aku terima sms diatas pada pagi sabtu pukul 9.30 pagi. Kelam kabut aku bersiap dan pukul 10 aku sms semula mengatakan aku on the way secepat mungkin akan sampai. Nasib baik la kebun tu kat Paya Jaras, 10 minit je dari rumah aku.
Sampai disana, Ruhizal (pemilik kebun) belum mula lagi. Ada 3-4 org lagi disana. Aku kenal Ruhizal ni dari internet je. Jumpa pun baru sekali dan cakap kat telefon tak sampai 10 kali. tapi mesranya mcm dah kenal lama. Kebanyakan org yg aku jumpa dlm bidang pertanian ni mmg camtu. Tak kedekut ilmu. Nampak je mcm garang abg kita ni. Tapi mesra.
Kami diajar cara2 nak bancuh baja fertigasi. Ada berbagai unsur2 dlm baja fertigasi yg mana setiap unsur adalah nutrien yang diperlukan oleh pokok untuk membesar. Ada 16-17 jenis unsur yg berbeza. Ianya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu unsur set A dan unsur Set B. Kedua2nya mempunyai formula tersendiri dan akan dicampurkan mengikut kepekatan yg diperlukan oleh pokok. "Cili ni (secara amnya, semua tanaman secara fertigasi) mcm 'baby'. Kita kena suapkan mengikut keperluan dia. Masa kecik kena bagi sikit, bila semakin membesar, maka lebih byk la dia makan".
Setiap unsur dlm baja memberi kesan pada pokok dan hasil. Ada dengar cerita seorang pengusaha dari Kuala Langat (tak silap aku) mendapat hasil cili yg manis buahnya. Setelah diselidik, dia lupa nak tukar formula baja dan salah satu unsur yg mempengaruhi kemanisan buah terlebih la pulak. Apa lagi, cili jadi manis la.
Aku ada salin formula tu tapi tak pulak aku mintak kebenaran utk publish formula tu di blog aku. So kalau sesiapa yang nak tahu, kenalah berkenalan dgn En Ruhizal. Blog dia di http://niaagrotech.blogspot.com
Sebagai satu rujukan, anda boleh baca artikel dibawah yg aku petik dari http://syagrogreen.blogspot.com . Semoga dpt memberi manfaat.
Oh ya, satu lagi kata2 hikmat dari En Ruhizal. "Kalau pokok cili diserang penyakit, jangan risau. Memang pokok cili akan diserang penyakit. Memang ada punya." Dalam erti kata lain, mcmmana kita cuba mencegah sekalipun, tetap akan diserang penyakit. Mana mungkin 100% sihat.
Nutrien (Baja)
Tumbuhan dalam sistem hidroponik adalah sama dengan tanaan yang ditanam atas tanah, masing-masing memerlukan 16 unsur untuk tumbuh dengan baik. ia itu C, H, O, N, P, K, Ca, Mg, S, Zn, Cu, Fe, Mn, B, Mo dan Cl. Dalam sistem hidroponik unsur ini dilarutkan kedalam air bagi diserap oleh sistem akar. Larutan ini dipanggil larutan nutrium atau larutan baja.
Terdapat pelbagai formula larutan nutrien dipasaran. Harga pasaran adalah berasaskan kepada harga bahan mentah yang digunakan. Bahan yang digunakan biasanya dalam bentuk garam mineral atau cecair. Bahan berkenaan mungkin dalam bentuk bahan organik atau bukan organik atau campuran keduanya.
Menggunakan larutan nutrien yang siap dijual di pasaran adalah lebih mudah, cuma ikut sahaja arahan pada lebel yang berkenaan. Walau bagaimanapun menyediakan sendiri larutan nutrien adalah lebih menyoronokkan !. Kekurangan sesuatu unsur akan memberi kesan terus kepada pertubuhan pokok kerana tanaan bergantung sepenuhnya kepada larutan nutrien yang dibekalkan.
PH Larutan Nutrien
PH merujuk samada larutan nutrien berasid atau beralkali. Ukuran yang digunakan ialah nilai 1 hingga 14. Nilai 7 bagi larutan nuteral, jika nilai ph kurang daripada 7 larutan berkenaan adalah berasid. Bagi nilai melebihi 7 larutan berkenaan berasid. Ph yang sesuai untuk pertumbuhan secara umum ialah antara 5.5 hingga 6.5.
PH Untuk Tanaman Terpilih
PH 6.0-6.7 | PH 5.5-6.7 | PH 5.2-6.7 | PH 4.5-6.7 |
Asparagus | Kekacang | Tomato | Ubi Kentang |
Cauliflower | Broccoli | Lobak Merah | |
Tembikai | Cili | ||
Salad |
Kepekatan Larutan
Kepekatan larutan nutrien diukur dengan unit ppm (part per million) atau satu bahagian dalam sejuta. Sukatan ini merujuk kepada nisbah bahagian nutrien dilarutkan kedalam air. Jika 1 miligram baja A dilarutkan dalam 1 litter air bersih, kepekakatan larutan di baca sebagai 1 ppm. Air bersih yang belum dicampurkan baja kedalam nya mempunyai nilai ppm kosong.
Anggaran purata keperluan unsur nirojen untuk pertumbuhan ialah 300 ppm, posforos 80 ppm, kalium 250 ppm, salfur 400 ppm, Magnesium 75 ppm, kalsium 400 ppm, Iron 5 ppm, tembaga 0.5 ppm, Mangam 2 ppm, Molbednum 0.001 ppm dan boron 1 ppm. Nilai standard kerja kepekatan larutan baja hidroponik ialah 1280 ppm, dikira setelah semua unsur yang diperlukan oleh pertumbuhan dilarutkan dalam air.
Bagi menjamin pertumbuhan tanaman yang baik nilai ppm hendaklah sentiasa diukur nilai kepekatan standart kerja ialah 1280 ppm, Jika perlu larutan nutrien hendak lah ditambah bagi mencapai nilai standard kerja yang diperlukan.
Limit Pengunaan Unsur Nutrien Oleh Pokok Mengikut Sukatan PPM
Unsur Makro | Kepekatan (ppm) | Unsur Mikro | Kepekatan (ppm) | |
N | 70-1000 | Fe | 0.5-10 | |
P | 30-100 | Mn | 0.1-5 | |
K | 100-400 | H | 0.16 | |
Ca | 80-400 | Cu | 0.02-0.5 | |
Mg | 24-100 | Zn | 0.02-1 | |
S | 35-1000 | Mo | 0.01-0.1 |
Kesan Kekurangan Unsur Nutrien Kepada Pokok
Unsur Nutrien | Kesan (symptoms) |
Nitrojan | Daun kecil, warna hijau muda,daun mati pada pokok dan daun sukar gugur. |
Posforus | Daun hijau tua. Daun bawah bewarna kuning pada bahagian hujung daun. |
Potassium | Daun bawah mati.terutama bahagian antara tulang daun. |
Kalsium | Pucuk dan daun muda mati. Daun muda berkedut. |
Magnesium | Bawah daun kuning akhirnya mati. |
Salfur | Pucuk dan daun muda warna hijau muda |
Iron | Pucuk dan daun muda warna kuning, akhirnya mati |
Mangan | Mata burung atau tompok warna coklat pada daun. |
Boron | Tunas dan pucuk mati |
CARA MENYEDIAKAN LARUTAN NUTRIEN (BAJA)
Ada beberapa formula baja yang dapat digunakan untuk hidroponik, tapi dari beberapa formula tersebut yang terpenting adalah kandungan unsur-unsurnya sesuai dengan keperluan tanaman. Karena itu secara praktis, kita sebaiknya memahami berapa banyak unsur nutrien yang diperlukan oleh setiap tanaman. Dari sini kita menyusun formulasi campuran sendiri yang mencukupi keperluan tersebut. Hal ini lebih bermanfaat karena kita boleh jimatkan perbelanjaan membeli larutan baja., kita boleh menemukan keperluan unsur dengan bahan yang murah tapi fungsinya tetap mencapai apa yang kita harapkan.
Larutan nutrien hidroponik telah dibangunkan oleh D. R. Hoagland dari University of California. Larutan ini boleh dibuat sendiri (bagi tujuan hobi) dengan mencampur daripada baja dalam bentuk garam mineral yang terdapat dalam pasaran. Mudah disediakan dan dapat memberi hasil yang memuaskan bagi tujuan hobi..
Bagi tujuan komersial ketepatan penggunaan garam mineral amatlah penting dalam kejayaan projek. Formula yang telah dibangunkan oleh Terengganu Hydroponics Society adalah sebagaimana di bawah:-
UNSUR MAKRO
Garam Mineral | Gram/1000 liter larutan baja | ||
Nutri Fosfat (P) | 18 | ||
Nutri Potasium (K) | 30 | ||
Nutri Nitrat (N) | 60 | ||
Nutri Magnesium (Mg) | 31 |
Garam mineral mesti dilarutkan dalam air panas secara berasingan dan ditambahkan kedalam tangki larutan. Gunakan bahan grade kimia. Gred baja boleh juga digunakan kerana harganya lebih murah.
Elemen mikro cuma diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Disebabkan sukar untuk disukat kerana keperluan yang kecil, larutan stok perlu perlu dibuat terlebih dahulu. Larutan stok ini kemudiannya untuk ditambah dalam air bagi dijadikan larutan nutrien (baja)
UNSUR MIKRO
| Garam Mineral | Gram/1000 liter larutan baja | | |
| Nutri Borium (B) | 1.7 | | |
| Nutri Manganes (Mn) | 3.2 | | |
| Nutri Zink (Zn) | 0.45 | | |
| Nutri Cuprum (Cu) | 0.28 | | |
| Nutri Ferrum (Fe) | 30 | |
Nutri Molibdenum (Mo) | 0.13 |
Jika air paip digunakan , Nutri zink dan cuprum mungkin tidak diperlukan kerana bahan berkenaan telah hadir dalam air paip.
Elemen mikro cuma diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Disebabkan sukar untuk disukat kerana keperluan yang kecil, larutan stok perlu perlu dibuat terlebih dahulu. Larutan stok ini kemudiannya untuk ditambah dalam air bagi dijadikan larutan nutrien (baja)
Thursday, August 7, 2008
Pertanian, Perniagaan & Customer Service
Apa kena mengena gambar ni dgn pertanian. Tentu korang pernah dengar pasal "Pertanian adalah Perniagaan" yg menjadi sebutan dewasa ini....
Sebenarnya, gambar ni aku ambik masa lunch tadi. Orang rumah aku (backgroud gambar menunjukkan perutnya yang dah mendekati 9 bulan) teringin nak makan asam pedas. Aku bawak ke Bangsar Village, nak pegi makan kat Laksa Shack, tapi dah tutup lak cawangan kat sana tu. So setelah bertanya pada Information Counter, dia org recommend satu restoran Cafe 1920 ke apatah namanya? Tapi restoran tu, nak kata Italian tidak, Asian pun tidak. Campur2. Wife aku order Nasi Goreng Portugis dan aku Nasi Goreng Hawaiian. Gambar ni menunjukkan Nasi Goreng Hawaiian. Asal ada nenas je mesti Hawaiiaan kan.
Apa yang menarik ttg restoran ni ialah layanannya. Customer service. Aku singgah je nak tgk menu, dia siap bagitau apa specialty kat situ. So yg kitaorg order tu adalah diaorg punya specialty la. Asam pedas takda. Masa makan, knife aku jatuh. Aku pun tak sedar, cuma dia hantar knife baru ngan tisu. Ketika makan, ada pulak datang lagi waiter, tanya "How's the food, sir?" Aku kata ok. Tapi kalau nak ikutkan, takda la sesedap atau se'special' mana. Tapi bolehlah. Masa bayar pulak, dia siap bagitau suruh aku pergi information counter, tunjuk resit, dapat free parking for 1 hr.
Ok, apa kena mengena semua ni?
Walaupun makanan dia tak sesedap mana, yakni, tempat lain pun ada gak yg lebih sedap, aku puji customer service dia. Dan aku akan ingat restoran ni nanti.
Dalam pertanian, apabila kita jadikan ianya sebagai satu perniagaan, maka undang2 perniagaan akan tetap digunapakai. Admin, filing, invoice, delivery order, follow up dan mcm2 lagi. Orang kita dulu2 tak da nak pakai semua ni. Tau tanam, baja mungkin dan tuai pastu jual. Takda nak tgk cash flow ke, account balancing ke dan mcm2 lagi
Macammana lak customer service dlm bidang perniagaan pertanian n? itu sendiri mau ingat berdasarkan sendiri punya bidang. Apa value added service yg kita boleh bagi pada customer kita? Penghantaran? Bagi extra hasil (kalau beli 10 kilo extrakan sikit untuk dia)? Beli serai 1 tan, kasi mangga chokanan sekilo untuk anak bini dia ;). Atau ikuti kursus di kebun, free all u can carry kedondong and mangga. Apa2 jelah. Atau, selepas dia beli hasil kita, keesokan harinya, telefon dan tanya khabar. Tanya, ada masalah tak di perjalanan balik dari kebun, macammana dgn belian tempoh hari, ada yg busuk tak? puashati ke tak? dan macam2 lagi.
Kelebihannya? Orang akan ingat pada kita dan akan berbicara yg baik2 je ttg kita pada org lain. Secara tak lansung, kredibiliti kita meningkat. Kalau orang lain ada offer dia harga lebih murah pun, dia akan beli kat kita atau at least bagitau kita yg org lain bagi harga sekian sekian.
Apa lagi yg boleh kita fikirkan? Banyak lagi. Nanti bila dtg idea tu, aku sambung...
Qasidah
Qasidah adalah satu bentuk lantunan puisi. Qasidah Imam Abdullah Alawi Al Haddad adalah pujian2 kepada Rasulullah s.a.w. dan juga bersifat zikir dan doa. Marilah kita sama2 menghayati dan mengamalnya kerana ianya adalah lebih baik dari menghafal lagu2 Inul Darasistiusta (ntah macam mana tah nak mengejanya). Pasangkan dalam kereta, bagi anak2 biasa dgnnya. Bagi diaorang hafal dan mudah2an menjangkit lak pada orang lain. Kan lebih baik gitu. Hidupkan sunnah Rasulullah.
Mutiara Qasidah ni ada 8 lagu. Semuanya adalah percuma untuk didownload. Kalau nak mintak CD dia pun boleh. Bagi je alamat pada mereka, mereka akan hantarkan. Kalau nak sebarkan pun boleh, tapi jangan la jual pulak. Burn je atas CD dan bagi kat kawan2. Tu modal untuk saham akan datang.
http://www.alhawi.net/MutiraQasidah.htm
Benih dan perancangan
Untuk satu ekar tanaman serai, kita boleh dapat lebih kurang 3630 point/rumpun bagi 4'x3'. Kalau tanam 3 btg benih setiap point, maka jumlah benih yg diperlukan adalah10,890. Tapi ada gak orang yang boleh buat lebih dari tu. Tapi teknik penjagaan la pulak. Jadi macammana kalau puas mencari masih tak dapat 10,000 btg? Kita kena ada plan B. Aku punya Plan B kalau tak dapat benih tu, aku akan tanam mana yang dapat. Buat plot. Buat berapa yang ada sementara mencari lagi. Kalau dah buat plot, kita boleh agak dalam 4 bulan lagi, kita tuai hasil tu untuk buat benih pulak. Serai berumur 4 bulan dah boleh dibuat benih. Kalau tak mula, nanti takut langsung tak buat
kadang2 ada orang yg patah semangat dan tak nak buat tanaman serai atau apa2 jenis tanaman kerana susah nak dapat benih, susah nak dapat pasaran, susah nak dapat ini, dapat itu. Akhirnya, satu hapa pun tak buat. Dah kalah kerana negativity sendiri. Dan kenapa kita kalah? Pasal tak cukup ilmu. Pasal kita kurang mengetahui. Bila kita kurang pengetahuan, pertimbangan kita akan lemah. Kita akan mengambil risiko unneccasarily dan mengalah sebelum mencuba.
Sama jugak dalam Islam, kenapa kita malas buat ibadat? Kenapa kita gah dengan ibadat kita yang tak seberapa? Pasal tak cukup ilmu. Kadang2 pernah tak kita bertanya, Kenapa aku menjadi seorang muslim? Kenapa aku kena beribadat? Kenapa Islam itu benar? Kalau tak cukup ilmu, ada org tersesat dgn mengatakan semua agama itu benar, semua orang Islam akan masuk syurga (tak semestinya ya), ada jugak yang kata, tak payah sembahyang, cukup dgn niat je. Nauzubillah.
Alamak, dah masuk bab agama la pulak. Tapi agama itu memang mencakupi seluruh hidup kita. Selalunya, kita (termasuk aku yang faqir hina) melihat agama dari sudut dunia. Patutnya, kita melihat dunia dari sudut agama. Setiap gerak-geri kita hendaklah bersandarkan Quran dan sunnah. InsyaAllah, hidup kita aman dan tenang.
Contoh terbaik pada aku. Masa mula2 nak buat pertanian, aku rasa risau mcmmana nak mengelak dari makhluk perosak. Nak buat pagar elektrik la, nak buat rumah perlindungan hujan la, nak upah orang berlari keliling kebun sambil menjerit untuk menakutkan perosak la. Dan macam2 lagi. Tapi bila dilihat dari sudut agama, setiap makhluk tu ada rezeki masing2 dalam kebun kita. Kalau buat kebun, kena redha yg akan ada peratusan hasil kita milik makhluk ni. Usaha dan ikhtiar kita hanya sekadar apa yang disuruh. Pasal usaha dan ikhtiar kita tidak memberi bekas. Ni panjang lagi nak bahas bab usaha dan ikhtiar ni.
Ahhh, sambung lain kali lah..InsyaAllah.
Surah Al Qalam 68:17-35
Sesungguhnya Kami telah menguji mereka (musyrikin Mekah) sebagaimana Kami telah menguji pemilik-pemilik kebun, ketika mereka bersumpah bahwa mereka sungguh-sungguh akan memetik (hasil) nya di pagi hari,
dan mereka tidak mengucapkan: "Insyaa Allah",
lalu kebun itu diliputi malapetaka (yang datang) dari Tuhanmu ketika mereka sedang tidur,
maka jadilah kebun itu hitam seperti malam yang gelap gulita,
lalu mereka panggil memanggil di pagi hari:
"Pergilah di waktu pagi (ini) ke kebunmu jika kamu hendak memetik buahnya".
Maka pergilah mereka saling berbisik-bisikan.
"Pada hari ini janganlah ada seorang miskin pun masuk ke dalam kebunmu".
Dan berangkatlah mereka di pagi hari dengan niat menghalangi (orang-orang miskin) padahal mereka mampu (menolongnya).
Tatkala mereka melihat kebun itu, mereka berkata: "Sesungguhnya kita benar-benar orang-orang yang sesat (jalan),
bahkan kita dihalangi (dari memperoleh hasilnya)"
Berkatalah seorang yang paling baik pikirannya di antara mereka: "Bukankah aku telah mengatakan kepadamu, hendaklah kamu bertasbih (kepada Tuhanmu)?"
Mereka mengucapkan: "Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim".
Lalu sebahagian mereka menghadapi sebahagian yang lain seraya cela mencela.
Mereka berkata: "Aduhai celakalah kita; sesungguhnya kita ini adalah orang-orang yang melampaui batas".
Mudah-mudahan Tuhan kita memberikan ganti kepada kita dengan (kebun) yang lebih baik daripada itu; sesungguhnya kita mengharapkan ampunan dari Tuhan kita.
Seperti itulah azab (dunia). Dan sesungguhnya azab akhirat lebih besar jika mereka mengetahui.
Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) surga-surga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.
Maka apakah patut Kami menjadikan orang-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa (orang kafir)?
Tuesday, August 5, 2008
Bila nak buat ni? (Mukadimah)
So where do i start?
Kenapa aku berminat dengan bidang pertanian. Mungkin memang sejak kecik aku dah minat bertani dan oleh kerana tak dipupuk dan pasal bukan dari keluarga petani, aku dah lupa ttg minat tu. Masa aku kecik dulu, aku ingat lagi masa aku buat batas kat tepi rumah aku. Tanam pokok apa tah, aku tak ingat, tapi rasanya pokok rumpai kot? Aku tarik hose getah dari bilik air dan aku tebuk lubang at certain point. Kira, ala2 fertigasi la. Tapi tak pernah lak aku pursue minat tu. Lama2 hilang mcm tu je.
Lepas habis SPM di Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, Ampangan, Negeri Sembilan, aku sambung di Stamford College ambik NCC Diploma in Computer Science. Tapi oleh kerana masalah kewangan dan juga kerana gaji lepasan Dip. bidang computer tu tak sebanyak mana, aku berhenti dan masuk bidang marketing advertising space. Pastu marketing dalam construction, pastu buat construction sendiri, bungkus, dan sampai la ni aku dlm bidang marketing construction. Banyak company dah aku kerja dan mcm2 kerenah dah aku jumpa.
Minat aku dulu adalah lebih kepada hartanah. Gara2 buku Robert Kiyosaki, Rich Dad Poor Dad tu la. Dalam mengejar tu, sekarang aku dah ada 2 buah rumah sewa dan satu rumah sendiri. Beristeri 2 ..orang anak dan nak masuk 3 InsyaAllah hujung bulan Ogos ni. Sekarang duduk di atas kerusi. Sorry, just cant help it. Sekarang aku duduk di Subang. Rumah tu aku beli under market value. Malah lebih murah dari harga developer asal.
Tapi dalam mengejar dunia ni, masih ada kekurangan yang aku rasa. Masaalahnya, bila kita baca buku Mat Salleh, idea2 dia semua berdasarkan pemikiran dia. Dia tak kenal apa itu dosa, apa itu pahala (walaupun mereka ada apa yg dikatakan moral value). Apa itu ketentuan Tuhan, apa itu hakikat hamba dan hakikat Tuhan. So masa aku dok sibuk mencari dunia, Alhamdulillah, aku diizinkan Allah untuk mencari diri. Dan dengan izinNya juga, aku dipertemukan dengan orang2 yang sama matlamat. Pertembungan dalam diri, jangan cerita la. Memang banyak. Especially bila dalam bidang marketing ni. Banyak benda2 yang menyalahi prinsip2 aku. I need to get away from all this. Jadi, perniagaan sendiri yang tak melibatkan banyak kebergantungan pada orang lain menjadi pilihan. Hartanah? Sekarang kena hold dulu pasal market tgh slow. Modal pun tinggal sikit. Pertanian? Tu la baru nak mula ni. Kebetulan lak, adik beradik isteri aku ada tanah terbiar di Chenor, Pahang seluas 2 ekar. Sampai sekarang diaorg tak tau nak buat apa dan takda orang yg nak lead. So bila aku propose buat tanaman cili fertigasi setelah aku buat research, semua setuju. Maka aku cari lagi maklumat dan sekarang aku decide untuk buat serai dulu sebanyak yg mungkin dan cili fertigasi seminima mungkin. Sebabnya, nanti aku cerita. Ni pun dah panjang sangat dah. Belum lagi nak masuk bab cerita kursus serai Pak Tani tempoh hari, pruning pokok mangga aku lagi, bab itu lagi, bab ini lagi dan mcm2 lagi. Berapa lama la agaknya aku nak berblog ni?
P/S. Oh ya, projek tanam serai aku InsyaAllah akan start dalam bulan Ogos ni gak untuk clearkan tanah. Itu pun bergantung pada bekalan benih nanti. Dalam bidang pertanian dan perniagaan, timing itu penting.