Monday, December 1, 2008
Kisah di Hari Jadi
Mula2 sekali pre birthday lunch kat Restoran Cheng Ho milik Amy Search. Antara makanan special dia ketam masak ngan telur masin. Isteri tercinta yang belanja, suami tercinta yang bayar. :) Lebih special pulak, saudara Amy pun ada. Aku siap tanya pasal kes dia kena saman dgn bapa seorang budak yang kena sup panas tertumpah oleh pekerja Rest Cheng Ho. Aku tak nak ulas pasal kes tu kerana masih di bicarakan di mahkamah. Kang tak pasal2 lak. Aku harap Amy tidak akan teraniaya. Tapi aku kata kat Amy yang aku pun nak saman dia. Aku nak saman dia pasal perut aku buncit makan banyak sangat kat restoran dia. Memang sedap.
Pada tengahari 25 hb tu pulak dapat close satu lagi projek. Projek kat Kemaman dan tanpa diduga, contractor offer direct payment dari developer (projek biayaan GLC). Margin keuntungan projek tu agak tinggi. Tak sangka lak dapat secure payment terms.
Balik dari appointment tu, yang ni pulak menunggu. Toyota Hilux model terbaru, 2.5 litre turbo diesel full spec auto. Company punya. Memang ni antara kereta idaman aku. Aku memang minat 4WD dan Hilux adalah antara kereta pilihan sepertimana post aku terdahulu. Cuma masaalahnya, sejak pakai 4 WD, aku memandang rendah pada kebanyakan kereta2 lain. Ini adalah kerana kereta ni memang tinggi. Nak naik kena panjat. hehehe. Cuma nak parking je sekarang kena lebih berhati2 berbanding Kembara aku dulu. Kereta ni panjang, payah sikit nak menyelit masa parking.
Malam tu kitaorg celebrate birthday aku dgn memotong kek. Tgk gambar diatas, korang tak payah tanya ni harijadi ke berapa. Dah tua dah.
Tu lah kisah 25hb Nov 2008. Hari jadi aku.
Friday, November 28, 2008
Oriental Herbal Nutrient
Berbalik pada kisah baja foliar OHN buatan sendiri saya, bahan2 yang diperlukan ialah
Bahan-bahan:
250gram halia
250gram bawang putih
500gram gula merah
Bahan2 ini ditumbuk (dalam kes ni, oleh kerana malas, saya blender je) dan digaulkan bersama gula merah untuk menghasilkan pati/pekatan baja OHN
Diperam selama seminggu dalam botol kaca dan ianya tahan sehingga bertahun. Penggunaanya ialah dengan melarutkan pati tadi pada kadar nisbah 1:1000. Digunakan sebagai baja foliar dan juga berfungsi sebagai penghalau serangga perosak. Untuk maklumat lanjut, baca sendiri atau ikutilah kursus tu. ;)
Disini saya telah menyediakan lebih kurang 1 kg OHN. Oleh kerana tak muat dlm balang kaca saya, maka saya bahagikan pada 2. Satu balang kaca dan satu balang plastik masing2 lebih kurang 500g. Saya akan memantau untuk buat comparison antara OHN dalam botol kaca dan dalam botol plastik. Mungkin tak nampak beza pada mata kasar tapi sepatutnya botol kaca adalah pilihan yg lebih baik kerana ianya tidak bertindakbalas dengan bahan kandungannya.
Masa yang saya ambil untuk menyediakan semua ni adalah lebih kurang 25 minit termasuk terkial2 mengambil gambar (date and time stamp pada gambar pun terlupa nak check)
Sekarang kena tunggu lagi seminggu baru boleh guna.Gambar2 yang saya sertakan disini adalah untuk rujukan saya sendiri dan sebagai satu submission kerja rumah pada Cik Melor. :D
Thursday, November 20, 2008
Rumah Perlindungan Hujan
Balik kerja semalam hati sedih dan geram. Geram pasal gaduh ngan office collegue (tapi dah settle dah pagi ni) dan sedih tgk pokok cili tumbang pasal ribut kuat. Maka ter'harvest' la cili hijau. Pokok ni banyak buahnya, jadi agaknya dah terlalu berat nak menampung. Tak apalah, kita tanam ni pun bukan hak kita. Setakat ni cili2 saya kebanyakannya diberi pada jiran2 je. Rasa2nya dah lebih dari sekilo yang dipanen (panen tu maknanya harvest) setakat ni.
Minggu lepas, saya ada pergi rumah jiran untuk mengambil batang kayu dari 'hutan' berdekatan rumahnya. Cadangnya nak raut dan keringkan kemudian di'syelek' (supaya tahan lama) dan dipasang sebagai junjung pokok timun dan sebagai tempat untuk mengikat pokok cili. Tapi tak sempat pasal keadaan memaksa saya untuk siapkan jugak secepat mungkin supaya takda lagi pokok cili yang terdedah kepada risiko tumbang dek ribut. Kira ala-ala rumah lindungan hujan la. Cuma tak buat bumbung je.
Hari ni balik bolehlah nak sambung projek ni. Nak ikatkan kayu2 tu. Semalam tak sempat habiskan pasal dah masuk maghrib. Dapat tahan untuk 4-5 bulan lagi pun jadilah. Harap2 petang ni balik, kayu2 tu tak jatuh dan menimpa pokok cili saya. Tawakal je lah.
Projek fertigasi kat belakang rumah pulak tengah tunggu pokok cili yang disemai. Cukup je 30 hari, anak pokok cili boleh dipindahkan ke polibeg. Mula2 saya pening gak memikirkan macam mana nak buat 'support' untuk pokok cili tu nanti. Ada cadangan nak buat RPH pakai PVC pipe macam dalam gambar ni. Gambar ihsan http://pvcgreenhouse.blogspot.com/ Sesiapa yang nak buat seperti mana yang disarankan oleh pengarang blog ni, bolehlah layari address diatas. Agak detail gak dia punya instruction.
Tapi sekarang saya rasa, oleh kerana faktor kos, baik buat pakai kayu hutan ni je. Base dia taruk dalam tin susu anak. 4 tiang dan tutup bumbung pakai plastik (atau mungkin daun nipah..hmmmm... rustik)
Dan mungkin saya akan cuba teknik companion planting pulak lepas ni. Apa itu companion planting? Googlekan lah. Menarik gak konsep ni.
Wednesday, November 12, 2008
Cubaan membuat EM
Saya ada cuba buat EM yang paling ringkas (pada pendapat saya) sendiri. Saya gunakan pisang tanduk (yg dah rosak) dari kebun eldor dan pokok timun saya yg dah layu kena serangan kulat. hehehe, tak lah membazir. Pisang tanduk dan pokok timun tu dipotong kecik2 (tak payah cantik2) dan direndam dalam larutan gula merah. Kemudian ditutup rapat dan dibiarkan selama sebulan. Saya start peram 12/10/08. Jadi sekarang dah cukup sebulan.
Kalau mengikut artikel impaxbokashi, Cik Melur kata,
BAHAN-BAHAN:
Buah-buah lembik/masak @ muda (sumber saya: dokong, manggis, betik)
1kg gula merah
sekepal zeolite
1 tong sampah hitam
air
LANGKAH-LANGKAH (cara saya):
1. buah -buahan dibersihkan dengan air sungai
2. cincang buah kepada saiz yang kecil
3. isikan buah dlam tong sampah hitam sehingga 3/4 penuh
4. masukkan gula merah dan zeolite. gaul rata-rata
5. isi air sungai hingga paras yang menenggelamkan buah. jangan isi penuh tong, proses fermentasi akan meningkatkan paras air, larutan akan melimpah
6. tutup penutup botol. biarkan seminggu.
Bila anda ingin mengambil jus IMOnya, tekan buah-buahan tadi dan gunakan penapis santan/tepung untuk menyaring pepejalnya. kalau disimpan dengan baik, larutan IMO boleh dipakai 1-3 tahun. Pertama kali buat mungkin gagal. Itu kebiasaan. Utamakan kebersihan semasa membuat larutan IMO. buat kompos tak apalah, sebab gaul dgn tanah dan tahi juga.
Larutan boleh dipakai dengan mencairkan pada nisbah 1:100, 1:500 dan 1:1000.
Dalam flyers yang saya rujuk masa nak buat larutan EM ni, katanya kena peram selama 3 bulan. Tapi pagi tadi saya cuba bau, baunya masam2 manis seperti yang disebut oleh Cik Melur. Mungkin dah boleh pakai kut.
Friday, November 7, 2008
Lawatan Ke Ladang 2 - Episod Tanah Kita
Menjadi petani? Masa sekolah dulu masa kita ditanya apakah cita2 kita, rasanya takda sorang pun yg jawab nak jadi petani kan? Sekarang terbalik lak. Bila dah tua ni, baru sedar yang pertanian yang dulunya dipandang sebelah mata, mampu menjanakan hasil yang lumayan jika dibuat secara bersungguh2. Pertanian juga mampu mengimbangkan kerohanian dan jasmani kita tanpa perlu mengabaikan prinsip moral. Pertanian juga penuh dengan ibadah tanpa kita sedari.
Pada asalnya, saya ingin berjumpa dengan En Azrin kerana saya ada masaalah dengan pokok timun yang asyik diserang penyakit kulat. Tapi banyak juga benda lain yang saya belajar dan dapat relate pada apa yang saya baca sebelum ni. Sebelum ni saya cuma baca tanpa betul memahami apa yang dikatakan dalam buku. Tapi saya baca juga.
Tanah Kita mengusahakan tanaman pisang (akan digantikan kemudian dgn tanaman cili fertigasi), tanaman cili, timun dan pelbagai tanaman lain mengikut permintaan atau mengikut perancangan Tanah Kita. En Azrin juga menjual barang2 keperluan pertanian terutamanya peralatan fertigasi yang mana saya sempat gak sambar baja AB fertigasi untuk projek fertigasi saya seterusnya. Dia juga menjadi agen bagi racun Green Patrol. Semua barangan yang dia jual, dia dah test dulu keberkesanannya sebelum promote pada orang lain. Maklumat lanjut ada dia blog http://azrinhashim.blogspot.com .
Pertanian adalah perniagaan dan sebagai perniagaan, ianya tertakluk dengan hukum dan adat berniaga. Antara yang pernah saya katakan dulu bagaimana dalam pertanian, aspek filing, pengurusan kewangan, customer service dan project planning akan mempengaruhi untung rugi sesebuah perniagaan. Satu lagi yang saya lupa adalah branding. Ini disebut oleh En Azrin dimana ianya adalah salah satu faktor yang boleh meningkatkan perniagaan kita ke tahap perkembangan seterusnya.
Deretan pokok timun yang sedang dalam ujikaji menentukan tahap rintangan penyakit. Pokok ini tidak disembur dgn racun.
Oh ya. Masa nak dtg ke kebun Tanah Kita, saya menggunakan gadget GPS receiver bersama2 dgn pda saya yg disambungkan dgn bluetooth. Jadi tak la sesat. Ni contoh gambar gadget yang saya gunakan bersama2 pda DOpod 818pro saya yang dilengkapi dengan perisian MapKing. Jadi kalau sesiapa yang nak bagi alamat kebun/ladang pada saya, memadai dengan bagi latitud dan longitud. Ataupun gunakan laman web http://map.google.com dan cari tempat anda disitu dan emailkan pada sipenerima.
Tuesday, November 4, 2008
Ciliku dan timunku
Friday, October 31, 2008
Timunku 3
. Selain timun yang disambungkan pada sistem fertigasi, saya juga ada 2 polybag timun yang lain yang di'anaktiri'kan. Satu kat depan rumah dan satu lagi kat belakang rumah. Baja pakai baja NPK pada kadar 'bila teringat'. Tapi masih dapat hasil gak walaupun rupanya pelik sikit.
Berdasarkan pengalaman menanam 10 pokok cili (asal 12 tapi bagi kat kawan pokok berbuah), saya telah menambah bilangan pokok untuk ditanam di belakang rumah lak. Cocopeat dah isi dlm polybag dan disiram dgn air kosong(flushing). Sedikit tips pasal tanaman cili. Tunas air (cabang di pangkal pokok) sebaik2nya dibuang. Ini bagi memberi lebih banyak hasil dan baja boleh sampai terus di buah2 yang diatas. Lagipun biasanya tunas ni buahnya tak banyak.
Oklah. Setakat ni je dulu. Nak gi solat Jumaat dah.
Tuesday, October 14, 2008
Timunku 2
Pangkal pokok timun saya dah mula start lembik. Saya onkan internet dan mula mensurfing. Setelah saya selidik di forum BJ, mmg kompom kena penyakit kulat.
Dah tu pulak, dlm forum, ada member (yeopman) yg menghadapi masaalah yang sama. Malah lebih teruk lagi kerana pangkal pokok dia dah reput habis. Ada yang mencadangkan agar dicabut je pokok tu. Gambar diatas dah membuktikan bahawa timunnya dah mmg nazak. Saya pulak khuatir yg kulat tu akan menjangkit pada pokok yg lain, maka saya hentikanlah hayatnya. Hukum cabut dan saya campurkan dalam resipi untuk buat baja garbage enzyme (itu saya akan cerita lain kali)
Baru2 ni baru dpt beli racun kulat. Simpan buat stok. Mmg dah ditakdirkan, perkara yg sama berlaku lagi semalam. Saya balik kerja nampak satu lagi pokok timun dah mula layu. Saya terus bancuh racun, spray secukupnya dan malam tu pokok tu dah mula segar balik. Alhamdulilah. Kalau tak, sayang gak, pasal pokok tu dah berbuah.
Dibawah lak, gambar2 masa saya melawat ladang En Yahya. Mungkin ada yg tak perasan siapa En Yahya, tapi kalau saya sebut Orang Padi atau Eldor atau tanaman-kantan.blogspot.com mungkin ramai yg tau. Respeknya saya pada En Yahya ni adalah kerana walaupun tgh sakit kaki dan jalan terencot-encot, masih sanggup melayan saya untuk melawat kebunnya. Err, jgn tertipu dgn baju yang dipakainya. Tu baju kebun je. Hasil dari kebunnya yang diusahakan hanya beberapa jam sehari secara sambilan sebelum pergi kerja dan selepas balik kerja adalah dalam lingkungan RM800 - RM1000 secara purata setiap bulan. Tu secara sambilan ditanah rezab sungai. Kalau diusahakan secara serius? Menurut kata En Yahya, hasil kebun ni semuanya masuk akaun anak2. Kalau buat secara serius mmg boleh buat duit jugak. InsyaAllah.
Alkisah jugak, seperti yang pembaca tahu melalui post Kisah Hari Raya, pak haji yang minta gantirugi denda dari saya kerana 'menceroboh' tanahnya tempoh hari telah meninggal dunia. Semoga roh arwahnya dicucuri rahmat. Wang gantirugi yang saya janjikan akan saya berikan pada warisnya. Harap2 warisnya pandai menggunakan wang itu agar dapat dimanfaatkan oleh arwah pak haji. Dunia ni bukan milik kita, bila2 masa kita akan pergi. Jangan lupakan asal-usul kita. Dari tiada kepada ada. Dari sehina2 kejadian hinggalah diberi kemuliaan oleh Sang Maha Pencipta.
Sunday, October 5, 2008
Kisah Hari Raya
Memasak rendang daging dan rendang ayam antara aktiviti menyambut raya.
Mengisi pelita. Tak sangka, minyak tanah harganya RM11.00 seliter. Patutlah orang kat hardware tu cakap pakai minyak diesel je. Note to myself, lain kali beli minyak diesel atau turpentine je.
Pelita buatan sendiri dari tempurung kelapa. Note to myself, minyak tanah boleh meresap melalui tempurung kelapa tu. Cari jalan untuk mengalas tempurung yg dibawah.
Yang sedihnya pulak, seperti mana yg semua tahu, saya baru je selesai membersihkan tanah untuk penanaman serai. Oleh kerana tanah tu semak, maka nak cari rezab jalan ke lot kami agak sukar. Maka kami mintak kebenaran dari jiran tanah tu untuk buat jalan masuk sementara. Mula2nya abang ipar saya telepon ke anaknya. Kalau ikutkan anaknya, mmg tak jadi masaalah. Tapi untuk memuaskan hati, kami cuba untuk menelefon tuan punya tanah sendiri. Setelah dua hari cuba untuk menghubungi pak haji ni tapi masih tak berjaya, kami terpaksa mengambil keputusan untuk meneruskan kerja merentasi tanah pak haji ni. Sehari selepas masuk tu barulah dapat contact pak haji ni. Tapi malangnya, dia tak izinkan. Kelam kabut la jugak. Esoknya dia telepon lagi, marah2 kerana dia dapat tahu kami lalu kat tanah dia. Yang berurusan dgn dia, abag ipar sayalah. Jadi abg ipar saya mintak maaf dan dia akan selidik nanti katanya. Pak haji ni nak mintak ganti rugi dan dia dah marah anak dia sendiri kerana pandai2 bagi kebenaran. Tanah tu tanah dia, katanya.
Kami setuju nak bagi ganti rugi. Dah mmg kami yg salah. Tapi setelah saya lawat tapak tu, mmg takda benda yg nak diganti dan takda benda yg rugi. Abg ipar saya pergilah berjumpa sendiri dgn pak haji ni masa raya tu hari. Saya tak ikut pasal takut tak boleh control mulut. Kisahnya, pak haji kata yg dia ni marah sangat pasal dia tak izinkan tapi kami ceroboh jugak tanah dia. Jadi dia nak mintak gantirugi denda sebanyak RM300.00 atas kesalahan kami. Abg ipar saya terpaksalah setuju walaupun pokok yg tumbang kat tanah dia tu cuma pokok hutan. Takdapun pokok buah dia yg rosak. Abg ipar saya pun pandai gak. Dia dah selidik awal2. Rupa2nya pak haji ni baru je lepas minor accident kereta dia. Jadi mungkin nak pakai duit tu nak repair kereta dia la kot. So abg ipar saya setuju tapi tak tetapkan lagi bila nak bayar. Biarlah dia tunggu dulu.
Ni pun dah byk ceritanya yg saya skip. Kalau tak lagi byk yg sedih. Tapi yg paling sedih ialah kerana dia ni ada kena mengena sedara gak. Dan masa dia tgh sakit nazak dah dulu tu, sampai pakai alat bantuan pernafasan, abg ipar saya ni la yg tlg family dia.
Betullah kata ulama,
yang patut kita ingat ialah kesalahan kita pada org lain,
yang patut kita lupa ialah kebaikan kita pada org lain
yang patut kita buat ialah meminta maaf pada orang
yang paling susah nak buat ialah memaafkan kesalahan org pada kita.
Moga Allah bagi hidayah pada kita semua.
Wednesday, September 24, 2008
Peluang Besar. Jangan terlepas!
Assalamualikum semua.
Sempena Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan ini. Bulan yang mana setiap amalan anak Adam a.s. dilipatgandakan, saya ingin memberi satu peluang bagi pengunjung2 blog spicesroot untuk membuat amal jariah.
Ustaz Ahmad bin Mohamed , yang mengajar di Surau Al-Hakim Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Selangor, dan masjid/surau berhampiran, sedang berusaha mengutip dana untuk membina Pusat Pengajian Pondok Madrasah Al-Imaniah di Kg Jerantut Feri , 27150 Jerantut, Pahang. Madrasah ini akan melaksanakan sistem pengajian pondok tulen dengan menggunakan kitab2 lama yang dikarang oleh ulamak-ulamak yang muktabar. Madrasah ini sedang didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Pekan, mengikut prosedur2 pendaftaran madrasah.
Untuk makluman juga, pihak AJK Penaja Pembinaan Madrasah Al-Imaniah masih menunggu surat kebenaran mengutip derma secara rasmi daripada Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dan pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana setakat ini hanya kerja-kerja meratakan tapak dan kerja-kerja footing telah selesai dijalankan kerana kekurangan dana kewangan untuk kerja-kerja seterusnya. Malahan untuk memenuhi syarat permohonan dengan Jabatan Agama Islam Pahang dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, setidak-tidaknya kerja meratakan tapak dan asas bangunan hendaklah disiapkan. Maka disinilah diharapkan bantuan Muslimin/Muslimat bagi membiayai kerja-kerja asas bangunan yang masih kekurangan dana serta lain-lain sehingga siapnya madrasah tersebut.
Insyaallah, pihak AJK Penaja Pembinaan Madrasah juga akan mengeluarkan resit, apabila kelulusan/kebenaran mengutip derma daripada pihak berkuasa diperolehi jika perlu.
Anggaran kasar kos adalah seperti berikut:
- Tanah – tanah wakaf seluas 1.975 ekar.
- 1 x Bangunan madrasah 2 tingkat l/kurang 60’ x 45’ = RM250,000.00.
- 2 x Rumah guru = RM60,000.00.
- 6 x Pondok @ RM3,000.00. Jumlah diperlukan RM18,000.00. Selebihnya dibiayai oleh penuntut/penyumbang
.
Jumlah keseluruhan diperlukan adalah lebihkurang RM320,000.00 ke RM350,000.00. Walaubagaimanapun ini bergantung kpd kenaikan harga barang2 pembinaan dll.
Kerja-kerja meratakan tapak bermula sekitar April 2008 dan telahpun selesai. Kerja-kerja “footing” juga telah selesai dijalankan. Kerja2 bagi “ground beam” dijangka bermula penghujung September atau awal Oktober 2008. Kerja2 pembinaan adalah agak perlahan dengan tenaga kerja yang terhad kerana kekurangan dana kewangan untuk kerja-kerja seterusnya. Bertepatan dengan hasrat yang sungguh murni oleh mereka yang mewakafkan tanah ini (4 beradik di atas tanah arwah bonda mereka), adalah sangat diharapkan akan bantuan Muslimin/Muslimat bagi membantu membiayai kerja-kerja bangunan yang masih kekurangan dana serta lain-lain sehingga siapnya mardasah tersebut. Menyedari hakikat dan situasi semasa dana ini, dengan proses2 yang perlahan tetapi kerja2 perlu diteruskan, diharap Muslimin/Muslimat yang mempunyai kelapangan dari segi kewangan, tenaga maupun bahan binaan, dapat menghulurkan bantuan yang seikhlas2nya bagi membiayai kerja2 pembinaan yang masih kekurangan dana serta lain-lain sehingga siapnya madrasah tersebut ataupun setidak-tidaknya memanjangkan info ini kepada lain-lain Muslimin-Muslimat.
Sumbangan kewangan boleh disalurkan ke akaun seperti berikut:
No. Akaun : 12-038-01-008645-
Nama : MADRASAH AL-IMANIAH
Bank : Bank Islam, Cawangan Shah Alam
Sekiranya Muslimin/Muslimat ingin melawat tapak Madrasah atau ingin keterangan lanjut bolehlah menghubungi Ustaz Ahmad bin Mohamed di 019-242 7953 atau Hj. Ghazali bin Hj. Ahmad (017-333 0807).
Jadi disini, sedang anda melayari blog ini, apa kata taipkan di ruang atas sekali alamat maybank2u ke, rhbbank ke, hsbc ke atau mana bank perbankan online anda dan salurkan dana ke Madrasah Al-Imaniah ini walaupun hanya seringgit, InsyaAllah diberkatiNya.
MADRASAH AL-IMANIAH
Madrasah Al-Imaniah
Pusat Pengajian Pondok Jerantut Feri
Lot 2628, Jalan Kg. Pedah, Jerantut Feri
27150 Jerantut, Pahang Darul Makmur
Dan disertakan juga sepotong hadis yang amat famous masa kutip derma2 ni..especially bulan Ramadhan,
“Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariahnya, ilmu yang bermanfaat, dan anak2 yang soleh yang sentiasa mendoakannya”
Tuesday, September 23, 2008
Kerja-kerja pembersihan tapak
Biasanya sewa backhoe adalah RM480 sehari. Untuk tapak di Chenor ni yang seluas 2 ekar, hanya 2 hari setengah je yang diperlukan. Lagipun tak ada pokok besar pun. Saiz besar lebih kurang 2 x peha orang dewasa. Saiz kecik lebih kurang peha ayam. Senang je backhoe ni tolak. Pokok besar kat sebelah ni sengaja ditinggalkan sebagai tempat berteduh nanti. Lagipun dah sempadan rezab jalan dah.
Lepas ni kena tunggu kering sikit, pastu bolehlah bakar kayu2 ni. Stage berikutnya adalah membajak dan merotor. Mungkin jugak tak perlu membajak, cuma merotor kasar je. Kena tgk keadaan nanti. Tapi yang pastinya pembajaan asas nak kena buat pasal tanah agak berpasir. Tanah berpasir kurang nutrien.
Sekarang ni yang menjadi dilema adalah masaalah masa penanaman. Lepas raya ni dah masuk musim kering. Serai memerlukan air yang mencukupi dalam 7 hari yang pertama. Sekitar ni pulak takda punca air. Nak kena cari lori air la pulak. Tapi takpa, itu dugaan kecik je. Yang penting, buat dulu. Timbang risiko dan teruskan perjuangan.
Friday, September 12, 2008
Sejadah Terbalik
Technically, tak salah bagi seseorang itu sembahyang diatas sejadah yang terbalik. Kerana sejadah hanyalah sebagai lapik untuk sembahyang. Sembahyang atas mana pun asalkan bersih dan suci dari najis adalah sah. Akan tetapi, tetap tak sedap pada mata aku memandangnya. Rasa macam kurang adab kalau dibiarkan. Betapa lemahnya aku kerana aku tak meluangkan masa untuk berjumpa ajk masjid bagi memberitahu akan kesilapan yang tak disengajakan ini.
Dan dalam konteks yang agak sama juga, kalau kita lihat seseorang membakar/menconteng/mencampak senaskah Al Quran, patutkan kita marah? Tentu sahaja sebagai umat Islam, kita akan marah dengan perbuatan itu. Tetapi, technically, Quran itu bukan terletak pada cetakan huruf diatas mashaf2 sepertimana yang kita lihat. Biarpun semua mashaf Al Quran dibakar diatas muka bumi ini, Al Quran tetap tidak terjejas kerana ianya hidup dalam setiap hati manusia muslim yang menghafalnya. Jadi jika perbuatan orang yang dikatakan itu, dia hanyalah membakar/menconteng/mencampak helaian kertas yang di'bind'kan sekali yang sepatutnya dipanggil mashaf samaada Uthmani atau Imlai'. Sila rujuk sejarah Al Quran untuk pemahaman lanjut.
Jadi sebagai orang Islam, biar apapun yang kita buat, walaupun technically ianya benar (tertakluk pada siapa yang menentukan ianya sebagai benar), kita hendaklah cuba untuk mengelak dari melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah.
P/S Dan mungkin juga orang itu membakar Quran lama yang dah lapuk, menconteng nota pada Quran sebagai rujukannya dan mencampakkan Quran keatas almari untuk menyimpannya.