Tuesday, February 24, 2009

Lawatan ke D'Baraqah Farm


Baru2 ni saya buat lawatan mengejut ke D'Baraqah Farm yang terletak di Kg Sanglang, Pontian, Johor. Saja je singgah on the way balik dari kerja di Johor Baru. Saya cadang dapatlah berjumpa dengan pengusahanya, En Zulhailmy, tapi takda rezeki. Dia ada kat Petaling Jaya la pulak. Saya dapatlah tengok kandang baru dia. Saya disambut oleh pekerjanya (lupa lak namanya). Nampak gayanya, perniagaan En Zul ni makin maju. Mudah2an semakin maju dan bertambah berkat sesuai dengan namanya, D'Baraqah.


Kalau ada sesiapa disini yang pernah baca blog dia, mungkin tahu pasal kelahiran anak kambing diatas. Lahir pada 1.1.09 pukul 1 pagi. Tapi setakat ni takda nama lagi.


Ni jambatan masuk depan kandang kambing. Yang sebelah kiri tu jambatan lama. Sekarang oleh kerana rezeki melimpah ruah dan makin ramai orang dtg ke kandang membeli kambing, maka jambatan konkrit baru ni terpaksa dibina untuk memudahkan mengangkut kambing terus ke kandang atau dari kandang terus ke dalam lori pembeli. Kiranya sekarang kenderaan terus reverse je masuk. Tak payah nak menggendong kambing menyeberangi jambatan kayu lagi. Hehehehe. Dulu setakat satu dua ekor bolehlah. Sekarang satu dua ratus ekor. Tak gitu En Zul?


Kandang D'Baraqah terletak Y:1.630073, X:103.302736 atau link google map dia di sini . Jalan tanah merah sebelum jambatan diatas akan pergi terus ke depan kandang D'Baraqah. Jalan ni takda dalam map. Map cuma sampai ke simpang depan je. Kat area pontian patutnya banyak nenas, tapi sepanjang perjalanan saya tak nampak la pulak. Terpaksa la beli kat R&R highway.

Jauh berjalan, luas pandangan.
Posted by Picasa

Monday, February 16, 2009

Sepetang di Kuala Sepetang

Ni prequel kepada kisah Keli. Aku pergi melawat ke tapak penternakan ikan keli di Bukit Merah yang diusahakan oleh seorang ibu tunggal (Kak Yati). Dia mempelopori teknik Kak Yati yang mana keli hanya diberi makan sekali sahaja sehingga dituai. Menarik tu. Jimat dan mudah. Aku mulanya malas nak pergi. Ni mesti indah khabar dari rupa. Tapi yang beriya-iya nak melawat tu adalah kawan pada partner aku (Helmi) jadi aku pun oblige je. Kalau betul, maka memang jauh lebih murah. Mana2 orang yang pernah membela ikan keli ni pasti merungut dengan kos pemakanan yang semakin meningkat. Keli ni memang kuat makan. Apa saja dia belasah. Aku pernah dengar ttg kisah orang pergi melawat ke kolam ternakan keli milik pengusaha bukan Islam. Katanya, dia pernah nampak bangkai khinzir dalam kolam tu. Keli mmg boleh makan daging. Tu pasal la kalau keli tak cukup makan, dia akan makan sesama dia.

Kitaorang bertolak pukul 2 petang dan sampai ke Bukit Merah pukul 6 petang. Masa tu Kak Yati dan anak2nya sedang sibuk bagi taklimat percuma pada pendatang2 (oops, pelawat2 yang datang) untuk melihat sendiri teknik Kak Yati ni yang pernah dipaparkan di Majalah 3.

Secara ringkas, teknik ni adalah teknik membiakkan makanan keli secara semulajadi dengan mensimulasikan habitat asal keli didalam kolam ternakan. Penggunaan tanah, keladi bunting, kangkung dan pemakanan B1 Kak Yati melahirkan satu ekosistem lengkap. Keli dapat makan bila mereka mau, mereka kurang stress kerana berada dalam habitat asal, keladi bunting dan kangkung pula bertindak sebagai pembersih toksik.

Kelemahan yang mungkin ada pada sistem ni, secara hipotesisnya, saya rasa mungkin tumbesaran keli akan kurang sedikit berbanding yg makan pellet. Ini saya kiaskan pada ayam daging, ayam kampung ternak dan ayam hutan. Tapi itu jangkaan saya sahaja. Belum terbukti lagi. Masa kami lepaskan benih dalam kolam poly tempoh hari, salah satu step penting tertinggal. Iaitu, selepas makanan B1 ditabur dalam kolam, kena tunggu 3 hari baru masuk benih ikan. Tapi mungkin akibat tidak sabar dan kerana kami dahpun terbeli benih ikan malam tu, kami lepaskan jugak .



Balik dari lawatan ke Bukit Merah, kami singgah ke Kuala Sepetang untuk menikmati mee udang banjir yang juga ada dipaparkan dalam Majalah 3. Ironiknya, Kak Yati yang duduk sepelaung dari Kuala Sepetang pun tak pernah makan kat situ. :)) Tapi punyalah ramai orang, nak duduk pun kena kongsi. Kitaorang terorder makanan pada seorang lelaki yang kami samgkakan waiter, rupa2nya pelanggan yang dah sejam menunggu. Dia nasihatkan agar kami order dan tunggu terus depan kaunter makanan. Punyalah lama menunggu, Helmi sampai tolong bukan saja mengantar order, tapi siap tolong masukkan bahan ke dalam mangkuk mee dan cedok kuah sendiri. Nasib baik pinggan pun tak tolong basuh. Hehehehe. Dah tak kenal mana pelanggan dan mana pekerja kedai.

Sampai kat kedai pukul 8pm. Pukul 10.30pm Helmi tgh cedok kuah mee untuk order kami. Kalau tak, entah bila la nak dapat makan.
Ni dia mee udang banjir. Banjir kerana lebih banyak udang dari mee. 10 ekor kalau tak silap. Harga: RM10.
Posted by Picasa

Tuesday, February 10, 2009

Bermula Kisah Keli

Bermulalah kisah pengembaraan dalam episod penternakan la pulak. Kali ni dengan 3 orang sahabat sekolah (STTJ), Helmi, Zamani (Baber) dan Farid, saya memulakan langkah dalam bidang penternakan keli. Tapak kami di Bangi, berdepan dgn rumah mertua Helmi, dipilih berdasarkan faktor lokasi (berdekatan dgn 2 orang partner), kemudahan perigi dan pasal sewa yang hampir percuma . Kolam simen akan mula dibina dalam hujung bulan Februari ni. Sementara menunggu kolam siap, kami memulakan eksperimen dengan 2 tangki 6'x4' yang sedia ada, bantuan dari Jabatan Pertanian dibawah kempen Bumi Hijau yang didapati secara percuma bersama makanan dan benih oleh Farid.

1 tangki akan menggunakan sistem seperti yang diajar oleh Jabatan Pertanian. Iaitu menggunakan makanan pellet dan menggunakan EM bagi mengawal mutu air. Manakala kolam 2 akan menggunakan sistem balik ke habitat asal. Iaitu menggunakan sistem yang dipelopori oleh Kak Yati yang mana penggunaan makanan B1, keladi bunting, pokok kangkung dan dasar tanah menjadi pemangkin untuk menghasilkan makanan keli secara semulajadi sepertimana habitat asal mereka. Walaupun teruja dengan sistem keli organik ni, kami tetap merasa sedikit skeptikal, ataupun mungkin hanya sekadar berhati2. Bayangkan, dengan hanya kos RM75 bagi makanan B1 untuk 2500 ekor, sistem ini tidak memerlukan prosedur 'grading' (keli diasingkan mengikut saiz agar tidak terjadi keli makan keli), tidak perlu tukar air (hanya tambah air bila kurang) dan tunggu 3 bulan untuk mendapatkan hasil. Secara teori dan logik, saya percaya ianya akan berhasil. Tapi kami tetap akan berhati2. Kami melepaskan 500 ekor benih ikan keli bersaiz 3 inci pada setiap kolam sebagai permulaan walaupun kapasiti kolam ni boleh sehingga 1000 ekor.
Tips bagi melepaskan ikan keli ke dalam kolam, Menurut Farid, biarkan plastik berisi anak ikan keli didalam kolam untuk seketika bagi melaraskan suhu air dalam plastik itu dengan suhu air didalam kolam. Ini dapat mengelakkan kejutan kepada anak ikan keli.
Farid sedang memberi makan ikan keli bersaiz 3 inci. Katanya, bagi sikit je malam ni, diaorang penat lagi. Tak boleh bagi banyak2.
Baber sedang menyuluh saya melepaskan anak ikan keli. Dengan lafaz Bismillah, 500 ekor ikan keli selamat dipindahkan ke 'dunia' mereka untuk 3 bulan akan datang.


Helmi sedang seronok meng'explain' sistem keli organik Kak Yati ni pada Farid yang tak dapat ikut serta untuk lawatan ke kolam Kak Yati.

Posted by Picasa