Wednesday, January 21, 2009

Balik dari menanam serai


Lepas balik dr kg Chenor menanam serai, keesokannya saya kena pergi Johor untuk satu tugasan. Saya ambil kesempatan untuk bawak keluarga sekali untuk bercuti. Tapi mlm tu, isteri ternampak ada benda asing dlm telinga Zakwan (anak lelaki saya no 2). Tilik punya tilik, rupa2nya biji limau. Dah terlalu dlm, so keesokannya pergi jumpa paeditrician di KJMC. Dia pun refer pulak pada pakar ENT dan tengahari tu masuk OT la. Bagi Zakwan knock out baru boleh keluarkan biji limau tu. Lupa lak nak ambik gambar biji limau tu. RM1500 kos untuk keluarkan biji limau dlm telinga. hehehe.


Ni gambar Zakwan selepas keluar OT. Dah besar nanti, biar dia tgk gambar ni dan tersenyum. Betapa ibu dan abah dia sayang kat dia dan jaga dia masa dia sakit. Nanti kalau kami pulak sakit, janganlah korang adik-beradik merungut menjaga kami.



Petang tu jugak terus bertolak ke Johor. Samapai Johor dah malam. Saya tempah bilik suite. Bilik ni ada satu partition dgn katil double deck dan Playsation 2 untuk diaorang main. Yang pastinya, esok saya sibuk kerja, biarlah diaorang sibuk main game.


Hmm, buah ni rasanya saya tak sempat makan.
Posted by Picasa

Tuesday, January 20, 2009

Kewajipan Umat Islam

Saya rasa ramai dari kita yang pernah lalu kat KL atau sekitar bandar2 terutamanya pada hariJumaat, besar kemungkinan akan berjumpa dengan berbagai bentuk demonstrasi aman dan tunjuk perasaan membantah kekejaman Israel di Palestin. Mungkin juga banyak soalan bermain di minda kita ttg kenapa ini semua berlaku, kenapa orang Arab tak nak bersatu, dan soalan yang paling bahaya, kenapa Allah membiarkan ini berlaku? Nauzubillah

Saya rasa ianya sesuatu yg penting dan saya merasakan perlu untuk saya pastekan artikel ni. Artikel dari laman blog
http://al-fanshuri.blogspot.com




Risalah: Kewajipan Umat Islam oleh al-Habib Husein bin ‘Abdul Qadir as-Saggaf


“Bismillah…Shalawat dan Salam buat Saidina Rasulullah, serta buat ahli keluarga dan para sahabat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم…
Amma ba’du…

Telah sampai kepadaku beberapa risalah daripada saudara dan saudari tentang ahli Ghaza dan mereka juga bertanyakan tentang kewajipan kita (umat Islam) terhadap peristiwa tersebut?

Maka, saya katakan: Tidak syak lagi bahawa apa yang dapat kita saksikan daripada apa yang berlaku di Ghaza sangat menyayat hati kita, sangat menggerunkan dan menyebabkan air mata berlinangan daripada apa yang dilakukan oleh golongan pelampau lagi pembunuh para nabi iaitulah dari kalangan Zionis.

Tidak menghairankan lagi bahawasanya sememangnya mereka dilaknat atas lisan para nabi mereka sendiri. Oleh yang demikian, tidak perlulah saya memanjangkan kata tentang mereka kerana yang saya sangat ambil berat bukan mengenai mereka, tetapi yang sangat saya pentingkan dalam risalah ini adalah tentang hal umat Islam dan pendirian mereka.

Suatu Penilaian: Sesungguhnya tiada sesiapa yang dapat melemahkan Allah Ta’ala daripada menghilangkan kezaliman golongan Zionis sebagaimana Allah Ta’ala pernah menjatuhkan nenek-moyang mereka suatu ketika dahulu serta merta. Tanyalah kepada umat-umat terdahulu tentang bagaimana kemusnahan bangsa Zionis tersebut suatu ketika dahulu?
Akan tetapi, apakah alternatif yang wujud setelah kemusnahan Bani Zionis? Adakah umat Islam hari ini sememangnya bersedia untuk diberi kekuasaan di muka bumi ini? Adakah kita sedang bersatu hati dan tenaga sesama muslim?

Apa yang lebih saya takutkan adalah, jika musuh berlalu pergi daripada negara Islam, umat Islam pula sendiri yang menghuni di negara orang Islam tersebut sendiri yang saling berbunuhan sesama sendiri (saling berbunuhan sesama muslim) yang mana menyebabkan mereka yang membunuh dan yang dibunuh masuk neraka (berdasarkan hadith shahih). Sedangkan, jika seorang muslim dibunuh oleh Yahudi, maka dia akan mati syahid lalu mendapat syurga.

Bagi Allah, dalam setiap perbuatanNya, ada urusan dan kebijaksanaanNya. Allah Ta’ala tidak memberi kemenangan kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم melainkan setelah sepuluh tahun, iaitu pada peperangan Badar, sedangkan sebelum itu, ramai para sahabat رضي الله عنهم dibunuh (dalam tempoh sebelum kemenangan tersebut) secara ditindas, dizalimi, dihukum dan dibiarkan mati dalam keadaan lapar.

Mengapa Allah melewatkan kemenangan kepada NabiNya sehingga pada perang Badar? Dikatakan, Allah Ta’ala ingin menguji keimanan para sahabat رضي الله عنهم dalam ketabahan mereka menghadapi sebarang cabaran kerana Allah, untuk menilai adakah mereka mampu bersabar ataupun mereka tidak berpuas hati dengan Allah?

Kemudian, kemenangan tersebut tidak datang melainkan setelah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم berjaya mencabut perasaan hasad, bermegah-megah dengan nasab, harta dan cintakan dunia daripada hati umat Islam pada ketika itu. Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasululllah صلى الله عليه وآله وسلم adalah mengikat tali persaudaraan sesama Muhajirin dan Ansar. Jika telah bersatunya hat-hati dan apa yang menjadi cita-cita dan kecintaan mereka adalah apa yang lebih agung daripada keduniaan (iaitulah redha Allah), maka, datanglah kemenangan serta-merta tanpa ada yang dapat menghalang kemenangan tersebut.

Adapun hari ini!! Adakah hati-hati umat Islam sudahpun bersatu? Boleh jadi, dalam ramai-ramai orang yang berdiri dalam saf-saf ketika mendirikan solat di masjid itu sendiri, tidak ada satu saf pun yang mana semuanya bersatu hati sesama mereka, kecuali sedikit. Sampai peringkat manakah tahap rasa keagungan Allah Ta’ala dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dalam diri umat Islam hari ini?

Sejauh mana rasa kecintaan umat Islam kepada Allah Ta’ala dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم? Adakah kita ingin membantu Allah dan RasulNya (dengan membela agamaNya) kerana sememangnya merindukan dan mencintai Allah dan RasulNya, ataupun berperang kerana inginkan kedudukan, kekuasaan di muka bumi, harta dan sebagainya?

Hendaklah kita kembali memuhasabah diri kita sendiri dan jujur terhadap diri kita sendiri lalu kita meneliti niat-niat kita dan tujuan-tujuan kita?

Umat Islam hari ini yang tidak mampu untukmembantu masyarakat di Ghaza dengan tenaga dan kekuasaan, maka saya seru kepada mereka sebagaimana berikut:

Kembalilah kepada Allah Ta’ala dan banyakkanlah berdoa serta mengadu kepada Allah Ta’ala. Banyakkanlah bertaubat kepada Allah Ta’ala, banyakkanlah bersedekah dan banyakkan berhimpun dalam majlis-majlis zikir, majlis ilmu dan majlis dakwah, berbanding sekadar berhimpun dalam perhimpunan demonstrasi dan sekadar melaungkan slogan-slogan semata-mata.

Suatu hal yang lain adalah, hendaklah kita berusaha menambahkan kecintaan kita kepada Saidina Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dalam hati kita, mempelajari sunnah-sunnah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan akhlak Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, menyebarkan akhlak dan sunnah Baginda dalam sudut praktikal samada dalam rumah kita, pada sesama anak-anak dan keluarga kita dan sebarkan ia ke serata dunia.

Hendaklah kita menghidupkan sunnah-sunnah, Akhlak dan sifat-sifat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dalam kehidupan kita seluruhnya dan menyebarkan kasih sayang dan persaudaraan kerana Allah kepada seluruh muslimin. Hendaklah kita meninggalkan ideologi-ideologi dan budaya orang-orang kafir dan fasiq yang merupakan musuh-musuh agama Islam ini, samada meninggalkannya daripada diri sendiri mahupun daripada masyarakat Islam umumnya.

Seterusnya, setelah kita menunaikan kewajipan dan menjauhi larangan, hendaklah kita memperbaiki niat dan tujuan kita dalam mempertahankan agama (bukan kerana ingin mendapat kedudukan dan pujian tetapi kerana Allah).

Hendaklah kita menyebarkan kasih sayang dan persaudaraan sesama kita, sekalian umat Islam dan mengukuhkan kesetiaan kita kepada Allah Ta’ala dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم
Kalau sempurna apa yang disarankan tersebut, insya Allah, kemenangan Allah pasti hampir.Kalau tidak, keadaan kita (umat Islam) akan terus sebagaimana hal kita sekarang, sehinggalah kita sendiri yang mengubah keadaan kita.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum melainkan setelah mereka sendiri mengubah apa yang ada dengan diri mereka sendiri…” (Surah al-Ra’d: 11)

Ditulis oleh al-Faqir ila Allah

(al-Habib) Husein as-Saggaf
28 Disember 2008

Dinukil dan diterjemah oleh Khadim Ilm al-Faqir al-Haqir ila Rabbihi al-Jalil al-Kabir Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin al-Razi, ‘AmalahuLlahu bi Lutfihi al-Khafiyy.

Wednesday, January 7, 2009

Kebun serai Chenor


Bermulalah kisah saya sebagai penanam serai secara rasmi. Benih serai yang saya beli dari En Hamzah (bujang selamber) dimuatkan dalam Hilux sepadat mungkin. Banyak gak 363 ikat (En Hamzah bagi extra, semoga Allah memurahkan rezeki dia). Penuh ruang kargo Hilux tu.


Ni gambar benih serai setelah 4 hari ambil dari En Hamzah dan masih tidak ditanam. Perhatikan tunas2 mula tumbuh. Alhamdulillah, hujan turun hampir setiap hari. Benih serai yang masih belum ditanam hendaklah sentiasa lembab/basah supaya tak mati kering. Walaupun daun2nya nampak dah kering, asalkan pokok tu masih hijau batang dia, InsyaAllah masih boleh hidup bila ditanam. Sekarang ni musim hujan, musim yang paling baik untuk menanam serai. Sesiapa yang masih delay tu, cepat2lah tanam.
Kerja menanam dibuat secara gotong royong. Sepatutnya tanah ni nak kena rotor, tapi oleh kerana pihak yang janji nak rotor tu ada masaalah, saya terpaksa ambil keputusan untuk tanam jugak. Mujurlah tanah agak berpasir, jadi batas mudah nak buat.


\
Beberapa row rumpun serai ni dibaja dengan baja vermikompos cacing sebagai percubaan. Baja ditaja oleh En Azman (ana punya biras yg pakai monkey suit hijau tu). Dalam masa setengah hari, cuma 6 batas siap ditanam. 1 batas lebih kurang 50 rumpun. Ni tak boleh jadi ni. Pinggang pun dah nak patah rasanya. Akhirnya mintak tolong kat orang kampung yg dah expert sikit.


Ni En Azhar yang membantu kami dalam pengurusan kebun serai ni nanti. Dia ni kira pangkat sedara gak. Dgn dia, kerja jadi jauh lebih mudah. Tugal je ngan kayu, buat lubang, taruk serai, tekan sikit pada pangkal...setel. Tak yah batas2. Nanti bila dah siap, naikkan je sikit tanah keliling rumpun tu. 2 jam, siap 12 row. Pehh, jauh bezanya tu.

Ok la setakat ni je laporan. Nanti bila senang, saya sambung lain kali.
Posted by Picasa