Friday, October 31, 2008

Timunku 3



Hasil timun pertama. Alhamdulillah menjadi gak. Saya tanam timun ni 2 pokok satu pasu. Banyak gak hasilnya. Yang masih berputik pun ada gak. Kutipan hasil pertama dilakuakan secara rasmi pada 27hb September 2008. Dimakan sebagai salad bercicahkan sos thousand island. Hari tu juga cili 'terpetik' pasal tergugur masa membelek2. hehehehe. Seronok tengok hasil ni
. Selain timun yang disambungkan pada sistem fertigasi, saya juga ada 2 polybag timun yang lain yang di'anaktiri'kan. Satu kat depan rumah dan satu lagi kat belakang rumah. Baja pakai baja NPK pada kadar 'bila teringat'. Tapi masih dapat hasil gak walaupun rupanya pelik sikit.


Berdasarkan pengalaman menanam 10 pokok cili (asal 12 tapi bagi kat kawan pokok berbuah), saya telah menambah bilangan pokok untuk ditanam di belakang rumah lak. Cocopeat dah isi dlm polybag dan disiram dgn air kosong(flushing). Sedikit tips pasal tanaman cili. Tunas air (cabang di pangkal pokok) sebaik2nya dibuang. Ini bagi memberi lebih banyak hasil dan baja boleh sampai terus di buah2 yang diatas. Lagipun biasanya tunas ni buahnya tak banyak.

Oklah. Setakat ni je dulu. Nak gi solat Jumaat dah.




Tuesday, October 14, 2008

Timunku 2

Baru2 ni saya perasan yang timun saya layu. Menurut kata orang rumah, dia dah siram. Puas dah siram tapi tak segar2 gak. 1 pokok ni je la pulak tu. Pokok timun lain semua segar. Saya syak kena penyakit.















Pangkal pokok timun saya dah mula start lembik. Saya onkan internet dan mula mensurfing. Setelah saya selidik di forum BJ, mmg kompom kena penyakit kulat.


















Dah tu pulak, dlm forum, ada member (yeopman) yg menghadapi masaalah yang sama. Malah lebih teruk lagi kerana pangkal pokok dia dah reput habis. Ada yang mencadangkan agar dicabut je pokok tu. Gambar diatas dah membuktikan bahawa timunnya dah mmg nazak. Saya pulak khuatir yg kulat tu akan menjangkit pada pokok yg lain, maka saya hentikanlah hayatnya. Hukum cabut dan saya campurkan dalam resipi untuk buat baja garbage enzyme (itu saya akan cerita lain kali)


Baru2 ni baru dpt beli racun kulat. Simpan buat stok. Mmg dah ditakdirkan, perkara yg sama berlaku lagi semalam. Saya balik kerja nampak satu lagi pokok timun dah mula layu. Saya terus bancuh racun, spray secukupnya dan malam tu pokok tu dah mula segar balik. Alhamdulilah. Kalau tak, sayang gak, pasal pokok tu dah berbuah.

Dibawah lak, gambar2 masa saya melawat ladang En Yahya. Mungkin ada yg tak perasan siapa En Yahya, tapi kalau saya sebut Orang Padi atau Eldor atau tanaman-kantan.blogspot.com mungkin ramai yg tau. Respeknya saya pada En Yahya ni adalah kerana walaupun tgh sakit kaki dan jalan terencot-encot, masih sanggup melayan saya untuk melawat kebunnya. Err, jgn tertipu dgn baju yang dipakainya. Tu baju kebun je. Hasil dari kebunnya yang diusahakan hanya beberapa jam sehari secara sambilan sebelum pergi kerja dan selepas balik kerja adalah dalam lingkungan RM800 - RM1000 secara purata setiap bulan. Tu secara sambilan ditanah rezab sungai. Kalau diusahakan secara serius? Menurut kata En Yahya, hasil kebun ni semuanya masuk akaun anak2. Kalau buat secara serius mmg boleh buat duit jugak. InsyaAllah.




















Alkisah jugak, seperti yang pembaca tahu melalui post Kisah Hari Raya, pak haji yang minta gantirugi denda dari saya kerana 'menceroboh' tanahnya tempoh hari telah meninggal dunia. Semoga roh arwahnya dicucuri rahmat. Wang gantirugi yang saya janjikan akan saya berikan pada warisnya. Harap2 warisnya pandai menggunakan wang itu agar dapat dimanfaatkan oleh arwah pak haji. Dunia ni bukan milik kita, bila2 masa kita akan pergi. Jangan lupakan asal-usul kita. Dari tiada kepada ada. Dari sehina2 kejadian hinggalah diberi kemuliaan oleh Sang Maha Pencipta.

Sunday, October 5, 2008

Kisah Hari Raya

Balik raya tempoh hari byk mixed feeling. Ada kegembiraan dan ada juga yg agak membengangkan. Kegembiraan kerana ramai adik beradik yg pulang. 2 kolah besar dalam bilik air pun tak dapat menampung bilangan pengunjungnya.
Memasak rendang daging dan rendang ayam antara aktiviti menyambut raya.







Mengisi pelita. Tak sangka, minyak tanah harganya RM11.00 seliter. Patutlah orang kat hardware tu cakap pakai minyak diesel je. Note to myself, lain kali beli minyak diesel atau turpentine je.





Pelita buatan sendiri dari tempurung kelapa. Note to myself, minyak tanah boleh meresap melalui tempurung kelapa tu. Cari jalan untuk mengalas tempurung yg dibawah.







Yang sedihnya pulak, seperti mana yg semua tahu, saya baru je selesai membersihkan tanah untuk penanaman serai. Oleh kerana tanah tu semak, maka nak cari rezab jalan ke lot kami agak sukar. Maka kami mintak kebenaran dari jiran tanah tu untuk buat jalan masuk sementara. Mula2nya abang ipar saya telepon ke anaknya. Kalau ikutkan anaknya, mmg tak jadi masaalah. Tapi untuk memuaskan hati, kami cuba untuk menelefon tuan punya tanah sendiri. Setelah dua hari cuba untuk menghubungi pak haji ni tapi masih tak berjaya, kami terpaksa mengambil keputusan untuk meneruskan kerja merentasi tanah pak haji ni. Sehari selepas masuk tu barulah dapat contact pak haji ni. Tapi malangnya, dia tak izinkan. Kelam kabut la jugak. Esoknya dia telepon lagi, marah2 kerana dia dapat tahu kami lalu kat tanah dia. Yang berurusan dgn dia, abag ipar sayalah. Jadi abg ipar saya mintak maaf dan dia akan selidik nanti katanya. Pak haji ni nak mintak ganti rugi dan dia dah marah anak dia sendiri kerana pandai2 bagi kebenaran. Tanah tu tanah dia, katanya.


Lorong tanah pak haji yg dipakai sementara. Yang rosak hanyalah pokok hutan.










Kami setuju nak bagi ganti rugi. Dah mmg kami yg salah. Tapi setelah saya lawat tapak tu, mmg takda benda yg nak diganti dan takda benda yg rugi. Abg ipar saya pergilah berjumpa sendiri dgn pak haji ni masa raya tu hari. Saya tak ikut pasal takut tak boleh control mulut. Kisahnya, pak haji kata yg dia ni marah sangat pasal dia tak izinkan tapi kami ceroboh jugak tanah dia. Jadi dia nak mintak gantirugi denda sebanyak RM300.00 atas kesalahan kami. Abg ipar saya terpaksalah setuju walaupun pokok yg tumbang kat tanah dia tu cuma pokok hutan. Takdapun pokok buah dia yg rosak. Abg ipar saya pun pandai gak. Dia dah selidik awal2. Rupa2nya pak haji ni baru je lepas minor accident kereta dia. Jadi mungkin nak pakai duit tu nak repair kereta dia la kot. So abg ipar saya setuju tapi tak tetapkan lagi bila nak bayar. Biarlah dia tunggu dulu.

Ni pun dah byk ceritanya yg saya skip. Kalau tak lagi byk yg sedih. Tapi yg paling sedih ialah kerana dia ni ada kena mengena sedara gak. Dan masa dia tgh sakit nazak dah dulu tu, sampai pakai alat bantuan pernafasan, abg ipar saya ni la yg tlg family dia.

Betullah kata ulama,
yang patut kita ingat ialah kesalahan kita pada org lain,
yang patut kita lupa ialah kebaikan kita pada org lain
yang patut kita buat ialah meminta maaf pada orang
yang paling susah nak buat ialah memaafkan kesalahan org pada kita.

Moga Allah bagi hidayah pada kita semua.

Wednesday, September 24, 2008

Peluang Besar. Jangan terlepas!


Assalamualikum semua.

Sempena Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan ini. Bulan yang mana setiap amalan anak Adam a.s. dilipatgandakan, saya ingin memberi satu peluang bagi pengunjung2 blog spicesroot untuk membuat amal jariah.

Ustaz Ahmad bin Mohamed , yang mengajar di Surau Al-Hakim Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Selangor, dan masjid/surau berhampiran, sedang berusaha mengutip dana untuk membina Pusat Pengajian Pondok Madrasah Al-Imaniah di Kg Jerantut Feri , 27150 Jerantut, Pahang. Madrasah ini akan melaksanakan sistem pengajian pondok tulen dengan menggunakan kitab2 lama yang dikarang oleh ulamak-ulamak yang muktabar. Madrasah ini sedang didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Pekan, mengikut prosedur2 pendaftaran madrasah.

Untuk makluman juga, pihak AJK Penaja Pembinaan Madrasah Al-Imaniah masih menunggu surat kebenaran mengutip derma secara rasmi daripada Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dan pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana setakat ini hanya kerja-kerja meratakan tapak dan kerja-kerja footing telah selesai dijalankan kerana kekurangan dana kewangan untuk kerja-kerja seterusnya. Malahan untuk memenuhi syarat permohonan dengan Jabatan Agama Islam Pahang dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, setidak-tidaknya kerja meratakan tapak dan asas bangunan hendaklah disiapkan. Maka disinilah diharapkan bantuan Muslimin/Muslimat bagi membiayai kerja-kerja asas bangunan yang masih kekurangan dana serta lain-lain sehingga siapnya madrasah tersebut.

Insyaallah, pihak AJK Penaja Pembinaan Madrasah juga akan mengeluarkan resit, apabila kelulusan/kebenaran mengutip derma daripada pihak berkuasa diperolehi jika perlu.

Anggaran kasar kos adalah seperti berikut:

  • Tanah – tanah wakaf seluas 1.975 ekar.
  • 1 x Bangunan madrasah 2 tingkat l/kurang 60’ x 45’ = RM250,000.00.
  • 2 x Rumah guru = RM60,000.00.
  • 6 x Pondok @ RM3,000.00. Jumlah diperlukan RM18,000.00. Selebihnya dibiayai oleh penuntut/penyumbang.

Jumlah keseluruhan diperlukan adalah lebihkurang RM320,000.00 ke RM350,000.00. Walaubagaimanapun ini bergantung kpd kenaikan harga barang2 pembinaan dll.

Kerja-kerja meratakan tapak bermula sekitar April 2008 dan telahpun selesai. Kerja-kerja “footing” juga telah selesai dijalankan. Kerja2 bagi “ground beam” dijangka bermula penghujung September atau awal Oktober 2008. Kerja2 pembinaan adalah agak perlahan dengan tenaga kerja yang terhad kerana kekurangan dana kewangan untuk kerja-kerja seterusnya. Bertepatan dengan hasrat yang sungguh murni oleh mereka yang mewakafkan tanah ini (4 beradik di atas tanah arwah bonda mereka), adalah sangat diharapkan akan bantuan Muslimin/Muslimat bagi membantu membiayai kerja-kerja bangunan yang masih kekurangan dana serta lain-lain sehingga siapnya mardasah tersebut. Menyedari hakikat dan situasi semasa dana ini, dengan proses2 yang perlahan tetapi kerja2 perlu diteruskan, diharap Muslimin/Muslimat yang mempunyai kelapangan dari segi kewangan, tenaga maupun bahan binaan, dapat menghulurkan bantuan yang seikhlas2nya bagi membiayai kerja2 pembinaan yang masih kekurangan dana serta lain-lain sehingga siapnya madrasah tersebut ataupun setidak-tidaknya memanjangkan info ini kepada lain-lain Muslimin-Muslimat.

Sumbangan kewangan boleh disalurkan ke akaun seperti berikut:

No. Akaun : 12-038-01-008645-5

Nama : MADRASAH AL-IMANIAH

Bank : Bank Islam, Cawangan Shah Alam

Sekiranya Muslimin/Muslimat ingin melawat tapak Madrasah atau ingin keterangan lanjut bolehlah menghubungi Ustaz Ahmad bin Mohamed di 019-242 7953 atau Hj. Ghazali bin Hj. Ahmad (017-333 0807).


Jadi disini, sedang anda melayari blog ini, apa kata taipkan di ruang atas sekali alamat maybank2u ke, rhbbank ke, hsbc ke atau mana bank perbankan online anda dan salurkan dana ke Madrasah Al-Imaniah ini walaupun hanya seringgit, InsyaAllah diberkatiNya.

MADRASAH AL-IMANIAH

Madrasah Al-Imaniah

Pusat Pengajian Pondok Jerantut Feri

Lot 2628, Jalan Kg. Pedah, Jerantut Feri

27150 Jerantut, Pahang Darul Makmur



Dan disertakan juga sepotong hadis yang amat famous masa kutip derma2 ni..especially bulan Ramadhan,

“Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariahnya, ilmu yang bermanfaat, dan anak2 yang soleh yang sentiasa mendoakannya”.




Tuesday, September 23, 2008

Kerja-kerja pembersihan tapak

Kerja2 pembersihan tapak dahpun bermula. Kos untuk membersihkan 2 ekar tanah ni cuma RM2200 bagi penggunaan backhoe. Kalau dibandingkan dengan apa yang saya dengar kengkawan lain bayar, ni dah kira murah dah. Ada yang bayar RM3500 untuk 1 ekar setengah!




Biasanya sewa backhoe adalah RM480 sehari. Untuk tapak di Chenor ni yang seluas 2 ekar, hanya 2 hari setengah je yang diperlukan. Lagipun tak ada pokok besar pun. Saiz besar lebih kurang 2 x peha orang dewasa. Saiz kecik lebih kurang peha ayam. Senang je backhoe ni tolak. Pokok besar kat sebelah ni sengaja ditinggalkan sebagai tempat berteduh nanti. Lagipun dah sempadan rezab jalan dah.



Lepas ni kena tunggu kering sikit, pastu bolehlah bakar kayu2 ni. Stage berikutnya adalah membajak dan merotor. Mungkin jugak tak perlu membajak, cuma merotor kasar je. Kena tgk keadaan nanti. Tapi yang pastinya pembajaan asas nak kena buat pasal tanah agak berpasir. Tanah berpasir kurang nutrien.

Sekarang ni yang menjadi dilema adalah masaalah masa penanaman. Lepas raya ni dah masuk musim kering. Serai memerlukan air yang mencukupi dalam 7 hari yang pertama. Sekitar ni pulak takda punca air. Nak kena cari lori air la pulak. Tapi takpa, itu dugaan kecik je. Yang penting, buat dulu. Timbang risiko dan teruskan perjuangan.






Friday, September 12, 2008

Sejadah Terbalik

Sebentar tadi kaum muslimin baru sahaja menunaikan sembahyang Jumaat. Aku sembahyang di masjid Taman Tun Dr Ismail. Ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Cuba lihat gambar disebelah. Sekali pandang mungkin tak perasan, tapi kalau dilihat sejadah sebelah bawah kanan sekali, sejadah tu terbalik. Secara instinct, aku cuba nak perbetulkan, kerana pada aku, seolah2 nampak kaabah terbalik. Tak sedap mata aku memandang. Tapi apakan daya, sejadah tu rupa2nya dah dijahit sekali dgn sejadah disebelahnya.

Technically, tak salah bagi seseorang itu sembahyang diatas sejadah yang terbalik. Kerana sejadah hanyalah sebagai lapik untuk sembahyang. Sembahyang atas mana pun asalkan bersih dan suci dari najis adalah sah. Akan tetapi, tetap tak sedap pada mata aku memandangnya. Rasa macam kurang adab kalau dibiarkan. Betapa lemahnya aku kerana aku tak meluangkan masa untuk berjumpa ajk masjid bagi memberitahu akan kesilapan yang tak disengajakan ini.

Dan dalam konteks yang agak sama juga, kalau kita lihat seseorang membakar/menconteng/mencampak senaskah Al Quran, patutkan kita marah? Tentu sahaja sebagai umat Islam, kita akan marah dengan perbuatan itu. Tetapi, technically, Quran itu bukan terletak pada cetakan huruf diatas mashaf2 sepertimana yang kita lihat. Biarpun semua mashaf Al Quran dibakar diatas muka bumi ini, Al Quran tetap tidak terjejas kerana ianya hidup dalam setiap hati manusia muslim yang menghafalnya. Jadi jika perbuatan orang yang dikatakan itu, dia hanyalah membakar/menconteng/mencampak helaian kertas yang di'bind'kan sekali yang sepatutnya dipanggil mashaf samaada Uthmani atau Imlai'. Sila rujuk sejarah Al Quran untuk pemahaman lanjut.

Jadi sebagai orang Islam, biar apapun yang kita buat, walaupun technically ianya benar (tertakluk pada siapa yang menentukan ianya sebagai benar), kita hendaklah cuba untuk mengelak dari melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah.

P/S Dan mungkin juga orang itu membakar Quran lama yang dah lapuk, menconteng nota pada Quran sebagai rujukannya dan mencampakkan Quran keatas almari untuk menyimpannya.

Wednesday, September 3, 2008

Salam Ramadhan



Assalamualaikum,

Kepada semua pembaca2 muslimin & muslimat, disini saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Maaf zahir dan batin sekiranya ada terkasar bahasa, terguris hati dan tersalah faham. Semoga Allah menerima amalan kita semua. Amin.



Assalamualaikum juga kepada ahli keluarga saya yang terbaru yang lahir semalam pukul 2.47pm. Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan seorang bayi perempuan seberat 3.9kg sebagai penyeri keluarga kami. Semoga Allah membimbing kami kejalan yang diredhaiNya. Amin.